Seokjin Pov
"Byul, jom kita dah sampai." Tubuh Byul aku goyang perlahan. Byul mencelikkan mata, kami berada di pusat pengumpulan sampah. Byul melompat turun dari lori.
Aku menyusul Byul. Kami berlari kearah pagar keluar. Masa untuk pulang membersihkan diri.
"Aucchhh..." Byul yang terduduk sambil memegang buku lali aku hampiri.
"Kau okay? " soalku risau.
"Aku okay, jangan risau. " Byul bangun berjalan sambil terhinjut-hinjut.
"Jimat tenaga aku tak payah dukung kau! " balasku sinis.
"Aaawwww...oppaa sakit, rasanya ada tulang patah...." Byul terjatuh semula.
Aku terkejut, tetapi senyuman miang di bibir Byul membuatkan aku faham akalan dia.
"Tak payah nak mengada-ngada! " aku terus berjalan menghiraukan Byul.Byul sudah membuka kasutnya dan terserlah kakinya yang sudah bengkak keungguan.
"Bila kau luka? " aku menerpa kearah Byul.
Dah teruk bengkak dia, mesti paling-paling dah sejam terseliuh.
"Masa orang tu campak Byul masuk dalam lori sampah. " Byul menjeling geram.
Dari kecederaan dia mungkin ada ligamen yang cedera. Stoking dan kasut aku pakaikan pada Byul semula. Supaya tak masuk angin.
Tubuh Byul aku cempung dan kami meneruskan perjalanan, berjalan kaki.
"Gomawo oppa! " ucap Byul lalu mencium pipi aku.
"Yahhhhh..." jeritku. Takguna punya budak dia ambil kesempatan dengan aku.
Tetap tubuh Byul aku dukung seperti biasa. Berat ok budak ni. Mahu aku kena urut badan aku balik nanti.
"Berat tak Byul? " Tangan Byul bermain dengan telingaku yang memerah kerana cuaca yang sejuk.
"Gila tak berat, mahu penyek orang kalau kena hempap dengan kau! " balasku.
"Savage! " balas Byul, jarinya bermain dengan keningku pula.
"Byulllll!!! " jeritku apabila tangannya bermain dengan bibirku pula.
"Hehehe, I can't resist such a beautiful creature like you oppa.... " balas Byul sambil gelak kegedikkan.
Aku hanya mampu mengeluh dengan kegedikkan Byul. Siapa yang ajar Byul untuk jadi gedik macam ni!!!
Sini, aku nak belasah orang tu.
Aku berjalan terus ke gudang yang terdekat yang mengambil masa hampir 30 minit. Byul sudah enak tidur sambil tangan melingkar dileherku.
Wajah tenang Byul membuatkan aku terlupa gadis kacukan ini pernah terluka dan terseksa suatu ketika dahulu.
"Ehhh....Hyungg...." sapa orang-orang aku yang terkejut aku berada di salah satu gudang, siap mendukung perempuan lagi.
"Bawakkan pakaian baru untuk aku dan yeoja ni." Aku berlalu ke bilik yang kosong. Byul aku baringkan.
Mata Byul tercelik bulat apabila tubuhnya aku lempar sahaja diatas katil.
"Tahu lempar saja, cuba letak elok-elok. " Byul menyindir.
"Tak tahu." Baju yang dibawa oleh anak buah aku ambil, baju Byul aku baling tepat ke mukanya, baju aku pula aku bawa ke bilik mandi, untuk membersihkan diri.
Entah berapa lama barulah bau sampah ni akan hilang. Keluhan kasar aku lepaskan. Masih kedengaran suara Byul membebel kerana aku baling baju tepat pada wajahnya.
YOU ARE READING
Dragon High
ActionAnnyeong haseyooo.... I'm back, ni sambungan Gangster High. Kenapa Dragon High, kenapa bukan Gangster High 2?! Jawabannya : continue reading, author ada letak sinopsis or appetizer orang panggil. N cerita ni lebih banyak fresh idea dan fresh cream...