Cinta - chapter 14

75 13 0
                                    

"Jade cepatlah siap! kita dah lambat ni" Hakim menjerit dari tingkat bawah.

Fuh bersiap nak dekat sejam! aku bukan suruh pakai lawa lawa pun.pergi usrah sekolah je pun. sabar je lah Haqim typical perempuan memang macam ni. Dia menilik jam dipergelangan tangan kirinya.

Majlis Ilmu tu mula pukul 2:30 ni. ade 30 minit lagi. masa diambil untuk jalan ke sana lagi. surau sekolah dari rumahnya ni bukannya dekat hmp kalau jammed ni aduhh lewat la jawabnya.

Salah dia jugak sebab tak bagitau Jade awal kalau dia nak ajak gadis itu pergi join usrah kak Sufi bagi yang pelajar perempuan dan Abang Ashraf bagi pelajar lelaki.

Itu pun dia paksa Jade sampai nak nangis budak tu dia buatnya. Dia dah janji tanak ikut Jade pergi study group dengan geng dia dan bagi permission pakai lappy dia dekat gadis itu. that's why Jade pun ikut je lah permintaan Haqim ni. bukan permintaan tapi paksaan. Sejenis Haqim kalau siapa tidak patuh dengan arahannya mulalah tu paksa orang and bagi janji bagai untuk turuti permintaannya. Dasar!!

Tak pandai sabarlah mamat ni. dah lah paksa aku ikut majlis ni, bagitau pun last last minute, suruh orang cepat pulak eyyy.

Jade menuruni satu persatu anak tangga. fuh laju gilaa dia turun. kalau tersadung ni tergolek golek macam nangka busuk. Jade memakai baju muslimah warna putih bercorak pink mudah, skirt pink cair dan tudung warna pastel. nampak ayu dan lembut je dia pakai, tambah lagi dia kulit cerah.

"jangan lupa bawak buku untuk catatan and satu lagi quran jangan lupa" pesan Haqim.

"I mana dah Quran" ujar Jade tanpa nada.

eyy dia ni takkan tak tahu aku mana ada ala mende tu. even tudung dan baju ni pun umi belikan untuk dia minggu lepas. ni kan pulak Al Quran. hmpp

"takpe kau guna quran surau je nanti"

"okay" balas Jade

" dah jom kita dah lambat ni"

Haqim memakai kopiah putih di atas kepalanya. dia menapak keluar menujuh ke pintu. Jade hanya mengikuti langkahnya dari belakang.

xxxx

"Assalammualaikum dan selamat petang ukhti,
Hamdan katsiron thoyyiban mubarakah fihi, mubarakan 'alaihi kama yuhibbu robbuna wah yardho"

Kakak yang memperkenalkan dirinya tadi sebagai Sufiana atau nama panggilan Kak Sufi itu memulakan bicaranya.

"Yang terbaik dalam pujian, penuh barakah dan sesuai dengan apa yang dicintai Allah dan apa yang di redhai Allah. mudahan-mudahan Allah S.W.T mencatat semua nama nama kita yang ada disini dan Allah pasti menunaikan janji yang pernah diucapkan oleh Nabi kita,
Sesiapa yang menempuh jalan yang mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan untuk dia mendapatkan Syurga Allah dan jalan jalan yang diredhai Allah" sayup sayup kedengaran bicara lembut dari gadis itu. senyuman tak lekang dibibir manisnya.

Kak sufi tunduk dan membetulkan micnya...
"Sahabat sahabat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian, hari ini kak Sufi nak bahas sikit tentang 'CINTA' "

"cakap pasal cinta mesti korang fikir couple couple atau crush crush korang kan?" soalan kak Sufi itu membuatkan semua pelajar perempuan tersenyum malu. ada yang gelak gelak suka. eyy gedikksss!

"hehe kak Sufi nak korang semua tahu ada satu hal yang perlu kita cuba sedar dan bangun dalam diri kita bahawa cinta itu adalah anugerah dari langit. cinta itu dari?.."

"langitt...." kami semua menjawab.

"Bahawa cinta itu adalah pemberian dari Allah S.W.T dan tidak mungkin Allah memberikan rasa cinta yang membuat seorang hambah bertambah dosa itu tak mungkin!" tegas kak Sufi berbicara.

Her (Completed) Where stories live. Discover now