Sick - chapter 30

80 7 0
                                    

"Jade pergi lah mandi dulu. Nanti kalau lewat sangat gelap pulak kat luar tu." Arah Tok Ma semasa mereka usai menunaikan solat Maghrib selepas berbuka tadi.

Jade yang masih memakai telekung itu mengerutkan dahi. Apa maksud kata-kata Tok Ma tu? Otaknya tidak dapat memproses info yang diutarakan oleh Tok Ma itu dengan tepat.

"Tak boleh ke lewat mandi Tok Ma?" Soalnya seraya menanggalkan telekung yang tersarung. Sejadah diambil dan disidai bersama-sama telekung yang digunakan tadi.

"Jade tak tahu ke yang rumah Tok Ma ni bilik air ada kat luar rumah?" Soal Tok Ma dengan sedikit ketawa kecil. Sudah pasti gadis itu terkejut dengan apa yang diperkatakannya itu. Jade terpempan. Bilik air ada kat luar rumah? serius lah?

"Oh. Hmm, kalau macam tu Jade pergi mandi dulu lah. Erm..Tok Ma, kat sana gelap tak?" Soal Jade lagi.

Dia mula membayangkan benda-benda pelik. Manalah tahu jika terserempak dengan haiwan-haiwan yang menggelikan itu. Tak sanggup rasanya untuk mandi tapi dengan tubuh yang sudah melekit-lekit ni macam mana pulak nak tidur nanti? Mesti tak selesa.

"Gelap jugak. Jade bawaklah pelita nanti. Tok Ma dah letak kat dapur tu." Sambung Tok Ma pula. Jade mengangangguk kecil tanda faham.

"Yelah Tok Ma. Nanti Jade pergi." Ujarnya.

Tok Ma menghilangkan diri di sebalik pintu dan menuju ke ruang dapur. Jade menutup pintu dan mula menyelongkar beg berwarna pink cair yang bersaiz kecil. Beg itu mengandungi beberapa alatan mandian yang dibawanya dari rumah. Berus gigi, ubat gigi dan botol mandian bersaiz mini dikeluarkan. Dia mula menyalinkan pakaiannya. Nasiblah kain batik Umi ada bagi dan dibawa balik bersama. Dia berkemban dan menutup bahagian bahunya dengan tuala bersaiz besar. Dia bahagian kepala pula, dia menutupnya dengan tuala bersaiz sederhana. Matanya menerawang ke kiri dan ke kanan. Dengan langkah sedikit cepat, dia menuju ke bilik Puan Enaida. Takut nanti terserempak dengan Haqim atau abang Dani. Pintu bilik Puan Enaida diketuk.

"Umi.. Jade ni." Ujarnya.

"Bukaklah tak berkunci pun." Pintu tersebut dikuak perlahan.

Melihat Jade yang tengah berkemban itu Puan Enaida tahu gadis itu nak pergi mandi.

"Jade nak mandi?" Soal Puan Enaida.

Jade mengangguk sambung bibirnya mencebir.

"Umi... Teman Jade mandi pleasee..." Ujar Jade meleret. Kelihatan muka Jade memang takut. Takut dengan dengan katak ke budak ni?

Puan Enaida hanya tersenyum kecil melihat Jade menuju ke arahnya. Dia sudah agak, budak itu ke biliknya sebab itu. Dia tahu Jade takut dan tidak selesa dengan suasana kampung. Dia faham.

"Jom umi teman, ni mesti takut katak kan?" Usiknya.

"Ah?! Ada katak ke Umi?" Membulat matanya. Serius lahh ada katak?

Ketawa Puan Enaida meletus.

"Mana da lah. Umi gurau je. Dah jom."

"Betul ni?" Bersinar-sinar matanya. Bibirnya menguntumkan senyuman gembira.

"Ye.. Jom lah cepat sebelum umi tukar fikiran."

"Jom, jom!"

Ya Allah Alhamdulillahh.. Takut siaaa mandi dalam gelap. Walau takde katak tapi haiwan-haiwan lain tu aku pasti mesti ada. Ni kampung kut. Benda-benda semua tu mesti ada.

XXX

"MASIH SAKIT lagi ke perut tu?" Puan Enaida menyoal dengan nada bimbang. Tadi Jade tak pergi solat terawih kerana sakit perut katanya. Hanya dia, Abah, Daniel dan Haqim dan semua orang yang cuti saja yang tidak pergi. Ingatkan bila dah balik, sakit perut Jade tu dah okey tapi macam nampak makin teruk saja.

Her (Completed) Where stories live. Discover now