Hometowns - chapter 29

56 7 0
                                    

Daniel menyusun satu persatu beg bagasi di belakang kereta sementara itu Haqim membersihkan apa yang patut dalam kereta.

Jade dan Umi kat atas tengah bersiap.

Haqim periksa belakang seat pemandu, ada dua botol mineral kosong. Ni Haqim punya kerja. Suka sangat beli air mineral lepas minum letak kat dalam poket seat belakang. Kalau Daniel pulak suka tinggal buku. Ke mana-mana bawak buku. Dalam kereta kalau ada buku tu konfem Daniel yang punya buku tak pun Jade.

Haqim keluarkan botol-botol tersebut. Perbuatannya terhenti dek kerana tangannya tersentuh Jarum yang berada di bahagian kepala seat pemandu.

Aku seram betul kalau jarum atau pin tudung ni tertinggal kat seat kereta. Ni kalau tertusuk ni peh wa cakap sama lu.. lebih sodap dari gulai lemak cili api bossku...

Haqim menggeleng perlahan seraya itu dia mencabut jarum yang berada di kepala bangku seat kereta.

Ni mesti kerja Jade, Umi mana pernah buat ala mende ni. Aku yakin seratus peratus ni kerja Jade. Minah tu kalau letak barang kat mana-mana je. Tu lah barang dia semua hilang. Tag nama pun boleh hilang.

"Qim, buang sekali ni" sampah yang berada di tangan Daniel sudah bertukar tangan. Haqim buang semua sampah dan bekas bekas makan atau botol yang ada dalam kereta itu. Sepah giler kereta abah ni. Busy sangat sampai kereta tak terjaga. Ni semua bukan kerja abah tapi kerja anak-anaknya. Aku ulang sekali lagi eh ni semua kerja 'anak-anaknya' bukan bapak dia.

"Dah habis ke kemas tu dek?" Soal Umi yang ada dekat dalam ruang tamu. Umi menjerit perlahan.

"Dah Umi. semua dah" Haqim yang tadi buang sampah muncul kembali dari belakang kereta. tong sampah depan rumah je.

"Jade, abahnya, dah siap ke? nanti lewat pulak nak sampai kampung nanti" Umi jerit panggil nama Jade dan Abah.

Abah tadi tengah mandi. Jade pulak lepas je solat subuh tak muncul-muncul budak tu. Kejut bangun sahur pun dia tak bangun. Umi sampai fed up nak bangunkan. Katanya dia kenyang tanak makan. Mengaduh lapar satgi siap lah kau minah. Exited sangat nak balik kampung sampai tak tidur malam tadi. Kemas baju macam setahun duduk kampung.

"Jade, ohh Jade. Dah siap ke belom? beg Jade belum keluarkan lagi tu. Ke belum kemas lagi?"
Umi mula buka langkah mendaki satu persatu anak tangga menujuh naik ke atas bilik Jade. Setahunya gadis itu dah kemas baju malam tadi.

Daniel menutup pintu belakang rumah yang berada kat dapur. Final check. Dia menutup satu persatu suis yang berada di hujung sudut dapur kecuali suis peti sejuk dan dia hidupkan hanya satu lampu sahaja nanti malam takde lah gelap sangat.

"weh, Dani. kasut kesayangan kau ni nak bawak tak? ke kau pakai selipar and kasut baru kau ni je?"
Haqim mengangkat satu kasut yang berwarna Hijau gelap dan satu lagi kasut yang berwarna coklat kepada Daniel sebelum dia memasukkan semua kasut yang perlu di bawak ke dalam beg kasut. Kedua-duanya jenama Vans.

"Aku bawak yang ni je" Daniel mengambil kasut Vans nya berwarna coklat gelap yang ada ditangan Haqim itu lalu membantunya memasukkan kasut kasut tersebut ke dalam beg kasut. Ada dua beg kasut sebenarnya. Satu untuk dia, Haqim dan Abah dan beg kasut lagi satu untuk Umi dan Jade.

"Haqim tolong umi bawak bagasi Jade ni turun bawah" kedengaran sayup sayup suara umi dari tingkat atas.

Haqim berlari anak ke arah tangga lalu menujuh ke atas.

"On my way Umi."

xxx

"Umi ada minyak angin tak?" Soal Jade. Tiba-tiba kepalanya terasa pening.

Her (Completed) Where stories live. Discover now