Changed - Chapter 39

56 4 0
                                    

One month later...

Haqim fokus membuat latihan account untuk peperiksaan akhir tahun yang tengah dijalankan. Nervous jugak walaupun peperiksaan akhir tahun je tapi tetap penting dalam hidup dia. Dia berhenti seketika, mencari kesalahan yang dia buat dalam income statement itu. Manatau dia ada salah tulis nombor ke? careless dalam account adalah benda yang paling menakutkan sekali. Satu nombor je kau careless atau salah tulis memang jawapan dia akan bertukar dan tak balance.

Haqim mengeluh perlahan. Otaknya tepuh sangat dia rasakan. Take a break lima minit kejaplah. Dia memejamkan matanya sambil mengurut dahinya. Air mineral yang dia belinya di cafe tadi diteguk  sedikit bagi menghilangkan sedikit kantuknya. 

"Weh, kau seen stories Jade?" Tanya Nad.

"Pehal?" Mendengar sahaja nama gadis itu, Haqim yang sedang membuat latihan account berhenti.

"Kau tengok lah sendiri.." Nad serba salah.

"Aku tak bawak phone. Kenapa?" 

"Aku.. err.." Nad menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kenapa?" Haqim makin hairan dengan kelakuan Nad.

"Bak sini phone kau." Haqim menyuakan tangan agar Nad memberikan phone kepadanya.

"Er.."

"esh! cepat lah." Haqim mendesaknya. Lambat-lambat dia mengeluarkan telephonnya dari poketnya itu.

"Sini." Tanpa sempat dia memberikan pada Haqim, terlebih dahulu lelaki itu merampas Iphone Nad dari pegangannya.

"Kalau ye pun, sabarlah." Marah Nad.

"Password?" Haqim tidak mengendahkan teguran Nad itu. Dia memberikan semula telepon itu pada Nad, bagi laluan pada sahabatnya itu membuka lock screen teleponnya. Seusai itu, dia menekan ikon Instagram Nad dan nama Jade dia type.

Terkejut dia melihat post stories gadis itu. Tidak terkata dia dengan apa yang dilihatnya itu. Hampir terjatuh telepon yang berada di pegangannya. Sempat Nad menyambutnya.

"Kau okay?" Soal Nad apabila melihat Haqim yang seakan-akan hilang kata itu.

"Aku tak percaya." Haqim menggeleng. Ni edit-kan? Ni bukan Jade..

"First, aku pun tak percaya Haqim. Tu kawan kita kan?" Sayu Nad berkata.

"Bukak Skype kau."

"Nak buat apa?" Nad blank.

"Bukak je lah.." Haqim buat muka menyirap. Call budak tu lah aihhh. Lagi mahu tanya buat apa. Nama Jade terpapar di screen telepon Nad.

Tut.. Tut..Tut..

Haqim membuat panggilan suara pada gadis itu.

"Pickup the phone please.." 

Haqim tamatkan panggilan dan membuat panggilan semula.

Sudah sebulan lebih dia tidak menghubungi gadis itu. Rindu? tipu lah kalau aku tak rindu minah tu. Tapi, hmp.. Budak tu senyap tanpa khabar. kau call dia tak angkat, mesej pun haram jadah dia balas. Asyik blue tick je. Dia agak terkilan jugak lah sebab Jade macam tu, langsung tidak menghubunginya dan sekarang dia tidak ada kesabaran lagi. Dia harus call jugak budak itu. 

"Angkat lah Jade.." Haqim menghela nafasnya kasar. Kesabarannya makin tipis.

"Dia tak angkat.." Ujar Nad. Haqim tunduk meraup mukanya.

Her (Completed) Where stories live. Discover now