4 [maaf]

240 15 0
                                        

Qhayra POV

Ting ting

iphone milik aku berbunyi menandakan message masuk dari whatsApp.

'Assalamualaikum maksu,jom keluar malam nie kita pergi gerbang malam.Maksu ajaklah kawan maksu sekali' - Danial ✔✔

'Waalaikumusalam,bila kamu sampai Ipoh?bukan kamu dah balik Pahang ke tiga hari lepas?' - You✔✔

'Baru je sampai Ipoh petang tadi.Daddy bagi cuti dekat Danial sampai majlis persandingan maksu nanti. bangga kejap😚' - Danial✔✔

'Ouh,jadi Mummy dan daddy dah tahulah pasal kamu dengan Putri?' - You✔✔

'dah,diorang dah batalkan rancangan nak tunangkan Danial dengan Putri,pada masa yang sama mummy dengan daddy nak Danial rest,tu daddy bagi Danial cuti lama' - Danial✔✔

'okay,maksu nak siap kejap. jumpa malam nanti.Kamu kena belanja maksu!' - You✔✔

'No problem,Hehe.Okay bye maksu ku sayang' - Danial✔✔

'Boleh ajak Aura malam ni pergi gerbang malam.Dah berapa hari aku keluar dengan dia tapi tak nampak perubahan yang ketara pun.Apa lagi aku kena buat nie?Aku betul-betul nak kau ada masa majlis penting aku Aura.' Ujarnya sendiri.

🌸

'Aura,keluar jom malam ini pergi gerbang malam,aku ambik kau okey?' - You✔✔

'Urm,okay' - Aura🌱✔✔

**********

"Aura,kau nak baju apa? aku belanja"

"Takpela.Aku datang sini pun sebab nak teman kau,bukan nak suruh belikan baju aku" Ujar aku datar

"Em,tak silap aku kau nak beli gaun tu kan?" Qhayra masih cuba memujuk

"Aku cakap tak nak,tak naklah..jangan paksa please.Kalau kau tak nak beli apa-apa, aku nak balik." Aku sehabis baik bertutur sopan.

Qhayra mengeluh berat.

"aku tertanya-tanya jugaklah apa yang Irfan buat dekat kau,sampai bila dia curang,kau worst macam nie. Hebat sangat ke penangan cinta dia tu?

Dulu masa kau putus dengan Rayyan pun kau tak jadi macam ni.Memanglah kau couple dengan Irfan 2 tahun, tapi dengan Rayyan pun nak dekat 2 tahun jugak kan?Apa bagusnya Irfan tu?kenapa kau kena seksa diri kau untuk lelaki takguna macamtu?

Aku nak tolong kau keluar dari kesedihan yang kau tengah hadap sekarang nie,tapi kalau kau sendiri taknak bantu diri kau, siapa lagi yang nak tolong?

kalau kau nak bersedih untuk benda ni sementara waktu aku tak kisah,tapi untuk kau berada dalam kesedihan ni untuk waktu yang lama aku perlu ambil kisah.

Bagi aku kehidupan ni bukan apa yang berlaku kepada kita tapi apa yang kita buat jika sesuatu tu terjadi pada diri kita.Kalau kau dah sedar perbuatan kau ni salah kau datang jumpa aku.Kalau sebaliknya,lupakan jela." ujarnya kasar

Qhayra melangkah pergi dari situ.Aku pula diam tidak berkutik dari tadi. Masih menghadam benar kata yang dilemparkan oleh Qhayra itu tadi.Selepas lama menyepi Danial memanggil aku perlahan.

"Awak..jom saya hantar awak balik,hari pun dah lewat malam"

"Takpelah,saya boleh balik sendiri.Selama ini pun saya dah banyak menyusahkan awak dan maksu awak kan?" Ujar aku menunduk. Malu mahu berhadapan dengan lelaki itu.

"Kitaorang yang bawa awak keluar jadi kitaorang jugak yang perlu hantar awak balik .Lagipun malam-malam macamni bahaya kalau jalan sorang-sorang.Banyak penyangak, pondan pon ada. " ujar Danial jujur.

"Erk,okaylah saya ikut awak balik.Maksud saya...tolong hantar saya balik."

Radio dipasang bagi menghilangkan sunyi didalam kereta. Setibanya dirumah, aku terus membuka seat belt lalu membuka pintu kereta. Belum sempat aku melangkah keluar dari perut kereta,lelaki itu memanggil namaku.

"Aura,bagi saya phone awak."

"Hah?" Tanpa banyak tanya aku menyerahkan iphone aku yang sudah terbuka kepadanya

"Nah,ini nombor saya.Kalau awak ada apa-apa masalah atau perlukan apa-apa pertolongan boleh whatsApp atau call saya." Dia memberikan iphone aku semula

"Ouh,okay thanks.Assalamualaikum" Aku mengucap pantas lalu keluar dari kereta Audi S8 milik Danial.

Aku menaiki tangga menuju ke bilikku.Aku terus menghempaskan diriku ke atas katil sebelum aku menoleh ke arah meja solekku.Ada sebuah kotak berbentuk Aisbear pemberian Qhayra terletak elok di atas meja,aku bangun lalu mencapai kotak itu dan menyelongkar isi dalamnya.Ada sebuah gelang emas yang terukir namaku "Aura" dan origami berbentuk hati.Tercatit juga nota kecil disitu yang tertulis :

"HAPPY BIRTHDAY AURA!!🎂 Jangan sedih-sedih selalu tau,kau kena janji dengan aku yang kau kena kuat hadapi masalah yang akan selalu mendatang.Aku akan selalu ada untuk kau❤"

{Dua hari selepas itu}

"Nak call ke tak nak?em.." - aku teragak-agak

Tit tit..

Aku tertekan nama lelaki itu.

"Hello?" - suara si pemanggil

"Em..erk..saya.."

"Ya,cik siapa?" - Lelaki itu menyoal lagi.

"Nie saya Aura." Ujar aku selepas menarik nafas dalam.

"Ouh,awak.Kenapa call ?" - Suara lelaki kedengaran mesra

'Takkan la aku nak ajak main congkak pula.Haih' Aku menjawab didalam hati

"Hello?awak?" Lelaki itu pelik selepas perempuan itu berdiam diri.

"Ya,saya sebenarnya nak minta tolong awak.." - aku memberitahu niat aku dari A hingga Z.

"Ouh,okay.Jumpa esok" - Lelaki itu menamatkan perbualan

"Huh,settle satu masalah.So aku kena prepare barang untuk esok."

**********

"Kamu nak bawa maksu pergi mana ni Danial?" - Qhayra menyoal

"Ish,ikut jelah."

"Maksu ikut je laluan ni,nanti maksu sampai ke suatu tempat." Ucap lelaki itu berlalu pergi

Qhayra akur lalu mengikut laluan kecil yang disusun dengan cengkerang-cengkerang kecil.Sehingga di penghujung, ada tikar dan makanan disitu lalu disekelilingnya dipenuhi polaroid-polaroid kecil dan tertampal sticker note dengan ucapan MAAF

"Qhayra" - Aku memanggilnya dari arah belakang

"Sudi tak kau berkawan dengan aku semula?aku tak sanggup nak hilang kau .Aku......." - mata aku mula berkaca dengan tangan penuh memegang sejambak bunga dikelilingi coklat

Qhayra mengangguk laju lalu memelukku erat.Alhamdullilah, masalah sudah terlerai.

Penat berjalan seharian,aku pulang ke rumah pada sebelah malam.

"Keluar pagi balik malam,apa nak jadi dengan kamu ni Aura?" - Suara baba memecah kesunyian malam

"Tak kemana pun baba,Aura keluar dengan Qhayra je tadi. Aura naik atas dulu,nak rehat." Ujar aku terus menaiki tangga

"Kamu sudah 24 tahun Aura!bila kamu mahu kahwin? tak mungkin kamu tak berjumpa seorang lelaki pun yang kamu berkenan?baba bagi tempoh 2 bulan,jika kamu masih tidak jumpa calon,baba akan kahwinkan kamu dengan anak kawan baba."

"Baba takde hak untuk atur hidup Aura!Selama ini baba tak pernah pedulikan Aura,hanya sibuk fikirkan adik.Jadi kenapa sekarang baba sibuk nak atur kehidupan Aura?." Ujar aku tegas.

"Baba tak paksa Aura kahwin dengan pilihan baba,tapi jika tiada calon,Aura tiada pilihan lain selain ikut cakap baba."

Aku menghentak kaki menaiki tangga menuju ke bilikku tanda protest. Sakitnya hati mendengar kata-kata yang keluar dari mulut baba.Sudah sekian lama tidak bersuara dan bersua muka,secara tiba-tiba sahaja ingin mengatur hidupku.Baik tidak perlu bersua muka jika hanya perkataan yang keluar dari mulutnya bertujuan untuk menambah luka dihatinya.

To be continue =)

AWAK TAKDIR SAYATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang