After Six Years - Chapter 41

57 5 2
                                    

"Weh kau dah cari tempat practical?" Soal Nad.

"Belum lagi. Kau?" Haqim yang sedang membaca nota kecilnya itu berhenti dan menoleh memandang sahabatnya itu. Dia tengah buat revision untuk test malam ni.

"Belum jugak. Aku ingat nak cari area-area kl je. Malas lah nak jauh-jauh."

"Aku pun macam tu jugak." Haqim kembali mengadap notanya itu.

Sedang dia membelek-belek buku rujukan dan nota kecilnya itu tiba-tiba satu lembaran kertas bersaiz A3 jatuh. Ia terkeluar dari selitan buku notanya lantas jatuh di kaki kiri Nad. Nad tunduk mengutip kertas yang berukuran A3 tersebut. Dia mengeluh perlahan.

"Kau masih teringat kat dia?" Soal Nad. Gambar mereka bertiga semasa di masjid wilayah enam tahun lepas.

Haqim hanya diam membisu. Dia meneruskan membaca nota kecilnya dan soalan dari Nad itu dibiarkan sepi. Dia buat-buat tak dengar.

"Kalau dia ingat kita, dia akan balik dan jumpa kita Haqim, and now? Ada dia datang jumpa kita? Enam tahun Haqim dia pergi tanpa khabar. Enam tahun, bukan enam hari." Ujar Nad. Dia risau tengok kawannya itu. Peristiwa enam tahun lepas kembali bermain di kotak memorinya.

"Bak sini balik." Haqim merampas gambar itu dari tangan Nad.

"Kau rindu dia kan?" Soalan Nad itu dibalas dengan cebikkan.

'"Soalan kau takde yang lagi yang lebih cerdik ke?" Haqim menjelingnya. Amboi, main jeling-jeling ni pehal?

"Tak, maksud aku. Kau still tak boleh lupakan dia?" Soal Nad meminta kepastian.

"Dia sahabat aku Nad. Kenapa aku nak lupakan dia?"

"Haqim, I already told you. Lupakan dia. Sampai bila nak macam ni? Dia pun sahabat aku jugak."

"Kau lain Nad. Aku lain." Ujar Haqim sambil merenung gambar tersebut.

"Apa yang lain? Kita bertiga sama-sama bersahabat. Move on Haqim. Move on." Nad seakan merayu. Sebagai orang yang telah melihat jatuh bangunnya seorang Emir Haqim dia tak nak melihat lelaki itu bersedih lagi. Cukuplah apa yang dia telah lalui itu, dia tidak mahu berulang kembali.

Tipulah kalau dia tidak rindu gadis itu tapi nak buat macam mana? Dah orang tak sudi bersahabat dengan kita takkan kita pulak yang terhegeh-hegeh dengan dia. Nad tahu ni bukan rasa sayang antara sahabat maka lebih daripada itu. Dia kenal Haqim. Dia nampak macam mana Haqim jaga Jade, protect dia habis-habis, dia tengok macam mana Haqim pertahankan Jade apabila gadis itu di caci dan di fitnah dulu, dan caring semua benda pasal gadis itu. Nad tahu dan tidak di nafikan itu bukan rasa kasih sayang antara saudara mahupun sahabat. Tetapi rasa sayang antara lelaki dan perempuan yang berlainan jantina. Perasaan fitrah seorang lelaki pada perempuan.

"Walaupun kita berdua bersahabat dengan dia, tapi antara aku dengan kau tetap tak sama." Haqim bangun dari tempat duduknya dan beredar dari situ.

"Wehh kalau ye pun, tunggu lah weh!!" Nad mengemas bukunya dengan kelam-kabut.

Aihh lah kawan aku sorang ni. Tahu sangat dengan kepala batunya itu.


XXX


Haqim menutup pintu biliknya. Hampir dua jam dia meluangkan masa bersama keluarganya itu. Dah dua bulan lebih dia tidak pulang ke rumah akibat kekangan belajar. Alhamdulillah kini dia sudah di peringkat sarjana mudah dan berada di semester lima tahun terakhir di university Islam Malaysia bersama Nad. Banyak sekali kenangan dan pengalaman semasa di belajar di sana. Pahit, manis, lawak, gembira semua dia telah lalui. Kena tinggal bas, train di awal semesta, assignment tak siap, masak maggi guna heater kat hostel. Kalau cuti, koop tak buka dan dia dengan Nad malas nak keluar. So, masak maggi guna heater memang selalu dia buat. Dia belajar buat macam tu dari budak-budak hostel. Tak masuk di akal. Kena kejar anjing pagi-pagi, masih ingat lagi time tu diorang pergi jogging satu IIUM tu pagi-pagi then terserempak dengan anjing mahunya tak lari?! Dari jauh lagi dia dah perhatikan kau semacam. Dua-dua lari lintang-pukang, lepas tu ketawa terbahak-bahak.

Her (Completed) Where stories live. Discover now