V Pov
"Hyung..." Kookie menghampiriku sambil mendukung Hyuk beriringan dengan Haera sambil tangan mereka berpegang erat.
Ni dah macam keluarga bahagia.... Mataku jelas cemburu dengan babak sebegini.
Sepatutnya aku dan Min yang berjalan begitu.
"Appa.." Hyuk mendapatkan aku selepas Kookie menurunkannya.
Nasib anak aku ni pintar ikut otak geliga Min, dapat kenal dan ingat siapa Appa dia... Kerana aku jarang bermain dengan Hyuk kekadang dua hari skali baru berjumpa, itupun sekejap saja.
"Korang berdua tunggu di luar, aku nak bawa Hyuk jumpa eomma dia sekejap." arahku.
Tangan kecil Hyuk aku genggam erat. Mungkin faham akan maksud perkataan eomma membuatkan Hyuk mengikut saja langkahku tanpa banyak bicara.
Min baru saja dipindahkan ke wad kelas pertama atas permintaan aku, kos perubatan semuanya aku tanggung tanpa pengetahuan sesiapa.
Sebaik tiba di hadapan Min...
Hyuk sudah menarik-narik seluar aku seperti memahami orang tersebut eomma dia.
Hyuk aku angkat dan diletakkan di atas katil di sebelah Min.
"Eomma..." Hyuk memanggil eommanya. Tangan kecil miliknya menarik baju yang pakai oleh Min.
Dapat lagi Hyuk mengingati eomma dia, bahkan mengenali Min pahadal wajah Min penuh dengan luka tumbukan dan pukulan.
Hati aku menjadi sedih dan sayu tatkala Hyuk membaringkan diri di atas lengan Min, matanya sudah berair menandakan dia terlalu rindukan eommanya.
Aku hanya biarkan Hyuk sebegitu buat seketika.
Hyuk membangunkan dirinya dan melihat Min.
"Eommaaa....ireonaaayo..." Tangan kecilnya menggerakkan lengan Min supaya Min terjaga.
"Shhhh...bagi eomma tidur, eomma penat..." tangan Hyuk yang mengoncangkan tubuh Min aku tarik lembut bagi menghentikan perbuatannya dari menyebabkan Min terjaga.
Tubuh Hyuk aku dukung dan bawa keluar.
"Eomma....eommmaaaa......eommaaaa...." Hyuk mula menjerit sambil menangis memanggil eommanya.
Tetap hati aku keraskan dari mengalah dengan tangisan si anak dan tubuh Hyuk aku bawa keluar dari wad Min.
"Korang masuk jaga Min. Lepastu telefon keluarga Min maklumkan hal ni." ujarku saat bertembung dengan Kookie Dan Haera di luar wad.
Laju langkah aku atur jauh je ruang santai tidak berbumbung yang disediakan di hospital.
Tahulah mereka untuk menyimpan rahsia perihal aku 'terlibat' dalam proses menyelamatkan Min.
"Shhhh......" belakang badan Hyuk aku usap perlahan sambil tubuh digoyangkan sedikit untuk menenangkannya.
Cara yang selalu Min gunakan bagi menghentikan tangisan Hyuk.
Hyuk berhenti menangis. Jemari kecil miliknya memegang pipiku dengan wajah kosong.
'That's my son' Hyuk mempamerkan kemampuan dia untuk beriak kosong sama seperti aku.
"Hyuk perlu tolong appa dan eomma...." pintaku lembut.
Hyuk mengangguk sekali. Aku mendudukkan diri di kerusi yang sedia ada.
"Buat masa ni Hyuk duduk di rumah dahulu, jangan pernah ikut sesiapa keluar dan jangan dengar, ikut atau percaya apa yang orang lain cakap." Hyuk mengangguk lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/172246225-288-k23986.jpg)
YOU ARE READING
Dragon High
ActionAnnyeong haseyooo.... I'm back, ni sambungan Gangster High. Kenapa Dragon High, kenapa bukan Gangster High 2?! Jawabannya : continue reading, author ada letak sinopsis or appetizer orang panggil. N cerita ni lebih banyak fresh idea dan fresh cream...