Five

224 13 0
                                    

Min Pov

Aku terundur kebelakang. Pistol dipegangan V merisaukan aku.

"Boss, polis dah sampai dibawah! " Ujar Sungjae. Anak buah yang lain sedia untuk mengiringi V keluar.

Cepatnya!

"Jom. " lenganku ditarik oleh V.

Aku mengikut tarikannya untuk keluar.

Seketika seorang yeoja memasuki bilik dan merempuh kami semua.

"Appa! " Rintihnya sambil mengoncang tubuh lelaki yang baru ditembak!

"Korang pembunuh! Kenapa bunuh appa aku! " jeritnya kepada kami. Wajahnya dapat aku lihat dengan lebih jelas.

"Park Mirae?! " tekaku. Yeoja ni begitu cantik dan berfesyen.

"Hyemin! " balasnya.

"Mirae...ni semua tak seperti yang kau nampak. Ada orang tuduh aku.... " tubuhku diangkat oleh V dan diletakkan diatas bahunya. Dia dan anak buah yang lain sedang berlari menjauhi bilik tadi.

'Maafkan aku Mirae. ' tiga tahun tak berjumpa, Mirae banyak berubah.

Akhirnya kami selamat sampai di tempat parking kereta. Laju tubuhku diletakkan dalam kereta.

V masuk disebelahku. Kereta dipandu oleh Sungjae meninggalkan hotel tersebut.

"Kau cedera? Diorang tembak kau? Sakit dekat mana-..... " soalan V yang berbaur kerisauan aku potong.

"V.... Nanti when we're alone! " balasku memeluk tubuh.

V masih menilik tubuhku.

"You're shaking so much Min! " balas V.

"Sungjae, just ignore apa yang kau akan nampak faham! " Ujar V tegas.

V memelukku erat sambil mengosok kepalaku.

"Bukan saya yang tembak... " aduku terus.

"Aku tahu... Tapi kenapa kau dekat situ! Bahaya! " soal V.

"Kenapa pula awak ada dekat situ? " soalan dibalas soalan.

"Tu klien yang aku kena lindungi.... Dia bakal bertanding as next South Korea President. " Ujar V.

Terlopong mulutku.

Muka diangkat memandang wajah V. Bibirku dicium olehnya. Masa ni sempat lagi nak menggatal!

"He's dead.... " balasku selepas ciuman dilepaskan.

"Now tell me kenapa kau dekat dalam bilik tu? " soal V.

"Saya ada appointment dengan ahli kumpulan baru, nama dia Park Ji Min. But somehow, bukan dia dalam bilik tu. " ujarku pula.

Haaa.... Aku jujur tahu... Tak baik menipu.

"Then kita kena siasat siapa Park Ji Min tu....." Ujar V sambil mendekatkan dahinya dengan dahiku.

"Nampak macam dia nak perangkap saya. Dan saya rasa ada yang tak kenalah V. " ujarku menyatakan firasat aku.

"Boss, balik mana?" Soal Sungjae.

"Markas Dragon High. Suruh orang kita check maklumat terkini dan macam mana polis boleh sampai cepat sangat." Arah V, aku masih dalam pelukannya, tubuhku dialih hingga aku berada diribaannya.

Lehernya aku peluk. Sungjae aku lihat sekilas. Merah padam mukanya. Tapi dia kena diamkan dan anggap tak nampak. Jadi 'tabahkan hati ya Sungjae, Boss kau memang macam ni, tak dapat dibendung'.

Dragon HighWhere stories live. Discover now