Min Pov
Mata aku buka perlahan, aku ingat, aku kena culik. Keadaan sekeliling aku lihat. Tapi kosong, samada mata aku ditutup atau keadaan sekeliling sememangnya gelap tanpa cahaya.
Aku mula memberontakkan diri yang aku yakin kaki dan tangan aku diikat.
Tetiba pandanganku jelas. Cahaya yang menyusup masuk begitu jelas selepas penutup mata terbuka dari menutup pandanganku.
Mataku membulat melihat ruangan bilik yang besar, dengan perabot mahal beserta rekaan yang boleh dikategorikan seperti istana.
Aku kena culik dengan anak raja ke?
"Hai, sweety?" Terus kepala aku toleh kearah kanan.
"Kau siapa?" soalku.
"Mian lambat munculkan diri, aku Park Jimin." lelaki tersebut menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku bersama senyuman manis bak gula.
Kalah senyuman Yoongi oppa.
"Opps lupa, kau kena ikat, mana boleh nak salam aku." Lelaki tersebut tersenyum sinis sambil menarik tangan semula.
Lantas aku meludah tepat mengena muka dia. Hilang senyuman dia.
"Kenapa kau culik aku?" soalku dengan kemarahan.
Nilah klien baru aku yang patut aku jumpa di hotel haritu, tapi dia yang culik aku sekarang.
Pintu bilik aku dikurung terbuka. Muncul seorang yeoja yang cukup aku kenal.
"Mirae?" soalku pelik. Tak mungkin Mirae yang rancang untuk culik aku. Mustahil.
"Hai Min..." Mirae tersenyum manis.
"Kami terpaksa culik kau sebab kami perlu tahu perkara sebenar kes pembunuhan appa aku." ujar Mirae menghampiri aku.
"Bukan aku yang bunuh appa kau..." terangku terus.
"Kau ketua kumpulan gangster, tak mungkin kau tak bunuh appa mertua aku!" ujar Jimin.
Mata membulat. Appa mertua?
"Dia suami aku yang sah dari segi undang-undang...." ujar Mirae terus, mungkin faham akan riak terkejut pada wajah aku.
"Sebenarnya Min, aku pun tak percaya kau sanggup membunuh, tapi aku lagi tak sangka perempuan baik macam kau ni jadi ketua gangster. " ujar Mirae, bunyinya sinis.
Aku terdiam, Mirae kawan dunia biasa aku, atau bahasa mudahnya dialah satunya kawan aku. Kawan yang lain dari dunia gangster.
"Maksud kau? " aku penasaran dengan maksud yang ingin Mirae sampaikan.
"Aku rasa kau terlibat dengan kes pembunuhan ni, mungkin kau upah orang untuk menampakkan macam kau dituduh. Hahahahahaha " Mirae gelak seperti orang gila.
"Kalau tu yang kau fikir, aku tiada bukti nak bela diri, tapi kau boleh tengok peluru yang tembus pada jantung appa kau, dari peluru tu kau boleh kesan pemilik sniper gun yang digunakan. " terangku terus.
"Hahaha, dan sniper tu kau lah yang upah kan!! " jerkah Jimin, kedua bahuku dicengkam kuat.
Aku hanya mampu mengigit gigi atas dan bawah menahan kesakitan.
"Jimin, kita dah bincangkan untuk selesaikan cara elok. " Mirae bersuara.
Terus Jimin menjarakkan diri. Entah kenapa senyuman jahat dan lirikkan mata Jimin memberi isyarat 'kau tunggu dan lihat'. Seperti memberi amaran untuk aku berjaga-jaga.
Tapi aku endahkan.
"Min, dah lewat. Nanti kitorang datang lagi. " Mirae bersuara, dia kemudiannya hilang disebalik pintu bersama Jimin.

YOU ARE READING
Dragon High
ActionAnnyeong haseyooo.... I'm back, ni sambungan Gangster High. Kenapa Dragon High, kenapa bukan Gangster High 2?! Jawabannya : continue reading, author ada letak sinopsis or appetizer orang panggil. N cerita ni lebih banyak fresh idea dan fresh cream...