45 [koma]

723 11 1
                                    

"Kawan awak memang takde cuti ke?"lelaki itu memandangku

"Diakan wartawan.Mana ada cuti" ujar aku bangun dari perbaringan

"Awak tak kesah duduk sorang-sorang?saya risau ni"

" Saya okay jer.Lagipon awak selalu datang kan..takde apala" aku tersenyum memandang lelaki itu.Jujur aku tak nak berpisah dengan dia.Tapi, apa peluang yang aku ada?

"Saya cadang nak bawak awak tinggal dengan saya.Dekat rumah sewa." Ujar lelaki itu

"Rumah sewa?" Aku pelik.Sejak bila lelaki ini menyewa rumah?

"Ye,saya ada sewa satu rumah ni untuk 1 bulan setengah ni.Kalau awak ikut tinggal dengan saya,saya tak perlu berulang-alik dari rumah saya ke rumah awak setiap hari.Jimat duit minyak saya" lelaki itu berseloroh menunjukkan barisan giginya yang putih

" Maaf dah susahkan awak. Saya tak minta pun" Aku bangkit dari sofa

'Nanti saya mati saya tak ada menyusahkan awak lagi.' Ujar hatiku pula.

Aku terus masuk ke dalam bilik untuk mengemas barang.Aku hanya memperonyok baju aku ke dalam beg bagasi lalu mengangkat semua keluar dari bilik.

"Awak terasa ke dengan apa yang saya cakap tadi?" Lelaki itu terkejut dengan tindakan aku

"Tak.Saya cuma tak nak menyusahkan awak datang sini setiap hari.Habis minyak kereta awak nanti" aku mengulang kata-kata lelaki itu.

"Jom gerak sekarang.Saya dah bagitahu Mira.Dia okay" aku menarik beg aku keluar dari rumah itu lalu meletakkan kunci di bawah lapik kaki.

🌸

Aku terasa pening selepas bangun dari atas katil.Sejak aku tinggal dengan lelaki itu, aku perasan lelaki itu banyak menghabiskan masa bermain phone sambil tersenyum sendiri.Tipulah kalau aku kata aku tak jealous. Tapi Aku tiada hak untuk merajuk.Aku tahu kedudukan aku akan bertukar bila-bila masa sahaja.

Aku menuruni tangga melihat lelaki itu masih ralit memandang phonenya. Siapalah agaknya dia chat. Aku malas mahu mengacau lalu menuju kedapur mencari panadol acti fast.

Aku mengeluh kecil melihat ubat yang dicari tiada.

"Awak,boleh tolong belikan panadol acti fast tak?" Aku menuju kearah lelaki itu lalu melabuhkan duduk.

"Hah?sekarang?" Lelaki itu memandang aku sekejap sebelum melihat kembali telefon pintarnya.

"Urm..takpela kalau awak busy" aku mulai berdiri.Ralit sangat lelaki itu sehingga tidak menoleh kepadaku.

"Hah,saya beli sekarang" lelaki itu bangun dari duduk namun mata masih tidak lekang dari menghadap telefonnya. Apala yang seronok sangat pon aku tidak tahu.

"Okay,thank you" ujar aku sambil tersenyum.

Aku tahu lelaki itu tak nampak.Lelaki itu terus beredar.

Aku menaiki tangga ke tingkat atas lalu duduk berhadapan cermin.

Aku membuka tudungku. Aku beritahu lelaki itu aku memakai tudung dihadapannya kerana ingin membiasakan diri.Tapi,sebenarnya rambut aku mulai gugur selepas seminggu yang lalu.Nampaknya cancer itu merebak dengan cepat.

Aku menyikat rambutku.Jatuh satu persatu rambutku kelantai.Tak pernah terfikir dek akalnya selama ini dia akan mendapat penyakit seteruk ini. Mungkin lelaki itu tak pandang aku kerana aku tidak secantik dulu.Mungkin juga dia tidak mahu melihat wajahku lama supaya aku tidak berasa janggal.Aku masih bermain kata didalam hati.

Aku meraba-raba wajahku yang agak kusam dan pucat.Aku memegang rambut aku perlahan sebelum menghamburkan tangisan.Aku memandang wajah aku lama dihadapan cermin.

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now