Twenty-Three

158 14 1
                                    

V Pov

'Ting'

Bunyi ringkas di iphone milikku menandakan ada mesej baru masuk.

Mesej tersebut aku baca.

'Jumpa aku di alamat ni sekarang, aku ada maklumat berkaitan Min'

Dia guna nama 'Min'. Tak semua orang tahu kalau ketua kumpulan Gangster High dipanggil Min.

Itu yang tertulis, cukup untuk firasat aku mengatakan penghantar mesej ni bukan nak perdayakan aku, seperti panggilan dan mesej yang aku dapat sebelum ni.

Kunci kereta aku ambil, terus aku melangkah keluar dari markas Gangster High, disebabkan Min menghilang, aku yang mengambil alih tugas menguruskan Gangster High juga selain Heolmoni dan Hyejin.

Laju kereta membelah jalan, semua kereta aku potong meskipun aku hanya memandu kereta audi bukan kereta sport hitam yang selalu aku bawa. 

Setibanya di sebuah restoran seperti alamat yang dihantar kepadaku, kaki terus melangkah memasuki restoran tersebut.

Seorang lelaki yang sedang leka membaca dokumen di dalam fail menarik minatku, memandangkan hanya dia saja yang berada di dalam restoran ni.

Aku duduk di kerusi di hadapannya.

Kepalanya terus terdongak melihatku.

Muka tenang tetapi tegasnya menjadi tatapan aku buat seketika.

Fail yang dibacanya tadi dilemparkan kearahku.

Aku melihat kosong fail tersebut.

"Baca, lepastu terpulang pada kau." ujarnya fasih di dalam Hangul sambil membuka cermin mata hitam yang dipakainya sejak tadi.

Itu menyerlahkan anak mata helang miliknya.

Fail aku ambil dan buka. Gambar yang ada adalah gambar Min keluar dari sebuah banglo besar dalam keadaan lemah tidak berdaya dan dibawa ke dalam penjara(?).

"Mana kau dapat gambar ni?" soalku inginkan kepastian.

"Tu tak penting." balasnya malas.

"Jadi apa yang kau nak terangkan?" soalku.

"Aku boleh tolong selamatkan Min dari tempat tu." balasnya lagi.

"Satoshi-kun..." namanya aku seru.

"Aku dapat arahan dari ketua aku untuk cari kau dan selamatkan Min." ujarnya sedikit sopan, tidak berkasar dan sedingin tadi.

"Jadi apa rancangan kau?" soalku mula berminat apabila ketuanya yang memberi arahan.

Nampaknya permainan ni bukan mudah.

Tapi lambat juga bantuan sampai, sempat aku hilang arah menunggu jalan penyelesaian macam ni sampai.

"Min ada dalam penjara Seoul, seperti dalam gambar tu, ada orang yang aniaya dia sampai..."

Meja aku tumbuk kuat, belum sempat ayatnya habis lagi.

Jelas bahu Sato sedikit terhinjut akibat terkejut.

"Okay, nampaknya cerita pun tak guna, petang ni juga aku akan ke penjara dan menyamar sebagai pegawai polis untuk keluarkan Min. Kau cuma perlu tunggu di luar penjara dengan kereta, dapat saja Min, kau bawa dia lari jauh dari sini. Ingat apapun jadi jangan sekalipun patah balik." ujarnya tegas, sepertinya mudah saja kerja aku.

"Kita gerak sekarang jugak, dan jangan percayakan sesiapa pun termasuk ahli keluarga kau, takut perancagan ni akan gagal!" tegasnya pula.

"Jadi boleh mula sekarang?" soalku tidak sabar.

Dragon HighWhere stories live. Discover now