Twenty-Five

149 14 7
                                    

V Pov

Tapi aku perlu bangun dan terus melangkah, masih ada perkara yang perlu aku lakukan selain berduka dan menangisi penderitaan Min.

Kaki melangkah ke arah kereta Audi yang aku pandu tadi.

Aku perlu selesaikan semua urusan biasa untuk fokus kepada misi menyelamatkan Min dari kembali menjadi banduan penjara.

Sangat tidak adil, Min tidak dibicara tapi dah dijatuhkan hukuman penjara.

Enjin kereta aku hidupkan, tetapi.....

ada seseorang dalam kereta...

Laju pistol aku acukan ke tempat duduk belakang.

"Hyung, kitorang takde kenderaan nak balik, jadi kami tunggu Hyung dalam kereta." ujar Kookie tidak bersalah.

Haera pula mengangguk sambil mulut mengunyah popcorn. Nak tunjuk kalau lama sangat menunggu ke macam mana...

Picu aku tarik....sengaja nak bermain sekejap. Kalau dia nak dia boleh telefon orang bawahan dia untuk datang ambil, sengajalah tu.

"Aishh, Hyung.... takkan hyung nak bunuh kami berempat kot?" ujar Kookie sedikit cuak.

Aku menjadi kosong tertiba. 

Haera pula bermain game di Iphone milik Kookie.

Sekejap....Berempat?

Aku nampak dua je.....

Bola mataku mula mencari siapa lagi dua. Pandanganku jatuh pada tangan Kookie yang sedang menggosok lembut perut buncit Haera.

Isyarat mata Kookie membuatkan aku faham.

"Shit!" pistol aku lempar ke tempat duduk sebelah pemandu yang sedia ada kosong.

Kereta mula aku pandu meninggalkan hospital. Aku tahu Sato menunggu Min sementara aku lunaskan urusan penting.

Muka masam aku pamerkan. 

"Alah Hyung, 3 tahun kami tunggu oklah tu dapat dua sekaligus." ujar Kookie sinis, nampak sangat dia memang nak berbangga diri.

Aku mencarut kerana cemburu Haera dan Kookie akan mendapat anak kembar, manakala aku baru hilang bakal anak aku dan Min, siapa tak sedih.

Takpe, aku pun mampu kalau aku nak...Cehhhh.....

.....skip.....

Kim Seok Jin Pov

Mata aku buka perlahan. Kesejukkan yang menyapa tubuh membuatkan aku terjaga.

"Oppa dah bangun?" soal Byul yang baru keluar dari tandas. Seperti baru lepas mandi.

'Apa yang jadi semalam. '

"Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau?" soalku, tangan menyelak sedikit selimut bagi memastikan aku masih berpakaian atau Byul sudah 'merogol' aku.

"Oppa lah entah kenapa datang bilik Byul kata nak tidur sini." Byul mula menyikat rambutnya.

Mataku terbutang luas.

"Baik kau jujur...." herdikkan ku terhenti apabila Byul mula mengangis dengan perlahan.

"Kau cakap dengan aku apa yang jadi semalam, kenapa kau nangis..." Laju badan aku dirikan dan langkah aku atur ke arah Byul yang sedang terhinjut menangis.

"Bagitau aku Byul, ada orang perangkap kita?" Bahu Byul aku cengkam kuat memaksa dia berkata jujur.

Pasti ada yang perangkap aku untuk berada di bilik Byul.

Dragon HighWhere stories live. Discover now