1

1.7K 40 0
                                    



DIA gadis cantik. Dia milikki segalanya. Dia sempurna dan namanya ialah Jelita. Namun, perangainya berlawanan dengan nama. Dia sombong, nakal dan licik. Oleh itu, dia tidak ramai kawan. Setiap hari dia melangkah masuk ke dalam kelas, pasti akan mengundang bisikkan.

'Huh! Mereka cuma cemburu,' desis hati Jelita.

Jelita bukan tidak ramai kawan malah, dia tiada langsung kawan. Namun, sedikitpun hatinya tidak gentar kerana dia masih tidak keseorangan walaupun tiada kawan.

"Hey babe!" sapa kekasih hatinya, Daniel.

Jelita tersenyum lebar lalu dia terus melangkah ke tempat duduk di sebelah Daniel.

"Kita sekelas lagi tahun ni," kata Jelita sambil matanya menjeling wajah-wajah yang memandangnya dengan renungan iri.

"Kita ni memang jodoh, kan?" kata Daniel sambil mengusap kepala Jelita.

Pantas Jelita menepis kasar. Perbuatan Jelita mengundang senyuman sinis di bibir Daniel.

'Aku tak bayar kau untuk ini!!!' marah hati Jelita sambil merengus.

Jelita memandang sekeliling. Memastikan tiada yang perasan akan tingkahnya.

"Cuba teka, siapa yang pindah masuk kelas ni?" tanya Bella.

"Budak baru ke?" tanya Tasya.

Bella dan Tasya duduk di hadapan Jelita dan Daniel jadi Jelita dengar perbualan mereka.

"Bukan budak baru. Dia budak lama tapi pindah masuk kelas kita," kata Bella.

Ketika mereka sedang berbual, ada dua susuk tubuh melangkah masuk. Cikgu Rahman dan seorang pelajar lelaki.  Tasya dan Bella terdiam. Semua mata hanya tertumpu kepada pelajar lelaki tersebut.

"Daniel, awak duduk belakang. Biar Tengku duduk sebelah Jelita," kata Cikgu Rahman.

Semua pelajar perempuan membuat bunyi terkejut. Bibir mereka mengulang perkataan 'tengku'.

"Tapi cikgu.."

"Tak ada tapi-tapi. Awak masih boleh nampak kekasih awak," perli Cikgu Rahman.

Daniel mengemas barangnya lalu melangkah ke meja belakang. Daniel sengaja menghempas barangnya agar Cikgu Rahman tahu yang dia sedang protes. Tengku Wafie melangkah ke tempat duduk di sebelah Jelita.

"Huh. Tengku? No wonder," Jelita berkata sinis.

Wafie memandang Jelita dengan wajah yang tidak beriak. Perasan diri diperhatikan, Jelita menoleh Wafie semula.

"Dalam masa setahun aku mampu catch up semua subject. Pandai? Hmm?" Wafie membuat wajah seperti sedang berfikir kemudian dia menggeleng. " More to gifted," selepas itu dia menjeling Jelita.

Ternganga Jelita dibuatnya.

"Okay murid. Saya tahu yang awak semua mesti terkejut. Jadi, dengar sini saya nak terangkan apa yang dah jadi. Saya harap awak semua tak salah faham. Macam yang awak semua tahu, Tengku sebelum ni pelajar kelas C. Dia belajar landskap dan seni lukisan. Sebenarnya, keputusan PT3  Tengku cemerlang dan dia layak masuk ke kelas Sains cuma Tengku yang tak nak. Jadi, dia buat perjanjian dengan pengetua yang dia akan masuk ke kelas Sains di tahun akhir ni," Cikgu Rahman menerangkan dengan panjang lebar.

"Alah! Dia Tengku, bolehlah nak buat suka hati. Orang ada duit," kata Daniel.

Jelita menoleh Wafie melalui ekor mata. Tingkah Wafie sangat bersahaja.

"Saya dah agak ada yang akan cakap macam tu. Jadi saya bawa keputusan peperiksaan tengku tahun lepas. Ini adalah result subject sains. Awak boleh passing dekat kawan lain lepas dah tengok," kata Cikgu Rahman.

MedicineWhere stories live. Discover now