History - Chapter 8

112 18 0
                                    

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat bermula.

Jade menyusun buku bukunya yang berselerak di atas meja itu.

memandangkan buku teks dia belum dapat jadi harini dia tulis nota dan tutorial dalam buku notanya.

setakat ini dia tidak terkejut juga dengan pembelajaran yang dia pelajari selama hampir 4 jam itu. sebab di USA pun dia belajar subject yang sama account, kimia dan economic, cuma bahasa dan pertuturan yand digunakan agak sedikit perlahan dia tangkap. dia bukan fasih sangat dengan bahasa pasar ibunya ini.

Dan kalau dari segi sports Jade tidak pasti sama ada sekolah ini sama dengan sekolah lamanya atau tidak.

cuma dari segi suasana agak berlainan dan pelajar dalam kelas itu semuanya layan dia dengan baik. mesra alam sangat hehehe.

perbezaan waktu amat ketara. kalau kat USA pagi pergi sekolah petang selalunya ada kelas tambahan atau sukan. Kalau di sini umi bagitau dia pukul 1 atau 2 dah balik.

Di USA Jade ambil sukan gymnastic dan tahun kedua terakhir dia tukar pergi Kelab Batminton.

sebenarnya ada saja pun kelab tarian atau cheers lady tapi Jade bukan typical gadis yang macam tu plus dia tak suka.

Jade seorang yang introverts, sangat susah untuk bergaul dengan orang luar. Jadi kalau nak berkawan itu dia agak susah, apalagi mahu menjadi sahabat baiknya. kalau ada pun hmpp hanya teman untuk belajar berkumpulan lain dari itu dia agak tertutup.

"Awak pergi cafe jom?" Najwa di sebelahnya sudah siap siap untuk pergi.

Bukunya hanya diletakkan di laci bawah meja. malas punya pasal nanti waktu kelas habis baru sumbat masuk dalam beg.

"Awak pergilah dulu, nanti saya menyusul. Saya tengah tunggu orang" Jade berkata lembut. Dia tidak mahu mengecilkan hati teman barunya itu. Jade tunggu Haqim sebenarnya.

Dia agak kekok bertutur dalam bahasa melayu baku.

Sejak kelas economic tadi dia berusaha untuk menjaga pertuturannya.

Biasanya dia kalau dengan ibunya sahaja yang bertutur bahasa Malaysia sebab tu dia agak fasih tambahan pula ibunya pernah menghantarnya pergi ke kelas Bahasa Malaysia.

Kalau dengan Daddy fuhhhh hancur bahasa melayu sekali dengan bahasa English HAHAHA! mix bahasa sampai hanya dia dan Daddy-nya saja yang faham.

"Okay najwa pergi dulu tau" Pamit Najwa.

Dia mula melangkah keluar dari kelas mereka.

Bayangan Najwa hilang dari pandangan. Jade masih sibuk mengemas buku notanya. pensil dan pen dimasukkan ke dalam pencil boxnya. kelihatan sungguh dia fokus dengan perbuatannya.

"Assalammualaikum"

Mendengar suara itu memberi salam Jade terus mendogak sedikit kepalanya.

"awakkk" Entah kenapa dia rasa rindu dengan mamat itu. Walaupun dia selalu carik pasal.

Hmp mungkin sebab sekarang hanya mamat itu sahaja yang dia kenal dan selesa.

Selesa pun sebab malam tadi mamat tu bawak dia pergi makan kat MCD.

Ok lah boleh lahh masuk air hehehe

Kelihatan lelaki itu menunggnya di hadapan kelas Jade sambil kedua belah tangannya di masukkan ke poket seluarnya miliknya.

Cepat-cepat Jade membereskan segalanya.

Setelah selesai dia berdiri dan terus melangkah ke arah Haqim.

Her (Completed) Where stories live. Discover now