Thirty

128 5 3
                                    

V Pov

"Hyuk-ah.." panggil Min cukup untuk Hyuk mengenggam baju dilengganku, membuktikan dia sedar akan panggilan eommanya.

Aku menurunkan Hyuk dari dukungan, tubuh Hyuk aku tolak sedikit menunjukkan seperti aku memaksa Hyuk kearah Min kerana Hyuk tidak mahukan eommanya lagi seperti aku.

"Hyuk-ah...." panggil Min sekali lagi, menggamit Hyuk untuk kearahnya.

Hyuk aku lihat seperti terpaku melihat Min, seketika kaki Hyuk menapak tiga langkah kearah Min dan dia berhenti.

Agak lama begitu, Hyuk kembali kepadaku semula.

Ditarik bajuku meminta aku mendukungnya. Sedar Hyuk akan menangis tidak lama lagi.

Aku terus berlalu keluar.

Tidak dihiraukan panggilan Seokjin Hyung yang bergema kuat memanggil nama aku.

Sempat aku bertembung dengan Satoshi yang setia menjaga Min sejak awal Min di dalam wad.

"Aku nak jalankan malam ni jugak, tak kisah cara macam mana sekalipun, kau uruskan, faham." arahku terus.

Aku terus melangkah pergi bersama Hyuk yang sedang menangis.

Aku dah tak boleh tunggu lama, walaupun Min sepatutnya terus mendapatkan Rawatan disini lagi.

.....skip.....

Aku mengikut Satoshi masuk ke wad Min. Min yang sedang tidur aku lihat.

Penutup muka aku kenakan.

Ya, aku akan membawa lari Min.. jauh dari pengetahuan umum. Tiada sesiapa yang boleh memenjarakan dan mengancam kesayangan aku.

Satoshi mula menggari kaki Min, tangan Min. Min sudah membuka mata, tetapi pandangannya kosong, mungkin masih di buai rasa kantuk.

Hinggakan kehadiran aku disebelahnya juga tidak disedarinya.

Mata Min ditutup.

"Kau nak bawak..." belum sempat Min menyoal aku sudah mengendong tubuh Min di atas bahu.

Aku mula berjalan untuk keluar.

"Take care Bro..." jerit Satoshi. Aku hanya mengangkat tangan tanpa berpaling melihatnya.

Keluar saja dari wad, aku mula berlari anak menyelusuri laluan belakang hospital yang sunyi pada tengah malam begini.

Seorang lagi anggota polis yang berjaga sudah pengsan akibat ubat tidur. Sekejap lagi Satoshi juga akan makan ubat tidur.

Menjadikan mereka berdua diberi ubat tidur oleh orang jahat.

"Tolong!!!!!!!" Min menjerit kuat.

"Tolong...." Min menjerit lagi. Aduh...susahlah kalau suara Min menarik minat orang ramai.

"Lepaskan aku lah!!" Min mula memberontak bersama badan yang bergoyang meminta dilepaskan.

"Tak guna punya jantan...kenapa kau culik aku!!! Lepaslahhhhhhh" Jeritan Min aku balas dengan pukulan kuat di punggung Min supaya dia memberi kerjasama untuk diam.

"Lepaslah tak gunaaaa... Tolongggggggggg.....V......" panggil Min.

"V.." Ada kesedihan dalam panggilannya kali ini.

"Shut up...I'm your V..." Ujarku sambil punggungnya ditepuk 'manja' supaya Min rasa selamat dengan kehadiranku.

"Enough Min, aku tak boleh fokus!!" ujarku tegas apabila Min masih menangis tersesak. Esakkannya meruntun hati aku.

Dragon HighWhere stories live. Discover now