V Pov
Kereta Audi aku pandu selama 15 minit bagi memastikan tiada sesiapa yang mengikut kereta aku.
Haera yang sedang elok duduk bersandar di belakang aku kerling tajam, mulutnya sedap mengunyah popcorn.
Dia ingat misi ni sama macam tengok wayang mungkin, siap bawa popcorn lagi.
Setelah pasti tiada sesiapa yang mengikut kereta yang aku pandu, aku terus memandu ke lokasi yang dihantar oleh Satoshi.
Sampai saja di kawasan berhampiran penjara, kereta aku hentikan dan enjin dimatikan.
"Haera, sudahlah makan, nanti perut kau kembung.." Kookie berkata lembut. Mata dan tangannya masih fokus pada game di telefon.
Kepala aku geleng melihat kerenah keanakkan mereka berdua.
"Memang dah kembung pun.." Haera mengusap perut yang sudah menunjukkan bentuk.
Kookie menjeling sekilas kearah Haera yang berada di tempat duduk belakang sebelum kembali fokus pada permainan di Iphone miliknya.
Tangan aku menepuk dahi melihat keganasan mereka, nak buat macam mana dah dua-dua berasal dari 'gangster', jadi suami isteri pun ganas macam gangster.
'Cehhh, cakap orang kau dengan Min pun sama ganas jugak...' kata fikiranku.
'Tapi aku sweet senyap-senyap...'
'Ting'
Bunyi chat masuk mengalihkan aku dari bermonolog sendiri.
Aplikasi Line aku buka, chat daripada Satoshi menyatakan dia sedang menyamar sebagai pegawai polis di situ dan minta aku bersedia menunggu dia bawa keluar Min.
Jantung berdetak hebat, tolonglah Min selamat saja...
10 minit berlalu, 15 minit....
Iphone milikku berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
"Jadi...." soalan yang aku ingin lontarkan tergantung dek ayat yang Satoshi keluarkan.
"Ikut kereta penjara yang baru keluar dari penjara, Min ada dalam tu, dia cedera..." celah Satoshi sedikit tercungap menandakan dia sedang berlari.
"Ikut sekarang, aku akan datang kemudian." panggilan dimatikan selepas itu.
Enjin kereta aku hidupkan.
"Kookie tukar tempat duduk, duduk dengan Haera dekat belakang." arahku tegas.
Kookie yang seperti faham terus berlalu ke tempat duduk belakang dengan segera.
Kereta aku pecut mengikut sebuah kereta polis yang baru melalui tepi kereta aku.
Kereta aku pandu laju mengejar jejak kereta polis tersebut, nampaknya gangster mengejar kereta polis pula sekarang ni.
'Hahahaha'
Aku mengerling melihat Kookie yang sedang memeluk Haera yang berada diatas ribanya melalui cermin pandang belakang, Haera pula melentokkan kepala dibahu Kookie. Mulut Haera pula tidak lepas mengunyah popcorn.
Ya, aku tahu, seganas-ganas kami yang gangster ni, kami akan lindungi kesayangan kami sebaiknya.
Kereta polis tersebut memasuki perkarangan hospital, aku menjadi tidak sedap hati.
"Dia cedera.." ayat Satoshi berulang tayang di fikiranku semula.
Kereta aku parking secepatnya.
"Korang tunggu sini sampai aku sampai, ni arahan." arahku lalu berlalu keluar dari kereta.
Langkah aku atur laju kearah pegawai polis yang meletakkan tubuh seseorang diatas katil pesakit yang dibawa oleh jururawat dan doktor.

YOU ARE READING
Dragon High
AksiyonAnnyeong haseyooo.... I'm back, ni sambungan Gangster High. Kenapa Dragon High, kenapa bukan Gangster High 2?! Jawabannya : continue reading, author ada letak sinopsis or appetizer orang panggil. N cerita ni lebih banyak fresh idea dan fresh cream...