Seven

199 11 0
                                    

Min Pov

"Hyuk-ah... " aku menimbang-nimbang Hyuk, dia menjerit kegembiraan.

"Polis berjaya mendapatkan rakaman CCTV di hotel, berhubung kes pembunuhan salah seorang calon Presiden Korea Selatan pada 2 minggu lepas."

Berita di televisyen cukup untuk mengejutkan aku. Hyuk juga terdiam, seperti dapat menangkap kerisauan yang terpamer diwajahku.

"Boss... Polis dapat rakaman CCTV boss keluar bilik tu! " seorang anak buahku muncul.

Hyuk aku biarkan bermain di ruang tamu, lagipun markas Dragon High ni ada anak buah merata-rata. Jadi aku tak perlu risau.

Aku berlalu ke taman yang kosong tanpa sesiapa.

"Bodoh! Kenapa korang lebih lambat dari berita di TV! " kaki anak buah tersebut aku sepak.

"Aduhh... " dia mengaduh. Aku pula dah berasap kepala dan hati.

Anak buah yang lain terundur kebelakang, risau aku belasah diorang mungkin.

"Ni rakaman dia boss" telefon yang dihulur aku ambil.

Jelas rakaman wajah aku memasuki bilik tersebut. Tetapi sekejap sahaja, dan tiada rakaman aku keluar dari bilik tersebut.

"Aku nak korang siasat siapa yang cuba nak perangkap aku, secepatnya!!" Jeritku lantang. dah tak kisah dah kalau pecah gegendang mereka sekalipun.

Perkara kecil pun nak susah nak selesaikan. Kalau Kookie ada kan bagus, semuanya cepat dan cekap, tak perlu aku risau dengan perkara kecil dan remeh temeh. Tapi Kookie dan Haera pergi bercuti, ke mana aku pun tak ambil tahu, sebab Kookie rahsiakan. Annual leaves lah katakan.

"Baik boss." balas mereka serentak.

Aku terus masuk ke dalam markas semula, bunyi suara Hyuk berceloteh beserta gelak tawa yang kuat menarik minatku. Siapalah yang mampu membuatkan Hyuk seseronok ni.

Setahu aku tiada siapa yang berani dekati Hyuk sebab Hyuk ni susah didekati, pernah ada anak buah yang nak main dengan Hyuk, terus Hyuk meraung dengan kuat sampai bergegar markas kami dengan tangisan Hyuk.

Tapi bila aku sampai, Hyuk memeluk kaki aku dan hilang terus tangis dia.

Sejak tu anak buah semua hanya mampu jaga keselamatan Hyuk, tak berani mendekati Hyuk, dari jauh pun Hyuk dah jeling tajam dekat diorang.

Aku yakin sikap beku dia tu diwarisi dari appa dialah, siapa lagi.

Hyuk hanya akan gelak paling kuat kalau orang tu satu saja.......

"V" panggilku. V menoleh kearahku. Terus mati senyumannya yang terserlah saat bermain dengan Hyuk tadi.

Aku duduk diatas sofa, berhadapan dengan V yang duduk diatas permaidani bersama Hyuk.

"Eomma...." Hyuk bangun mendapatkan aku. Tubuhnya aku angkat, laju saja Hyuk memeluk leherku.

"Mengantuk?" soalku sambil mencium pipi Hyuk berulang kali. Hyuk tidak menjawab sebaliknya dia merehatkan kepala dibahuku saja.

"Jom kita tidur...." aku bangun sambil mendukung Hyuk. V mengikutku dari belakang.

Sebaik saja memasuki lift, tangan aku mengenggam tangan V manakala satu tangan lagi masih mendukung Hyuk. Senyuman manis aku ukir apabila tangan V yang terlalu sejuk membalas genggaman aku semula.

'Aku takut, risau' itu yang terpamer diwajah V sekarang.

Pintu lift terbuka di tingkat lima yang sebelum ni hanya ada bilik kami yang kini juga mempunyai bilik Hyuk disebelahnya aku tuju. Hyuk aku baringkan diatas katil. Selimut ditarik dan dahi Hyuk aku cium, manakala V membuka aircond dan menutup langsir bilik.

Dragon HighWhere stories live. Discover now