I Hate You! - Chapter 53

72 7 0
                                    

"Jomlah Jade..." Pujuknya pada gadis itu.

Jade tengah menguis-nguis tanah menggunakan kakinya itu menggeleng. Dia masih marah dengan lelaki itu. Sakit kut badan aku terhantuk dinding tadi. Kau ingat badan aku ni besi keras macam kau?

"Aku janji kita naik motor, bukan jalan kaki." Pujuknya lagi. 

Jade tak beriaksi. Dia hanya diam membisu sambil menundukkan wajah memandang tanah yang dikuisnya itu.

"Kitorang pergi sungai hujung kampung, kalau kau tak nak ikut sudah!" Pancingnya. Dia tahu Jade suka sungai. Dia buat-buat nak bangun dan pergi dari pangkin itu.

Mendengar perkataan sungai sahaja Jade mendongak. Mukanya bertambah masam. Saja lah tu! Eyyy

"Nak ikut!" Jade mendengus halus dengan wajahnya yang masih monyok itu.

Haqim yang sudah membelakang itu tersenyum simpul. Yeahh akhirnya ikut pun. Pujuk seketul Jade ni kau ingat senang?

"Okay jom!"

"Haqim nanti," Jade teringat sesuatu.

"I nak tukar selipar." Ujar Jade.

"Cepat, Aku tunggu."

Jade masuk ke dalam rumah mencari seliparnya yang lagi satu. Tak sampai seminit Jade muncul semula.

Haqim membaling kunci motor tua milik arwah atoknya pada Daniel. Daniel menyambutnya di tepi tangga.

"Kita naik motor."

"Pulak dah? Tadi kata nak jalan kaki?" Soal Nad yang sedang menyarung seliparnya dikaki.

"Jade nak naik motor. Kau bonceng dia.. Aku dengan Nad." Beritahu Haqim pada Daniel.

"Okay Jom." 

"Pakai ni." Daniel menyarungkan topi keledar itu pada Jade. Memandangkan gadis itu memakai niqab, jadi Daniel membetulkan sedikit tali topi keledar yang berada di dagunya bagi memberikan keselesaan pada adiknya itu untuk bernafas.

"Ketat sangat ke?" Soalnya pada Jade yang senyap sahaja dari tadi.

"Tak, okay je." Jade memegang kepalanya sudah tersarung topi keledar itu.

"Okay?" Soalnya lagi. Ragu-ragu pulak dia membawa gadis itu. Mana tahu dia tak selesa ke naik motor. Kalau dia tak pakai niqab tu okaylah sikit.

Jade mengangguk meyakinkan Daniel.

"Okay jom." Daniel menghidupkan enjin motor arwah atoknya.

Dia perlahan-lahan menunggangi motor lama itu. Nad dan Haqim sudah jalan terlebih dahulu. Motor kat rumah Tok Ma ada dua dan semuanya kepunyaan arwah atoknya.

Tempat pertama persinggahan mereka di tapak sawah padi hujung kampung, yang istimewanya sawah padi itu adalah dia mempunyai tali air di tengah-tengah sawa padi tersebut. Pemandangan pun sangat cantik bila petang-petang macam ni, boleh tengok sunset. Suis enjin dimatikan lalu Haqim dan Nad turun. Sebenarnya dia jarang ke kawasan tali air itu. Berbeza sewaktu kecil dahulu tempat itulah menjadi tempat dia dan sepupunya bermain. Semakin membesar sebagai remaja, masanya dihabiskan dengan belajar. Lagipun dia jarang balik ke kampung, balik pun setahun sekali. Dah banyak yang berubah.

"Ni sawah padi siapa punya? Tok Ma jugak ke?" Soal Nad yang kagum melihat keindahan alam itu. Hijau dan menyenangkan.

"Eh tak, ni ketua kampung punya. Tapi dulu aku dengan sepupu-sepupu aku selalu main kat sini. Kitorang selalu memancing kat tali air tu." Haqim menjuihkan bibir ke arah tali air yang tidak jauh dari mereka.

Nad hanya mengangguk.

"Jom kita pergi tengah tu, aku nak tangkap gambar. View dia lawa bhai kat depan tu." Ujar Haqim.

Her (Completed) Where stories live. Discover now