Our promise - chapter 36

46 8 0
                                    

Angin malam di balkoni yang menampar lebut pipi mulus Jade itu sangat menyenangkan. SubhanaAllah indahnya ciptaan mu. Tiada ciptaan manusia sehebat ciptaanmu. kau ciptakan langit dan bumi dan awan tergantungan dengan sendirinya di udara tanpa sesiapa yang menahannya, matahari serta bulan bergerak mengikut paksinya, air pasang surut tanpa siapa mengawalnya. Semua itu dengan izin dan kuasa-Mu. Kau pinjamkan aku dengan satu nyawa dan nafas. So, which of the favours of your lord, will you deny?

Sesungguhnya Dia telah menjadikan apa yang berada di bumi sebagai perhiasan bagi kami hambahnya dan menguji kami. Siapakah yang terbaik perbuatan dan amalannya dan Allah juga memberikan berita gembira kepada prang-orang beriman serta patuh padanya, yang beriman mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan mendapatkan balasan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui siapa yang paling beriman.

"Assalammualaikum.." Haqim menyapanya.

"Walaikumsalam.." Jade menjawab dan menoleh ke arahnya. Haqim dengan baju melayu serta berkain pelikat kotak-kotak warna coklat.

"Haa, ajak aku lepak malam-malam kat balkoni ni kenapa?" Soal Haqim yang sudah pun duduk di sebelah Jade. Jaraknya tidak jauh darinya.

Jade teragak-agak mahu membuka bicaranya. Takut ada yang salah. Melihat tingkah Jade itu buat Haqim berkerut.

"Err.." Macam mana eh nak bagitau ni? Tiba-tiba rasa keluh pulak lidahnya.

"I want to tell you something.." Jade berjeda.

"Apa dia?" Haqim sabar menunggu ayat yang keluar dari bibir Jade.

"Bulan depan I nak balik US."

Haqim terdiam. Terasa nafasnya tersekat di hujung kerongkongnya.

"Bila? i mean haribulan berapa?" Haqim berdehem sambil memegang hidungnya.

"6 september ni."

"Ermm ouh ya? Im glad to hear that." Ujar Haqim yang cuba belagak biasa. Dia sudah pasti benda ni akan berlaku tapi dia tidak sangka secepat ini.

"yea, thanks.." Jade tersenyum kelat.

"Jaga diri. Aku takde nak jaga kau bila kau kat sana..." Susah dia mahu ungkapkan kata-kata. Tiba-tiba otaknya jadi blank.

"Kalau orang kacau or buli kau lawan diorang balik. Jangan diam je. Kau jangan introvert sangat, at least bergaul dengan orang, aku harap solat dan baca quran kau istiqomah especially ni.." Haqim tunjuk tudung yang Jade pakai sekarang.

"Aku harap kau istiqomah dalam menutup aurat. Kat sini aku, umi dan Dani ada untuk bimbing dan tegur kau. Kalau kat sana tiada siapa Jade, Kau sendiri yang akan bawa diri dan jaga semua tu. Aku.." Haqim berhenti seketika. Kelihatan sungguh dia susah nak ungkapkan.

"Aku takde kat sana dengan kau. Aku takut kau berubah pendirian dan hanyut." Haqim tunduk. Dia cuba mengawal nada suaranya dari mendedahkan moodnya yang sebenar.

"Doakan I.." Jade mengetap bibirnya.

"I always do Jaddy. Kita sama-sama doa. Berubah ni senang Jade, tapi nak istiqomah tu susah. Perlu ada pengorbanan dan ketabahan." Jade merenung Haqim dengan sayu sekali. Ya Allah aku takut..

Jade hanya diam seribu mendengar perkataan yang terbit di bibir Haqim itu. Dia pejam matanya cuba menahan airmatanya dari mengalir keluar.

"Dan tetaplah kamu (tinggal) di rumah kamu dan janganlah kamu bertabarruj (berhias dan bertingkah laku) seperti tabarruj Jahiliah pertama."

"Tu Hadis yang cakap bukan aku.."

"Kau tak payahlah sedih. Nanti cuti kau balik lah sini. Visit kitorang." Ujar Haqim dengan nada gembira yang di buat-buat. Jade hanya tersenyum sahaja.

"InsyaAllah.."

"Kalau kau rindu, Skype kan ade? Kita boleh vc hari-hari." Kata Haqim lagi. Dia tidak mahu tunjukkan kesedihan depan gadis itu. Dia perlu kuat untuk Jade.

"Kau dah solat isyak?"

"Belum." Jade masih merenungnya dengan pandangan kosong.

"Pergi solat sekarang. Tak elok lambatkan solat."

"Okay." Jade akur dan masuk ke dalam rumah.

"Jade."

"Ape?" Jade kembali pusing. Dia tunjukkan muka 'apa' kepadanya.

"Janji dengan aku kau takkan lupakan kitorang kat sini.." Ujar Haqim lembut. Sebenarnya itu yang dia takutkan. Jade akan lupakan Nad, Daniel dan dia. Kita tidak tahu apa yang berlaku di sana da di masa akan datang.

Jade mengangguk.

"Dan janji dengan aku segala kenangan kita kat sini kau tak lupa. Jaga diri, jaga solat dan yang paling utama jaga aurat." Jade mula rasa sebak tidak terkata. Airmata yang ditahan sedaya upaya tadi mengalir setitis. Terasa perit tekaknya menahan tangisan.

"Kalau I terlupa, would you still stay?"

"Yes InsyaAllah."

"Would you stay if anything happen to me?" Soalan itu buat Haqim berkerut tetapi tetap berlagak tenang.

"Yes, forever."

"Forever?"

"Yes, forever."

"yeah forever..."Jade berkata lagi lalu mengangguk perlahan.

"Then i will InsyaAllah. If Allah redha, aku tetap setia" Kata Haqim yang sedang menikmati pemandangan malam itu. 

To be continued..

Sorry chapter ni pendek.

Keep vote and comment!

jalan cerita so far okay tak? kalau tak i macam tak nak update. nak deleted terus boleh tak?

Her (Completed) Where stories live. Discover now