Thirty-Four

113 8 0
                                    

Namjoon Pov

'Silap aku keluar dengan Sarang berdua. Tanpa ditemani anak buah.'

"Call Jungkook." arahku kepada Sarang yang terkejut.

Segera Sarang menelefon Kookie meminta bantuan.

Kenderaan aku lajukan. Berhenti dan berlawan bukan jalan yang terbaik sebab kami hanya berdua.

Sedangkan yang mengekori kami ada lebih dari 3 kenderaan.

Pistol yang aku bawa cuma satu.

Peluru yang ada tidak cukup untuk menembak kesemuanya.

Jadi pilihan yang terbaik adalah melajukan kenderaan sampai bantuan sampai.

"Diorang dalam perjalanan." ujar Sarang selepas panggilan ditamatkan.

"Awak..." panggil Sarang.

Panggilannya mengejutkan aku.

Pertama kali Sarang membahasakan 'awak'.

Belum sempat aku membalas panggilan Sarang.

Bunyi tembakan dilepaskan bertubi-tubi.

"Mana pistol?" Sarang mula meraba dibelakang aku.

Mencari pistol.

Tetiba satu tembakan kuat mengena pada tayar belakang kereta. Menyebabkan kereta berpusing beberapa kali dan terbabas ke penghadang jalan.

Tubuh Sarang aku peluk erat. Mukanya aku sembamkan ke dada semasa kereta berpusing.

Sedar bila-bila masa kami akan diserang. Hanya satu cara, lari ke dalam hutan.

"Keluar." suruhku.

Aku terus keluar, begitu juga Sarang.

Belum sempat kami melarikan diri. Satu tembakan dilepaskan.

Disasarkan kepada Sarang.

Tapi berjaya aku hadang menyebabkan tembakan terkena diperutku.

Musuh yang menghampiri aku lihat.

"Tak guna. " marahku, tubuh melurut jatuh ke bawah.

"Namjoon...Joon-ahh..." panggil Sarang tatkala aku sudah terbaring di atas jalan.

"Lari...tinggal aku...lari..." suruhku dalam keadaan lemah. Aku tak mampu berdiri dengan darah yang banyak mengalir, aku hanya akan menyusahkan Sarang.

Lagipun yang mereka nak pasti aku, bukan Sarang.

Sarang hanya menggeleng. Air mata usah di kata, sudah mengalir dipipinya.

"Lari...!!!!" jeritku keras.

"Taknak!" degilnya dia ni.

Badan aku dirikan juga sambil berpaut kepada Sarang.

Mereka yang datang lengkap bersenjata, rata-rata memegang pistol.

Sarang memegang tempat tembakan, menghalang aku kehilangan terlalu banyak darah.

"Apa yang korang nak?" soalku.

Tanpa membalas, mereka terus menangkap Sarang dan beberapa lagi menangkap aku.

Bukk..

Kepalaku dipukul dengan sesuatu menyebabkan aku hilang sedar.

.....skip.....

Mata aku buka, pening di kepala usah dikata.

Baru aku teringat semua yang terjadi tadi.

Bilik kecil seperti dalam gudang lama aku lihat.

Dragon HighWhere stories live. Discover now