Twenty-Two

160 11 7
                                    

Min Pov

Masa saya hilang, awak ada cari saya." soalku.

Persoalan yang terlalu ingin aku tahu daripada mulut V sendiri.

"Aku skip soalan tu." balas V.

Mataku membulat dengan tindakan V.

"Macam orang gila Tae cari Min, sampai..."

"Hyung!" V menghentikan percakapan Namjoon oppa.

Aku melihat kosong, jangan risau, aku tahu sampai tahap mana V boleh jadi, mungkin ada orang yang V dah bunuh dalam proses mencari aku.

"Soalan seterusnya, kenapa masa di hospital awak dan Hyuk buat macam benci dengan saya?" soalku kembali.

Aku tak kisah dengan kehadiran Kookie, Haera dan Namjoon oppa yang mendengar perbualan kami. 

Lagipun mereka boleh membantu menjawab soalan aku sekiranya V enggan.

"Aku nak selamatkan kau, tapi sesiapa pun tak boleh tahu kalau aku nak buat macam tu, jadi aku kena pura-pura bencikan kau supaya bila kau hilang dari hospital, mereka tak fokus dengan aku, dan aku tak jadi suspek atau disyaki yang membawa lari seorang banduan."

"Untuk Hyuk....aku minta dia berlakon kalau dia dah taknak kau sebagai eomma lagi..."

Sepertinya ada sesuatu yang tak dapat aku terima dengan akal waras.

Something off...

"Kitorang gerak balik dululah." ujar Namjoon oppa, Haera dan Kookie hanya menunduk hormat sebelum mengikut langkah Namjoon oppa meninggalkan kami.

"Ok, kenapa awak 'culik' saya dan kurung saya ditempat ni?" soalku lagi.

Malas sebenarnya ingin meneruskan sesuatu yang aku yakin V tidak mahu aku tahu. Tapi aku nak juga tahu adakah V akan menipu atau jujur untuk perkara ni.

"Sebab ni tempat persembunyian yang aku buat khas untuk kita sekeluarga berehat, dan pada masa yang sama, dapat sembunyikan kau. Dan kalau aku tak culik kau, kau nak rasa kembali ke dalam sel penjara dan di seksa di dalam tu lagi?!!.." soal V.

Aku menggeleng menidakkan. Memang taklah aku nak kembali ke dalam sel penjara tu lagi.

Tapi dendam aku takkan mati begitu saja. 

'You messed with me, you'll pay for your price'

"Dah, jom kita balik, Hyuk dah tidur lena." V mula menarik badan kecil Hyuk dariku, lalu didukungnya.

Aku baru nak mintak V dukung aku....

'Ehhh, Min. Sejak bila kau jadi byuntae macam ni' hatiku bermonolog sendiri.

"Kajja" tangan V hulur kepadaku. Laju pinggangnya aku peluk.

Kami mula berjalan keluar. Hyuk yang sedang elok tertidur di bahu V aku kerling.

Hyuk dah pandai tidur tanpa perlu aku dodoikan dia seperti selalu.

Kami memasuki kereta dan kereta mula bergerak ke banglo kecil milik V.

Tempat aku dikurung tadi.

Kenapa aku panggil banglo kecil?

Kerana banglo ni hanya dua tingkat dengan 2 atau 3 bilik saja mungkin, aku sendiri tidak pasti, aku belum sempat buat rondaan.

Kami keluar dari kereta. Tangga didaki untuk ke tingkat atas.

V menuju ke bilik aku pernah dikurung sebelum ni, bilik musuh aku.

Dragon HighWhere stories live. Discover now