Forteen

176 9 0
                                    

V Pov

"Appaaaa...." Hyuk berlari anak mendapatkan aku yang baru masuk markas.

"Hyuk-ah, dah makan?" Soalku. Hyuk menggeleng laju.

"Appa, jumpa eomma?" Soal Hyuk kepadaku.

Terkejut aku dengan soalan Hyuk, baru berusia 3 tahun lebih tapi faham urusan dan kehilangan eomma dia.

"Masih mencari Hyuk." Balasku sambil mendukung Hyuk.

Makanan dihidangkan oleh orang gaji selepas aku melabuhkan duduk dimeja makan.

Bersama Hyuk diatas riba. Spaghetti bolognese aku suap ke dalam mulut Hyuk.

Hyuk makan dengan senyap. Sudah 2 minggu Min hilang, pelbagai cara aku buat untuk mencari Min, tapi bukan bayang saja, jejak Min pun tak dijumpai.

Kereta sport unggu Min dijumpai di hotel, menandakan Min kesana, mungkin untuk menyiasat kes pembunuhan yang menjadikan dia suspek utama.

Jejak Min masuk dapat dikesan CCTV, tapi jejak Min keluar tidak dapat diketahui sebab CCTV dalam hotel tersebut rosak pada waktu yang sama. Nampak sangat terancang kehilangan Min.

Bermacam cara aku lakukan. Mencari di semua gudang, tempat terbiar, lubuk kumpulan gangster lain. Bahkan ada kumpulan yang sanggup membantu mencari Min, sebagai bukti berada dalam underworld dan menunjukkan mereka tidak terlibat sama.

Seokjin hyung dan Namjoon hyung turut membantu. Hasil yang tetap sama.

"Appaa, rindu eomma!" Muka Hyuk disembam ke dada aku.

Kesian Hyuk, sepanjang Min tiada, tidur dia sangat susah, sebab hanya Min yang boleh tidurkan Hyuk dengan mudah, diawal kehilangan Min, Hyuk taknak makan.

Dan aku termarah Hyuk, disitu terkeluar juga kebenaran yang eomma dia hilang. Aku terpaksa paksa Hyuk makan.

Nasib Hyuk akur. Sebabtu Hyuk makan apa saja yang aku suap. Kesian anak aku...

"Appa mianhae....." Aku menggosok belakang badan Hyuk. Basah baju yang aku pakai akibat tangisan Hyuk.

"Appa takkan mengalah Hyuk, eomma pasti kembali, Hyuk jangan risau." Aku turut menangis tanpa esakkan.

Aku pun macam Hyuk, separuh mati rindukan Min. Risaukan Min.

Aku tak boleh terima kalau hanya jasad Min yang kembali kepada aku nanti.

Sungguh aku gagal dengan moto 'keselamatan Min tetap keutamaan aku'.

"Appaaa....." Hyuk merengek... Masih badannya aku gosok.

Air mata aku lap, jatuh maruah kalau anak buah aku nampak aku menangis.

Tapi Hyuk masih menangis.

"Hyuk-ah..." Panggil Haera yang menghampiri kami.

Kookie mengikut Haera disebelahnya. Selain aku, dengan Haera saja Hyuk suka.

Mungkin sebab masa Min mengandungkan Hyuk, Haera yang selalu bercakap dengan Hyuk dan pegang perut Min. Tapi Kookie selalu kacau Min masa Min mengandung.

Sebabtu mungkin dengan Kookie pun kadang Hyuk buat perangai.

"Haera okay? " soalku melihat wajah pucat Haera.

"Okay oppa, biar Haera jaga Hyuk ya. " Haera mengamit Hyuk.

Aku tahu alahan Haera teruk sangat.

"Ahjumma, nak dukung. " Hyuk mendepakan tangan minta Haera dukung.

Tetapi Kookie yang mendukung Hyuk.

Dragon HighWhere stories live. Discover now