Thirty-One

134 6 2
                                    

V Pov

"Aku nak kau rehat buat masa sekarang, tunggu masa yang sesuai aku bawa kau keluar.." bicara Min aku potong menghalang ucapannya.

Dahi Min aku cium sebelum langkah aku atur keluar.

Pintu aku tutup rapat. Turun saja ke tingkat bawah, mata aku disajikan adegan yang panas.

Kookie sedang memerangkap erat tubuh Haera ke dinding aku lihat. Bibirnya pula sibuk membuat kerja di leher Haera.

"Korang boleh guna bilik tetamu di tingkat atas kalau dah tak boleh tunggu malam..." senyuman sinis tersungging diwajahku.

"Hyung..." Kookie menjarakkan sedikit tubuh dari Haera... Tetapi mereka masih dalam keadaan rapat.

Satu lagi tangannya menggosok leher kerana perbuatan mereka yang 'terkantoi'.

"Pastikan Hyuk tak nampak perbuatan korang. Aku taknak anak aku ikut perbuatan orang dewasa.

Dan...bagi Hyuk main dengan Min sekejap, lepastu bawa Hyuk balik Dragon High. Pastikan heolmoni Min tak dapat rampas Hyuk!" tegasku dihujung ayat.

Aku yakin heolmoni Min akan cuba mendapatkan Hyuk sebagai kunci untuk memisahkan kami.

Ugutan heolmoni Min untuk buat kami bercerai tidak boleh aku pandang mudah.

Buktinya selepas kehilangan Min semalam... Bukan sahaja seluruh Seoul digemparkan dengan berita tersebut. Tetapi heolmoni mengambil keputusan menghalang aku menghampiri Gangster High. Anak buahnya mengikuti setiap pergerakan aku.

Dan Hyuk aku letakkan dibawah penjagaan Kookie dan Haera.

Hatta mereka sahaja yang aku percayai untuk melindungi Hyuk dengan sebaiknya. 

.....skip.....

Pintu bilik hotel aku buka dengan selamba.

Tahu gerangan yang akan membantu menjayakan misi aku kali ini.

Wajah Seokjin hyung yang seperti singa ingin memakan orang terpampang di hadapan pintu.

Wajah sinis aku lemparkan.

"Takkan privasi aku pun hyung nak kacau?" tangan aku bawa memeluk tubuh.

"Dah 3 hari Min hilang dari hospital, kau bukan nak tolong cari, tapi kau berseronok dengan perempuan lain...." laju tubuhku ditolak ketepi dengan kasar, Seokjin hyung terus masuk ke dalam bilik.

Aku hanya mengikut bersama hati yang tertawa riang.

Drama bermula....

Kecemburuan Seokjin hyung juga penyumbang dalam rancangan aku.

3 hari Min hilang.... Tapi sedikit pun kecurigaan tidak diberi kepada aku.

Hebatkan percaturan aku.

Pada mereka, aku sudah berubah menjadi orang lain, orang yang tidak cintakan Min lagi.

Sudah menjadi kaki perempuan.

"Oppa..." Byul yang baru keluar dari tandas aku lihat. 

Tubuhku dipeluknya erat. Pelukannya aku balas menyebabkan kami menjadi sangat rapat.

Wajah keghairahan aku pamerkan sedangkan dalam hati Byul nampak biasa pada aku.

Byul pula sedikit terkejut melihat Seokjin hyung yang mencerlung biji mata melihat pakaian Byul yang berbaju tidur atau aku dan Byul yang mungkin dalam keadaan intim.

Mungkin kedua-duanya.

Baju aku buka dan dilemparkan ke tepi sofa tiga.

Tubuh Byul aku tarik semula.

Dragon HighWhere stories live. Discover now