Her Birthday - chapter 19

60 9 3
                                    

Haqim meneruskan langkah menujuh kearah Jade yang tengah leka menikmati pemandangan pantai itu. Termenung jauh budak tu. Dah sampai mana pun haqim tidak tahu.

Terdapat ramai sekali orang yang berkunjung pada petang itu. Hujung minggu kan, lagi pun budak sekolah cuti umum tiga hari. Pantai ni terletak kat tengah-tengah bandar memang ramailah yang nak serbu.

"dah sampai mana dah cik kak?" kata haqim sebaik saja sampai di sebelah tempat duduk Jade.

Jade menarik earphone yang terpasang ditelinganya.

"eh, dah jumpa dah kawan you tu?" soal Jade sedikit terkejut dengan kehadiran Haqim disebelahnya.

"dah, jom lah. Semua dah tunggu tu" ujar Haqim.

Jade bangun dari tempat duduknya lalu membetulkan sedikit tudungnya yang berterbangan itu. Angin kuat sangat sampai awning tudungnya rosak. Untung mood aku harini baik.

"ramai ke kawan you tu? I seganlah" kata Jade sedikit kekok.

"tak ramai sangat. Tak payah segan sangat. Diorang bukan retis pun. Act macam biasa je" kata Haqim.

Jade membuntuti langkah Haqim dari belakang. Haqim hentikan langkahnya lalu menoleh kebelakang tunggu Jade. Dua tiga langkah Jade baru dia berjalan bersama Jade semula.

Kenapa aku rasa tak kena ni? Jantung aku jangan cakaplah. Speed gila mengepam. Aku jumpa kawan si Haqim je pun bukan mengadap sultan. Rileks sudahlah. Kau bukan kenal pun dengan diorang tu. Haqim kan ada. Naz pun ada sekali. Kalau kau kekok ke, takde kawan nak sembang ke, kau tarik je budak dua ekor tu suruh layan kau. Siapa suruh ajak aku pergi celebrate ulang tahun member korang. Dah lah aku tak kenal hmp.

Haqim berhenti apabil Naz memberikan signal berhenti dari jauh. Kelihatan semua dah tersedia. Iman, Najwa dan Ira pun dah sampai. Jade tak perasan diorang sebab tempat tu agak tersembunyi plus ramai orang kat pantai ni. So senang sikit kerja diorang.

"Jade, kejap" Haqim berhenti berjalan.

"kenapa?" berkerut seribu Jade dengan arahan itu.

"aku lupa mana tempat member aku tu." Seloroh Haqim.

Pulak dah.

Kenapa boleh lupa? Bukan tadi kau dah pergi ke? Kenapa sampai boleh lupa? Aku tahulah ramai orang sekarang ni. Takkan muka member sendiri pun kau tak boleh nak cam? Huh.

Haqim melangkah perlahan lahan. Jade hanya menurut sahaja. Ape kes ni? Aduhhh

"kau tunggu sini jap. tengok pemandangan pantai ke, nak main air kat pantai ke, aku izinkan. Japgi aku datang balik eh?" ujar Haqim.

Tanpa sempat Jade berkata Haqim terus beredar dari situ. Tinggallah dia sendiri kat tengah-tengah ramai orang ni. Aduhhh dahlah aku tak biasa kat tempat-tempat macam ni dia boleh pulak tinggalkan aku. Jade mengeluh perlahan. Dia membuka langkah kearah tepi pantai. Telephone dikeluarkan dari kocek seluarnya lalu menangkap pemandangan pantai yang indah itu. Dia menghadap ke pantai. Sambil tunggu budak Haqim tu carik kawan dia manfaatkan masa. Nikmati pemandangan pantai. Bukan selalu dapat tengok pemandangan macam ni.

Sedang dia leka menangkap gambar pemandangan itu tanpa dia sedar Haqim, Naz, Aiman, Ira dan Iman berada dibelakangnya dengan Color String serta pop pop masing-masing ditangan mereka. Camera dipegang oleh Mukhlis bagi merakam momen itu. Najwa membawa kek secret recipe yang tadi Naz dan Haqim beli.

"Allah selamatkan kamu.... Allah selamat kamu.... Allah selamatkan Jade Nur Middleton.. Allah selamatkan kamuuu yeayyyy!!!!!"

Jade yang agak terkejut dengan nyayian itu menoleh kearah belakang? Habis tudung dan bajunya dengan warna pink yang keluar dari Color String itu. Kenapa Haqim dengan Naz serang dia dengan Color String tiba-tiba ni? Jade terkeduh. Birthday siapa harini? Eh Iman, Ira Aiman, Najwa dan Mukhlis pun ade? Wait wait waitttt ni sambut celebrate siapa ni?

Her (Completed) Where stories live. Discover now