Thanks Giving - Chapter 54

62 9 1
                                    

Meriah sungguh majlis doa selamat yang di buat oleh Tok Ma untuk anak dan cucunya itu. Ramai orang kampung datang dan ada juga yang datang menolong memasak serta turut menyediakan juadah untuk tetamu yang lain datang.

Jade keluar dari biliknya. Kelihatan manis dia memakai jubah berwarna kelabu yang dibelinya dari butik Yasmeen dan juga dipadankan dengan kimar yang berwarna kelabu.

Jade ke dapur ingin membantu umi, Tok Ma dan juga ibunya yang sibuk melayan tetamu itu. Ramai orang kampung yang datang ke majlis doa selamat itu.

"Alaa comel nya anak darah ni..." Umi memegang kedua bela bahu Jade. 

"Umi pun comel jugak, ehek." Jade membelek baju kurung yang dipakai oleh Puan Enaida. Wanita itu hanya ketawa senang.

"Umi, Umi nanti tolong Jade pergi depan boleh? Jade malu.. Nak hantar gelas je." Tangan memegang hujung lengan wanita itu.

"Alolo.. Nanti umi teman." Puan Enaida mencuit lembut hidung Jade yang ditutupi niqab itu.

Jade meletakkan air minuman di dulang dengan berhati-hati. Satu-persatu dia meletakkan air minuman di gelas itu dan menyusunnya. Hujung lengan bajunya sudah basah dek kerana buat macam-macam kerja. Kepalanya yang dibalut tudung itu sudah lembab dan basah oleh keringatnya. Panasnya hanya tuhan je tahu. Majlis doa selamat lepastu ramai pulak tu orang yang datang, faham-faham je lah.

Selesai meletakkan air minuman itu di dulang Jade bangun membawa dulang yang berisi minuman itu ke depan untuk tetamu yang hadir.

Nad dan Haqim juga sibuk melayan tetamu yang hadir. Sambil-sambil itu Haqim kenalkan Nad pada orang kampung.

"Nah," Jade menyerahkan dulang itu kepada Haqim untuk tetamu lelaki yang hadir. Haqim menyambutnya dengan berhati-hati, takut licin. Dulang yang berada ditangan Jade itu telah pun bertukar tangan.

"Berapa lagi tak cukup?" Soal Jade.

"Lima gelas lagi." Haqim menunjukkan kelima-lima jarinya. Dia menyerahkan balik dulang tersebut pada Jade.

"Okay." Jade melangkah masuk ke dalam dapur untuk mengambil lima air minuman lagi untuk mereka.

"Jade!" Jade menoleh apabila namanya itu di seru. Rupanya Puan Nur memanggilnya. Kelihatan ibunya itu sedang sibuk juga melayan tetamu yang hadir. Dia mengatur langkahnya ke arah ibunya yang tengah bersembang dengan orang ramai.

"Ni lah anak perempuan saya." Ibunya mula memperkenalkan Jade kepada mereka.

"Cantik manis orangnya." Puji salah seorang daripada mereka. Jade hanya tersenyum kekok. Nasib baik mukanya tertutup oleh niqab. Tidaklah dia kelihatan kekok sangat. Mak cik ni hebat sangat, aku yang pakai niqab ni macam mana dia boleh tahu aku orangnya cantik? Hmpp manusia hanya memandang dari luaran.

"Dah besar dah ya anak kau Nur. Cantik pulak tu. Umur berapa? " Soal mak cik yang duduk di sebelah ibunya.

"Masuk tahun ni baru 25." Ibunya menjawab. Jade hanya diam membisu. Tidak tahu mahu borak apa. Ibunya tahu Jade tidak bergauk dengan orang ramai. Sebab tu dia tolong jawabkan untuk Jade soalan itu.

"Dah boleh kahwin ni. Dah ada ke orangnya? Dah kerja?" Soalnya lagi.

Ptfff! Soalan bila nak kahwin memang perkara biasa dan rasa muak pula kalau didengar setiap tahun. Lepas tu, siap tanya dah kahwin ke belum.  Generasi muda, korang jangan ingat dah terlepas dari soalan cepumas selepas tamat pengajian sebab 'mak cik' akan mengambil berat mengenai kerja atau profesion pula. Bukan saja tanya kerja apa, di mana malah siap bertanya gaji besar ke tidak! 

Tapi 'mak cik' memang tak akan faham dan teruskan bertanya sampai lah kita bagi sekeping kad undangan ke majlis perkahwinan. Baru diam. Kalau dah kahwin ditanya bila nak mengandung pulak. Hmp.

Her (Completed) Where stories live. Discover now