Min Pov
"Hyuk, tadi dia ada dalam office, saya keluar sekejap, masuk balik Hyuk dah tiada. " balasku.
"Hoseok ada dengan dia? " soal V.
Aku mengangguk pantas.
"Jangan risau Hyuk pasti dengan Hoseok. " balas V tenang.
Aku ni sejak jadi eomma makin tak tenang hati. Yalah, aku selalu risaukan Hyuk.
"Jom. " tanganku ditarik oleh V.
Aku hanya mengikut. Mungkin dia tahu dimana Hyuk.
'Bilik penyeksaan' desis hatiku.
"Diorang tengah belasah geng yang serang kita petang tadi." Ujar V.
Jangan kata Hyuk ada dekat sini.
Memang betul tekaanku. Hyuk sedang duduk diatas kerusi besar sambil menepuk tangan. Macam boss besar, padahal baru 3 tahun lebih. Kerusi yang sepatutnya ketua Gangster High duduki.
Laju aku mendekati Hoseok dahulu.
Tangan naik menampar pipinya. Terkejut semua. Hoseok memandang tajam kepadaku. V hanya mendapatkan Hyuk dan diriba Hyuk. Taknak ambil kisah dengan tindakan aku.
"Asal kau! " marah Hoseok.
"Kau tanya aku! Kau bawak Hyuk tak bagitau aku kenapa! " soalku geram.
Ikut hati nak sparring je dia ni.
"Mian, aku excited sangat tadi, terus keluar bawak Hyuk, lupa nak bagitau kau. " Hoseok meminta maaf.
"Ok, lain kali tunggulah aku sekali. " balasku malas memanjangkan cerita.
Aku terus ke hadapan.
"Boss nak teruskan?" Soal Kookie.
"Tak" balasku malas. Lagipun aku taknak kejutkan Hyuk dengan keganasan dari eommanya sendiri.
"Boss, nak buat apa dengan diorang ni? " soal Kookie lagi, sudah bengkak dan berdarah tangannya membelasah mereka yang juga sudah lunyai.
"Siapa ketua diorang?" Soalku.
"Aku!" Balas Namjoon oppa. Baru aku perasan kewujudan dia.
"Ikut suka Min nak buat apa, oppa tak kisah." Sambungnya.
Ini pasti budak geng RM. Geng yang baru Namjoon oppa tubuhkan setahun yang lalu.
"Disebabkan diorang ni mentah lagi, Min bagi balik diorang dekat oppa. Kalau Min seksa sampai mampos, Oppa jugak kena cari budak baru, mesti oppa rugi besar." Balasku sinis. Tapi aku maksudkannya.
Yalah kesian Namjoon oppa baru nak bertapak dah kerugian.
"Cisss....Oppa jugak yang kena menganjing. Mentang-mentanglah Min ketua yang tersohor dan dah kukuh sekarang!" Balasnya turut sinis.
Dan memang betul. Gangster High mahupun Dragon High keduanya telah kukuh dalam dunia gangster bukan di Korea sahaja, bahkan di dunia.
"Dah, bawak diorang balik, malas oppa nak layan ketua kerek!" Namjoon oppa terus berlalu pergi sambil melambai tangan dengan coolnya.
Aku hanya tersenyum sinis. Kebanyakkan yang ada berlalu pergi kerana persembahan berakhir. Anak buah Namjoon oppa juga berjalan lembik untuk keluar selepas tali yang mengikat mereka dibuka.
Laju langkah aku hayun kearah Hyuk yang masih diriba oleh V.
Tetapi yang menarik minatku adalah Haera yang duduk dikerusi sebelah V sambil membuat peace kepadaku. Baru petang tadi masuk wad, malam dah ada disini.
YOU ARE READING
Dragon High
ActionAnnyeong haseyooo.... I'm back, ni sambungan Gangster High. Kenapa Dragon High, kenapa bukan Gangster High 2?! Jawabannya : continue reading, author ada letak sinopsis or appetizer orang panggil. N cerita ni lebih banyak fresh idea dan fresh cream...