Istikharah - Chapter 50

70 9 0
                                    

"So how? Serious benor aku tengok tadi?" Soal Nad yang tengah fokus memandu itu.

"Aku ajak dia kahwin." Balas Haqim pendek.

Brekkkk!

Kereta yang dipandu oleh Nad berhenti serta merta. Dia terdiam sekejap. 

"Kau serious ah?" Nad jatuh rahang dan memandang Haqim di sebelahnya.  

"Ya Allah.." Haqim memegang dadanya. Dia rasakan degupan jantungnya lagu mengepam. Ya Allah hidup lagi aku rupanya.

"Weh! kalau kau nak mati awal, kau ingatlah jugak orang sekeliling kau!" Haqim juga terkejut dengan tindakan Nad yang tiba-tiba itu. Thank God nasib baik aku dah pakai set belt. Kalau tak memang aku dah takde hidung. Nasib baik kereta kat belakang tak de, kalau ada memang dah innalillah dah ni. Tak dapat kahwin dengan Jade.

"Kau ajak dia kahwin? Habis tu, dia setuju ke tak?" Dia masih memegang kejap staring keretanya.

"I dont know her.." Kata Haqim angkat bahu.

" Apa yang dah jadi ni? bagi aku faham sikit kisah korang ni."

"Jalanlah bingai. Kau nak mampus ke? kalau kau nak jalan dulu, pergi mampus sorang-sorang." Haqim mula bengang dengan Nad yang tak pandai jalan jalan ni.

"Eh kau mulut.." Nad menekan pedal minyak dan memandu semula.

"Serious talk lah korang ni? Ni kahwin doh bukan benda main-main."

"Kau tengok muka aku ni tengah main-main ke? Ada congkak or batu seremban ke kat sini? Lawak macam ni dalam kamus pun tak de siot. Aku serius ah ni." Jawab Haqim mendatar.

Nad ni over lah.

"Jap. Jap! Kau belum cerita kat aku lagi pasal kau demam, mogok tak nak makan dan nangis kemarin. Bagitau aku cepat." Kata Nad. 

Haqim tunduk.

Sebenarnya dia tidak mahu bukak hal tu sekarang. Dia tidak sanggup. Nanti berdrama airmata pulak kat dalam kereta ni.

"Nantilah aku cerita kat kau.." Ujar Haqim sambil menyandarkan badannya ke belakang. 

"Weh macam ni eh kawan? Kata member dunia akhirat, benda penting macam ni pun kau tak nak bagitau."

"Alaa kau ni.." Dah mula dah drama budak Nad ni. Dia dengan Jade ni memang kaki drama.

"Blah ah engkau!" Nad buat-buat berjauh hati. Acah merajuk lah tu.

"Aku.." Haqim memulakan ceritanya.

Dia cerita dari masa dia mula-mula datang ke rumah Jade minggu lepas sampailah ibu kepada gadis itu menceritakan segala-galanya pada Haqim dan kejadian tujuh tahun lepas.

Nad yang fokus memandu itu sesekali menoleh ke tepinya. Dia mengangguk-angguk dan ada juga riak terkejut yang lelaki itu pamerkan. Dia pun terkejut, terkilan dan turut rasa sedih atas apa yang telah menimpa Jade.

Ya Allah..

Tak sangka Jade sekuat itu. Banyak benda yang gadis itu sorokkan daripada pengetahuan mereka berdua. Dia ada masalah pun dia tak kongsi dengan Nad dan Haqim.

kemudian, saat dia kena buli oleh pelajar junior dulu dia langsung tak bukak mulut. Duit dia kena curi, baju dia basah kena simbah air tandas oleh pelajar S.M.K Gombak, beg sekolahnya kena selongkar, baju sukannya kena sorok. Banyak benda lagi yang dia sorokkan. Itu semua sebabnya, hanya kerana Jade berkawan rapat dengan Haqim dan Nad. Jade tak pernah marah, mengeluh atau sedih pasal tu. Padahal tu semua sebab mereka berdua dia kena buli dan dipulaukan di sekolah.

Her (Completed) Where stories live. Discover now