Min Pov
Mata aku buka, tempat yang asing buatku.
Aku melihat tanganku yang tidak terikat, tetapi kakiku keduanya dipasang gelang besi yang tebal dan gelang tersebut dirantai pada dinding.
Aku melihat sekelilingku...Lantainya...cermin... tetapi....
Aku tergamam...ada beberapa ekor ular sawa, yang besar dibawah cermin tersebut.
Sekali kena belit memang confirm hancur tubuh aku. Nasib mereka terkurung di bawah lantai tersebut.
Tetiba pintu bilik yang aku huni terbuka....
Mataku bersinar melihat Hyuk yang muncul.
"Eommaaaaaa..." Hyuk berlari anak diatas cermin 'ular' tersebut.
Mataku terbeliak melihat kebiasaan yang ditunjukkan oleh Hyuk.
Hyuk melompat keatas tubuhku hingga aku terbaring kebelakang.
"Hyuk-ah...jangan ganas dengan eomma..." V yang baru munculkan diri dan duduk disebelah katil bersuara.
Aku melihat kosong kearah V.
Walaupun fikiran sibuk memproses apa yang sedang berlaku.
Wajah tenang V memberi isyarat bahawa aku selamat, itu saja yang dapat aku proses, selebihnya aku keliru.
"Hyuk..." ujar V lembut. Hyuk yang sedang memeluk erat tubuhku mula meleraikan pelukan dan bangun.
"Annyeong" Hyuk melambai kearah ular sawa dibawah lantai kaca sebelum berlalu keluar.
"Apa yang dah jadi?" Soalku sambil memeluk tubuh.
Nak harapkan V buka mulut, tunggu bintang jatuh ke bumi pun tak mungkin dia akan buka mulut.
V mengamitku menghampirinya dengan tangannya.
"Kenapa saya kena ke sana? Awak tak boleh ke sini?" Soalku sambil memeluk tubuh.
Ingatkan dia nak datang peluk aku, tapi tak!
"Jangan cuba nak lari..." V mendekati aku sambil bersuara.
"Dari aku lagi.." V menolak badanku hingga dia menindih tubuhku.
Bibirku diciumnya...lama...hingga kami termengah sendiri mencari nafas.
"Janji?" soal V.
"Saya kena culik...nama lelaki tu Park Jimin...cari dia...."
Ucapanku terhenti saat V mencium bibirku lagi...
"Stop with that, kita disini untuk berehat, jauh dari urusan yang memeningkan..."ucap V saat bibirnya menjauh dariku.
"Tapi sebelum tu ada beberapa perkara yang aku nak beritahu, pertama, kau tak boleh hubungi sesiapa pun sampai nanti aku beritahu, kedua kau kena luangkan masa dengan aku dan Hyuk, kita holiday dekat sini. Ketiga, kau kena rehatkan minda sebaiknya, keempat kau tak boleh lari dari sini...Ni bukan permintaan, tapi arahan." V berkata tegas.
"Awak penjarakan saya kan?" Soalku.
V menggangguk sekali.
"Aku hanya akan buka besi ni masa aku dengan kau, masa aku tak de, kau akan kena ikat dengan besi ni, Aku tak kira asalkan kau tak dapat lari." ujar V.
Dia mula membuka besi yang terlingkar di pergelangan kakiku dengan kunci yang dibawanya.
"Jom!" V menghulurkan tangan untuk aku beriringan berjalan bersamanya.
Kepala aku geleng laju. Memang taklah aku nak pijak Ularrrr...
"Kau takut dengan Ular ke?" soal V seperti dapat mengagaknya.
YOU ARE READING
Dragon High
AcciónAnnyeong haseyooo.... I'm back, ni sambungan Gangster High. Kenapa Dragon High, kenapa bukan Gangster High 2?! Jawabannya : continue reading, author ada letak sinopsis or appetizer orang panggil. N cerita ni lebih banyak fresh idea dan fresh cream...