Min Pov
"Semua baliklah, Min penat, nak rehat." suruhku lembut, bimbang hati mereka terguris dengan suruhanku.
Selebihnya, aku rasa janggal dan tidak mahu menyusahkan sesiapa.
"Eomma balik tukar pakaian sekejap, nanti eomma datang semula." Aku mengangguk dengan ucapan eomma.
Eomma dan heolmoni mencium pipiku sebelum berlalu keluar.
Aku menunduk hormat kepada mereka, sebelum semua berlalu keluar.
Air mata menitis laju ditubir mataku saat pintu selamat ditutup.
Perut yang kempis aku pegang.
"Eomma mianhae...Jeongmal mianhae...Eomma gagal jaga anak eomma sendiri..." ujarku lirih.Aku sedar semua yang berlaku hingga aku tersadai lemah dan tak sedarkan diri untuk 4 hari di hospital.
Aku di dera sehingga aku keguguran.
Mereka terlalu kejam, tak!
Park Jimin terlalu kejam kepada aku, apa salah aku! Apa salah aku sampai dia sanggup membunuh anak dalam kandungan aku!
Ingat senang ke aku nak mengandung, ingat senang ke V nak lupa protection dia dan terbabas dengan aku.
"Arghhhhhhhh...aarrrghhhhh........." Jeritanku bergema beberapa kali.
Seketika muncul doktor, jururawat dan 2 orang pegawai polis. Mereka mendekati aku.
"Bertenang Puan! Bertenang..." Doktor tersebut menggosok lenganku memberi aku kekuatan.
Aku berhenti mengangis selepas beberapa ketika, senyuman pahit aku ukir segaris.
"Maaf semua.." ujarku.
Aku bukan spesies yang suka buat drama air mata bagai ni, jadi baik bertenang sekarang.
Semuanya mula bergerak keluar.
Tidak sampai 5 minit seorang pegawai polis masuk sambil membawa dulang makanan.
"Masa untuk makan! " tangannya membuka gari tangan kananku bagi memudahkan aku untuk makan sendiri.
"Lap air mata" sapu tangan putih dihulurkan kepadaku.
Sapu tangan aku sambut lambat-lambat.
Tetapi...
Tertulis sesuatu di atasnya. Perlahan tulisan tersebut aku baca dalam hati...
'Kalau nak lari, kau perlukan tenaga' aku tersentak.
Pegawai polis tersebut aku lihat tidak percaya. Polis ni nak tolong aku larikan diri ke?
Biar betul!??
Namun dia yang berdiri tegak seperti tiada apa membuatkan aku menutup mulut dari bertanya lebih lanjut, mungkin perkara ni adalah rahsia ....
Sapu tangan tersebut aku lihat lagi, tulisannya dari warna gincu kesukaan aku...
'Pakkk...'
Aku tersentak tatkala perkataan KTH kecil terjahit elok dihujung sapu tangan putih tersebut.
Menandakan pemilik sapu tangan tersebut...V!
Pintu masuk yang tertutup aku lihat lama, mungkin V ada melihatku dari situ.
Tapi tiada...
Persoalannya kenapa V tidak memunculkan diri....sampai sekarang. Pasti dia tahu kalau aku dah sedar, kenapa dia sembunyikan diri...
"Makan cepat!" Tegas pegawai polis tersebut.
Sudu aku gapai dengan mulut yang mencebik, terus bubur aku makan sampai habis kesemuanya.
YOU ARE READING
Dragon High
ActionAnnyeong haseyooo.... I'm back, ni sambungan Gangster High. Kenapa Dragon High, kenapa bukan Gangster High 2?! Jawabannya : continue reading, author ada letak sinopsis or appetizer orang panggil. N cerita ni lebih banyak fresh idea dan fresh cream...