V Pov
Buka saja mata terus senyuman aku ukir kepada Min saat melihat dia yang tidur meniarap diatas tubuhku.
Patut rasa macam kena tindih.
Tubuh aku pusingkan membuatkan Min berada dibawah dan aku diatas.
Dengan Min yang tidak berpakaian, aku perlu mandi dengan segera sebelum lain yang jadi.
Badan aku gerakkan, tapi lingkaran tangan Min begitu ketat.
Wajah Min aku lihat. Matanya celik melihat aku.
"Lee... pas.." bicaraku gagap saat Min mula mengigit leherku.
"Untuk kali yang terakhir, masa-masa terakhir kita bersama...." ujar Min.
Tangannya sibuk membuat 'kerja'.
Senyuman aku ukir. Senyuman yang menggodanya.
"Jom." terus aktiviti kami pagi tersebut hanya di dalam bilik.
.....skip.....
"Jom kita gerak." ujar Min tegas.
Hyuk pula kembali ke asalnya, hanya melekat dengan Min.
Tiba di hadapan pintu utama Incheon Airport. Sebuah kereta sudah tersedia untuk membawa aku dan Namjoon hyung ke RM manakala Min dan Hyuk ke markas Gangster High selepas menghantar kami.
"Macam mana percutian?" soal pemandu.
Apabila aku lihat kearahnya, rupanya tu Kookie.
"Selesai." ujar Min sepatah.
Jelas mood Min tidak menentu saat ini.
Bukan Min saja tapi aku juga.
Siapa tak sedih, kami perlu berpisah buat sementara.
Hyuk pula akan ikut Min.
Jika Min perlu berpisah dengan aku, aku pula perlu berpisah dengan anak dan isteri.
Terasa jemari aku digenggam erat.
Genggaman Min aku balas.Tahu Min cuba menyembunyikan kan emosi nya yang memberontak.
Senyuman aku ukir sedikit buat Min.
Hyuk sibuk melihat buku bahasa Jepun. Entah apa yang seronok belajar bahasa Jepun pun aku tak tahu.
Buku Hangul atau sejarah Korea taknak pulak dia baca.
Min mendaratkan kepalanya dibahuku.
Aku hanya biarkan.
Kepala sibuk memainkan perbualan aku dengan Min 3 hari lepas.
Flash back
"Kita akan bawa haluan sendiri lepas balik dari okinawa." ujarku.
Aku melabuhkan duduk disebelah Min.
Min melihat dengan tajam kepadaku.
"Nak bercerai betul-betul?"
"Yakin heolmoni akan bagi kita kahwin semula? Kumpulan kita mungkin akan ber'perang'?
Ujar Min senafas... Sepertinya geram dengan kata-kataku.
Tiba-tiba terus bicara nak bawa haluan sendiri. Pasti Min tak faham maksud aku.
"Dimata semua, kita bawa haluan sendiri, kita hanya berkahwin atas kertas. Aku akan ada banyak skandal.
Bukti aku curang." terangku.
Min diam seketika. Tapi jelas diriak wajahnya ada yang ingin dibicarakan.
YOU ARE READING
Dragon High
ActionAnnyeong haseyooo.... I'm back, ni sambungan Gangster High. Kenapa Dragon High, kenapa bukan Gangster High 2?! Jawabannya : continue reading, author ada letak sinopsis or appetizer orang panggil. N cerita ni lebih banyak fresh idea dan fresh cream...