Twenty

141 10 4
                                    

Min Pov

Flashback

"Hoi pembunuh, kau pergi basuh tandas tu sorang-sorang sekarang." ujar salah seorang banduan sambil menolak kasar tubuhku, untung aku sempat mengimbangkan badan dari terjatuh.

Langkah aku atur ke tandas yang ada, baik basuh tandas daripada dekat dengan diorang, sakit hati sajalah dengan sikap pembuli diorang. Dah tiga hari aku terperangkap dalam sel penjara, aku jadi masak dengan perangai mereka.

Kaki aku atur ke tandas, berus mencuci tandas aku ambil lalu aku mula memberus dengan malas, mulut mula menyanyikan lagu BTS.

"Hoiii....kau kerja ke main-main!" Satu tamparan hinggap di pipi kananku. Dapat aku lihat mereka sekumpulan melihat senis kearahku.

Laju saja tubuhnya aku tolak, nasibnya kurang baik dia gagal mengimbangkan badan dan terjatuh.

"Kau memang nak kena!" salah seorang mula menarik rambut aku.

Laju tubuhnya aku humban hingga dia tersandar pada dinding tandas. Kepalanya sedikit menghentak bucu sinki dan berdarah.

Beberapa orang mula menyerang aku, semuanya aku tolak dan sepak sehingga mereka terkulai jatuh...

Tinggal ketua mereka yang terakhir, yang ni memang pandai berlawan.

Jadi aku boleh melawan dengan cara gangster.

Penumbuk aku layangkan ke wajahnya...

"Berhenti!!!" Jerit seseorang, kepala aku alih kearah pintu masuk tandas.

Habislah, warden penjara pasti salah faham...

"Aduhhh.." adu mereka yang aku kerjakan beramai-ramai.

Sengaja lah tu nak kenakan aku lagi. Setiap hari macam ni, cari pasal dengan aku, lepas aku balas balik, warden penjara ni selalu akan tangkap masa aku selesai belasah diorang dan akan denda aku.

"Saya nak awak lari seratus pusingan dekat padang sekarang, yang lain ke bilik rawatan..." ujar warden penjara tadi. Nak tak nak aku kena buat, sebab semalam bila aku buat tak endah dan ingkar, aku dirotan 2 kali, rasa macam nak tercabut isi kulit, pedih.

Kaki aku langkah keluar, sempat aku meludah ke lantai sebagai tanda protes. 

Ingat apa aku budak baik? Memang taklah, aku ketua gangster kot, dan aku memang digelar penjenayah disini, jadi baik aku buat perangai macam penjenayah.

Sesampai saja dipadang aku mula berlari anak.

Kaki terus berlari dan berlari....hingga akhirnya aku lupa dah berapa pusingan aku lari, ahhh, lari jelah, untung dapat kuatkan tenaga, nanti nak belasah perempuan tu puas-puas...

Lagipun mereka selalu cari pasal dengan aku, padahal aku tak kacau diorang pun.

Mula-mula aku tak ambil kisah sikit pun apabila dibuli oleh mereka, tapi masuk hari kedua, aku tak boleh bersabar lagi, diorang boleh buang makanan yang sedang aku makan, kunci aku dalam tandas, buang air basuh kain atas aku, bermacam-macam aktiviti membuli dilakukan pada aku.

Jadi memang tak mungkin aku biarkan, aku mula membalas tindakan mereka dan sejak tu aku pasti tertangkap dengan warden penjara setelah selesai aku 'membelasah' mereka.

Aku berhenti berlari, peluh yang membasahi dahi dan muka aku lap kasar, seorang warden yang mengawasi tindakan aku memandang tajam kearahku. 

Larian aku teruskan, rasa penat dan pening berlari dibawah matahari yang tegak diatas kepala aku hiraukan.

"Ok, berhenti!" jeritnya menyebabkan aku terus terduduk, peluh aku lap dengan baju, habis melekit satu badan.

"Kamu boleh balik sel " tanganku digari semula dan dibawa kembali ke dalam sel. 

Dragon HighWhere stories live. Discover now