Thirty-Three

118 6 1
                                    

Taehyung Pov

"Eomma.." Hyuk berlari memeluk Min. 

Mungkin faham Min sudah tenang.

"Aiggooo...anak eomma.." Min mengusap Hyuk penuh kasih dan tubuh Hyuk didodoi perlahan.

Senyuman aku ukir manis. Pasti Hyuk sedang mengantuk kerana tidurnya diganggu.

"Okay, kau tanya, semua aku akan jawab dengan jujur." ucapku dengan yakin.

"Masa saya hilang, awak ada cari saya." soal Min terus.

Mata aku julingkan keatas.

Tak perlu ditanya, jawapannya YA!

"Aku skip soalan tu." balasku malas ingin menunjukkan usaha keras aku selama ni.

"Macam orang gila Tae cari Min, sampai..."

"Hyung!" Aku menghentikan Namjoon yang lantang memberikan jawaban.

Mereka bukan nak menyebelahi aku, memalukan aku adalah.

"Soalan seterusnya, kenapa masa di hospital awak dan Hyuk buat macam benci dengan saya?" soal Min lagi.

"Aku nak selamatkan kau, tapi sesiapa pun tak boleh tahu kalau aku nak buat macam tu, jadi aku kena pura-pura bencikan kau supaya bila kau hilang dari hospital, mereka tak fokus atau syak dengan aku, dan aku tak jadi suspek yang membawa lari seorang banduan."

"Untuk Hyuk....aku minta dia berlakon kalau dia dah taknak kau sebagai eomma lagi..." ujar ku jujur dan sedikit berselindung berkenaan Byul.

Soalan-soalan Min aku jawab dengan sebaiknya...

.....skip.....

Kim Nam Joon Pov

Sarang yang leka melihat ombak aku kerling.

Sebentar tadi wajahnya dipenuhi kesedihan, mata yang memerah menahan rasa.

Kini wajahnya kembali tenang.

"Kajja.." ujar Sarang. Menandakan dia sudah okay dan puas melepaskan rasa.

Aku menyaingi langkah kaki Sarang.

Kami masuk ke dalam kereta. Aku terus memandu pulang ke markas RM.

"Pasal keluarga kau..."

"Aku taknak cerita pasal ni lagi. Semua aku anggap tak pernah terjadi." potong Sarang.

Jelas kelukaan disitu.

Silap aku juga bertanya terlalu cepat.

Sarang memejamkan mata nya seolah dia tidur.

Aku tahu dia tidak tidur.

Tangannya aku genggam elok memberi semangat.

Laju tanganku ditepis. Wajahnya aku kerling sedikit.

Tajam jelingan dihadiahkan tepat kepadaku semula.

Entah kenapa, renungan tajamnya tidak menakutkan aku tetapi mendebarkan rasa.

Ya, aku sedar aku hanya bertepuk sebelah tangan.

Buktinya Sarang langsung tidak memberi harapan kepada aku.

Hanya aku yang terpesona dengannya.

Sarang lebih rapat dengan Hoseok, nak marah... aku bukan sesiapa, nak larang... Kami masih tiada hubungan.

Nak cemburu, aku tak layak.

Setiap ucapan 'saranghae' yang lahir jujur dari hatiku hanya dipandang sepi oleh Sarang.

Dragon HighWhere stories live. Discover now