Thirty-Seven

116 7 0
                                    

V Pov

"Tae risau hyung, macam mana kalau Min tahu plan Tae dengan Byul tu." soalku kerisauan.

Aku taknak ini jadi alasan untuk Min setuju dengan suruhan heolmoni untuk bercerai dengan aku.

Macam mana kalau Min jumpa heolmoni dahulu sebelum aku sempat ceritakan kebenaran.

"Tae beruntung Min lebih memahami dan percayalah masa adalah jawaban untuk semuanya."

Aku terdiam sebentar. Masa.... Ya Masa yang tak pernah berhenti mencemburui kami.

"Oppaaaa...." panggil seseorang.

Tersetak aku melihat Min menghampiri kami.

"Jom kita pergi bercuti...." ujar Min ceria.

"Jom...boleh jugak tenangkan fikiran." balas Namjoon hyung.

Aku memilih untuk mendiamkan diri dengan perbualan mereka.

"Okay, kita gerak petang ni...dengan jet persendirian oppa ya..." putus Min.

Aku sedikit terpingga. Nak pergi mana sampai perlu naik jet?

Min menarik tanganku untuk bangun mengikutnya.

"Kita nak pergi mana?" soalku terus.

Min tersenyum sambil mengoyangkan tangan kami ke belakang dan ke depan.

"Rahsia...." Min terus berlari ke hadapan.

Aku hanya tersenyum melihat keseronokkan Min. Terlihat Min memhampiri dan memeluk Hyuk yang berada di halaman banglo kami.

Hyuk apalagi, seronok sungguh melihat Min. Pasti Kookie dan Haera yang bawa Hyuk ke sini.

Terlihat Min bercakap dengan Kookie, perbualan mereka nampak sedikit serius. Aku menjadi penasaran apabila Haera membawa Hyuk jauh sedikit dari mereka.

"Aku gerak petang ni." itu saja ayat Min yang sempat aku tangkap saat aku tiba di sebelah Min.

Kookie hanya mengangguk. Jelas keduanya sedang berbicara urusan kerja, kerana mereka fokus dalam perbualan.

"Unnie...semua pakaian dah siap." Haera mendekati kami bersama Hyuk disebelahnya.

"okay, nanti suruh anak buah load." ujar Min.

Hyuk di dukung Min. Mereka berlalu ke belakang banglo dimana terdapat sebuah taman mini dengan sepohon pokok yang rendang.

Aku hanya mengikut langkah Min. Entah kenapa hati aku hanya ingin mengikut rentak Min. Ya sebulan Min disini bukan bererti dia diam dari dunia gangster.

Pinggang Min aku peluk merapatkan tubuh kami.

Senyuman yang tidak lekang dibibir Min menghantar petanda bahawa Min bahagia.

Min duduk bersandar di pohon yang rendang.

Aku duduk disebelah Min, Hyuk pula sudah berlari jauh bermain-main dengan rumput dan tanah.

Aku hanya biarkan, anak-anak memang perlu dibiarkan menjadi kasar, bukan di biar bermain telefon saja.

"V..." panggil Min.

"Hmmm.." gumamku.

"Terima kasih..gomawooo.." ucap Min.

Tubuhnya aku alih sandar ketubuhku.

"Mmmmm..." balasku. Aku yakin ada sebab Min mengucapkannya tapi aku lebih suka membiarkan.

"Nanti Hyuk besar, dia akan jadi pewaris Gangster High...Dragon High macam mana?" soal Min.

Dragon HighWhere stories live. Discover now