Before :) - Chapter 56

49 6 0
                                    

"Weh bro, kau serius ah nak kahwin?" Nad menepuk bahu Haqim. Haqim senyum memandangnya. Mukanya jangan cakaplah, tidak tahu macam mana mahu gambarkannya.

"Yes!" Haqim membalasnya dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.

"Akhirnya Jade kahwin jugak dengan kau. Aku harap Jade tabah lah dengan kau yang keras kepala ni." Ujar Nad. Haqim menyiku perutnya, meletus ketawa Nad.

Tak sangka bulan depan sahabatnya itu mahu melangsungkan pernikahannya. Rasa sayu pula tiba-tiba. Haqimlah kawan dan sahabat susah senangnya. Bermula di tahun 2018 mereka bertemu dan sampailah sekarang Haqim masih setia menjadi sahabatnya. Masa sakit, susah, senang, gembira, sedih, jatuh semuanya dengan Haqim. Times flying so fast dan bulan depan Haqim menamatkan zaman bujangnya. Sungguh berat dia lepaskan Haqim. Lepas ni Haqim dengan hidup dia dah, takde lah lepak sampai pagi macam dulu.

"Haqim," Seru Nad.

"Apa?" Haqim memandangnya dengan soalan.

"Sekarang kau masih bujang, bulan depan kau dah nak kahwin dah.." Tiba-tiba suasana bertukar jadi hening dan sayu.

"Alaa, kau ni. Takde beza pun lah." Haqim sorok muka sedih. Tak mau lah sedih-sedih!

"Tak, aku-" Nad tidak mahu meneruskan ayatnya. Nanti dia sebak. Dia mengosok belakang pelipisnya.

Haqim diam dan Nad pun diam.

Dua-dua senyum kelat.

"Kau ni kan! Janganlah buat aku sebak. Kau tetap kawan aku walaupun aku dah kahwin. Tak de yang berubah pun. Cuma, status tu je lah yang berubah hehe." Haqim tersengih sambil memandang Nad.

"Tetap rasa dia lain doh. Tak sama.."

"Dulu kau jugak yang beria-beria nak aku kahwin cepat. Sekarang ni, tak nak lepaskan lah, tak ready lah, tak sanggup lah. Puik! Over reaction betul kau ni!" Haqim mencebik.

"Siapa yang tak sedih kawan susah senang nak tamatkan zaman bujang tu weh. Janganlah tinggalkan aku.. Aku tak ready pegang title bujang sendiri." Nad menyentuh dan memegang erat sebelah bahu Haqim.

"Euww! Geli sia! lepaslah" Meletus ketawa Haqim. Lucu pulak melihat kelakuan sotong sahabatnya itu.

"Im not ready yet!" Nad menjerit kecil macam perempuan. Ya Allah feeling-nya mamat ni.

"Blah ah kau! Aku straight weh. Pergi carik partner kau yang sejenis." Haqim berusaha meleraikan pegangan itu.

Nad yang buat muka kesian itu berubah jadi -_- . Dia mencebik menjeling Haqim.

"Sumpah aku pun geli. Macam si Nazmi sotong siaa."

"Euww. Dia kat mana doh sekarang?" Haqim menyoal Nad.

"Entah. Jadi budak lorong kut. Tak pun aku hudnuzon jadi mekap artis." Nad mengangkat bahunya.

"Jahat doh mulut kau. Doakan lah dia yang baik-baik."

"Kira okay-lah tu aku cakap mekap artis daripada..."

"Apa?" Haqim menaikkan keningnya.

"Jadi perempuan macam sajat kau nak?"

"Apehal aku lak?" Haqim membulatkan matanya. Sahabatnya ini mulut boleh tahan puaka jugak.

"Haa mengata orang, dapat anak macam tu baru tau!" Daniel tiba-tiba datang dari arah belakang. Bila pulak sampai mamat ni? Bukan tadi kata masih kat office ke? Tup-tup dah tercongok depan dia. Ape kes?

Haqim dan Nad saling berpandangan. Bulat mata mereka berdua.

"Wehhhh sumpah sumpah! Astaghfirullah.."

Her (Completed) Where stories live. Discover now