Min Pov
"V.... Palliwaaa! " jeritku kepada V. Sibuk sungguh nak buat rambut dia. Kata nak nampak macam gangster. Tapi dah sejam aku tunggu.
"Yaya... Dah siap! " V menghampiriku. Tangan dihulur kepadaku.
Huluran aku sambut. Namun tubuhnya pantas aku tarik kembali ke hadapan cermin di dalam bilik.
"V, rambut awak bukan macam gangster tapi macam semak samun tau! " balasku sambil membetulkan rambutnya.
Dibiarkan melurut turun dan disisir rapi. Wajahnya yang dulu tetap sama cuma makin hensem.
"Haaa.... Baru handsome! " balasku. V tersenyum petak.
Nak jadi gangster macam mana senyuman dah sama macam Hyuk. Sebijik. Memang Hyuk anak V. Sebab diorang berkongsi senyuman yang sama.
Hahaha.
"Dah setahunkan kita tinggalkan Seoul, sekarang kita dah ada di Seoul semula. " ucap V. Sepertinya mengenang kisah lama. Pantulan kami pada cermin dipandangnya.
"Ya.....Jomlah cepat! Lagi 5 minit dah nak mula. Karang tak jadi pulak kejutan sebab kita dua tiada. " tangan V aku tarik kasar menuju keluar. Lift aku tekan.
Pakaian diperiksa. Elok... Semua semakin elok. Lagipun selepas sebulan Hyuk lahir aku dah mulakan senaman, latihan dan sparing diawasi oleh jurulatih tersohor! Siapa lagi kalau bukan ahjusshi Jung. Sedepa muncung Hoseok kerana appa dia nak mengajar aku tapi tidak dia. Lagipun memang Ahjusshi Jung jurulatih aku masa remaja dulu.
"Cepatlah! " tubuhku didorong masuk oleh V ke dalam lift. Dua-dua sama kaki mengelamun. Mana tak mengelamun.
2 hari lepas kitorang sampai Seoul dengan helikopter Gangster High, mendarat pun atas markas dan menginap di penthouse aku.
Sampai sekarang kitorang macam hantu, langsung tak diketahui kewujudan oleh sesiapa pun.
Dan kami pun tak melihat lagi bumi Seoul yang semestinya semakin membangun.
Kami keluar dari lift. Tangan V yang mengenggam tanganku dilepaskan. Jarak kami yang terlekat macam kembar siam terjarak dengan sendiri.
Kelibat Hyejin, Han sunbae, Kookie dan Haera berada dihadapan pintu Hall.
Pintu terbuka, aku dan V berjalan masuk. Senyuman aku ukir biasa. V pula dengan muka beku tak cair dia tulah.
Yang lain mengikut kami dibelakang. Hari ni merupakan majlis aku menaiki takhta Gangster High. Dan V kembali selepas lama menghilang. Semua yang ada jelas terkejut.
Anak buah mahupun ahli kumpulan. Dapat aku dengar bunyi gelas pecah. Terkejut sungguh diorang ni. Yalah orang yang sudah mati boleh berjalan sekarang ni. Mungkin ada yang dah pengsan.
Sesampai saja dihadapan. Aku, V, heolmoni, Hyejin, Han sunbae, Kookie, Haera, appa, eomma V, Seokjin dan Namjoon duduk semeja. Dimeja VVVIP.
Acara dimulakan oleh pengacara majlis.
Kim Joon Hyuk?
Dengan Keepers dialah. Si Hoseok tu. Buat sementara sehinggalah Hyuk dah boleh berjalan mungkin, Hyuk akan ditempatkan bersama Hoseok dirumah heolmoni. Tak banyak yang tahu kewujudan Hyuk. Yalah aku menghilang masa perut masih kecil, lepastu Hyuk balik dijaga boleh Hoseok. Jadi orang akan fikir Hyuk tu anak Hoseok.
.....skip.....
"Tahniah Hyemin" ucap Hyejin kepadaku.
Banyak yang datang bertegur sapa dan bertanya khabar dengan aku selepas selesai acara.
YOU ARE READING
Dragon High
ActionAnnyeong haseyooo.... I'm back, ni sambungan Gangster High. Kenapa Dragon High, kenapa bukan Gangster High 2?! Jawabannya : continue reading, author ada letak sinopsis or appetizer orang panggil. N cerita ni lebih banyak fresh idea dan fresh cream...