V Pov
Selesai menonton wayang bersama Byul dan Hyuk.
Aku mendukung Hyuk bersama tangan erat mengenggam jemari Byul.
Byul hanya beriak bersahaja.
"Oppa, kita makan dulu boleh?" soal Byul sambil mengosok perut.
"Kajja..." balasku pendek.
Kami melangkah ke restoran makanan Korea.
Banyak mata yang memerhati kehadiran aku bersama 'yeoja' lain.
Ada suara sumbang yang berbisik, semuanya aku biarkan.
Tempat yang sedikit tersembunyi kami tuju.
Tubuh Hyuk aku dudukkan disebelahku.
Byul pula mengambil tempat dihadapanku.
Matanya melirik menu yang sedia ada diatas meja.
"Byul nak makan stew ayam." ujar Byul sambil menutup menu.
Aku terus memanggil pelayan untuk mengambil menu.
Pesanan dibuat.
Stew ayam, nasi putih, soondae untuk Byul.
Seolleongtang untuk aku dan untuk Hyuk aku pilih Naengmyeon.
Selesai membuat pesanan, aku dan Byul masing-masing sibuk bermain telefon.
Hyuk pula bermain permainan kanak-kanak di IPhone miliknya.
Sesekali mata melirik kearah bayangan anak buah Seokjin Hyung yang sedia mengikut Byul, hatta ke dalam wayang tadi pun mereka ikut masuk.
Makanan tiba, Byul terus meletakkan telefon ke dalam bag tangan Gucci miliknya.
Kami mula makan dengan berselera, sesekali Byul menyuap makanan ke dalam mulut Hyuk, dan ke mulutkku juga.
Demi sebuah lakonan yang bakal mengaburi bukan saja mata umum tetapi mata semua orang termasuklah musuh aku, skandal kami perlu menjadi sesuatu yang benar.
Aku cuba tersenyum semanisnya dan bergelak ketawa dengan gelagat Byul, sedangkan otak dan fikiran terlalu risau dan buntu kerana termasuk hari ini, sudah 3 hari Min tidak sedarkan diri.Selesai makan kami ke taman permainan pula, menemani Hyuk bermain. Hyuk walaupun sedikit janggal dan pelik kerana ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke taman sebegini.
Ya, kehidupan sebagai gangster tidak memungkin Hyuk untuk bermain di taman permainan.
Byul pula sibuk melayan kerenah Hyuk yang tidak tahu bermain permainan di sini.
Aku pula duduk dikerusi batu berhampiran mereka, sepatutnya Min yang berada di tempat Byul, bermain dengan Hyuk. Sabar ya Hyuk, appa akan selamatkan eomma.
Hyuk melompat girang dan tetawa bersama Byul, sesekali mereka melambai kearahku.
Sesekali aku melirik ke arah anak buah Seokjin hyung yang jelas sedang merakam video segala tindak tanduk kami secara rahsia.
Pasti meletup Seokjin hyung melihat video kami yang 'berskandal'.
Senyuman sinis terukir dibibirku.
"Appa, jom main sekali!" Hyuk sudah berada dihadapanku, tangan kecilnya menarik tanganku sambil tersenyum.
Byul berdiri sambil memeluk tubuh.
"Kajja..." ujarku sambil berjalan ke arah Byul.
Hyuk berlari anak ke tempat permainan. Byul aku hampiri.
YOU ARE READING
Dragon High
ActionAnnyeong haseyooo.... I'm back, ni sambungan Gangster High. Kenapa Dragon High, kenapa bukan Gangster High 2?! Jawabannya : continue reading, author ada letak sinopsis or appetizer orang panggil. N cerita ni lebih banyak fresh idea dan fresh cream...