"Awak,saya pergi dulu""Awak nak saya masak apa petang nanti?"
"masak apa-apa je sayang" ujar lelaki itu sambil mengenyitkan mata. Kereta lelaki itu terus memecut laju menghilang dari pandangannya.
'Sayang?' ucapku kembali sambil tersenyum sendiri
🌸
"Wanginya bau,masak apa tu?" ucap lelaki itu dari belakang
"Awak!Terkejut saya" aku mencebikkan bibirku tanda marah.
"Eleh,sikit-sikit terkejut" ujar lelaki itu mengejek
"Eyy!" aku menjeling dia tajam.
"Saya masak sotong sumbat telur dengan cendawan goreng tepung" ucapku tersengih memandangnya
"Wuuu..jom makan,perut saya dah lapar la.." ujar lelaki itu manja
"Eyy,ngadenya sayang saya ni!" ucapku terlepas cakap,cepat-cepat aku menutup mulutku dengan tanganku
"Aip,apa awak cakap tadi?" ucap lelaki itu buat-buat tidak dengar
"Awak silap dengar tu,dah cepat makan"
"Yeke..kalau macam tu setiap harilah saya nak silap dengar" lelaki itu mengenyitkan matanya kepadaku
"Ish!Makan cepat nanti lauk sejuk"
Kami makan dengan berselera,lelaki yang bergelar suamiku ini sudah mula banyak bercakap denganku.Aku selesa mendampinginya sekarang.Tanpa aku sedar cinta aku buat lelaki itu makin hari makin membuak-buak.Aku doa sangat Allah tak bawa dia jauh dariku.Aku sayang dia sangat-sangat.
"Awak,duduk sini sekejap" ucap lelaki itu menepuk-nepuk lembut tilam disebelahnya
"Kenapa awak?" aku pun duduk disebelah lelaki itu
"Apa kata kita tukar panggilan 'saya awak' dengan 'sayang,abang' awak okey?"
"Saya ikut awak je" ucapku menyembunyikan senyuman lebar milikku.
"Okay set!Kalau awak panggil dengan panggilan 'saya awak' lagi saya cubit hidung awak sampai merah"
"Eyy janganlah!Sakit tahu."
"BAHABABA,kalau tahu sakit dengar cakap okay! " ucapnya manja
"Baik a..bang" terasa berpasir tekaknya mahu mengeluarkan kata
"Pandai pon dia HAHAHAHAHA"
Haih,kenapalah dengan laki aku ni dari tadi asyik gelak.Sukanya dia dapat sakat aku.
Aku bangun dari katil ingin berlalu pergi ke bilikku
"Ehh,nak pergi mana?abang tak habis cakap lagilah"
"Hah?apa lagi?" aku mencebik.Mata sudah kuyu dibuatnya
"Kenapa sayang pakai tudung dalam rumah,tak panas ke?tak nak buka?" Soal lelaki itu lagi.
Aku tersenyum kelat memandang lelaki itu.Siapa pun mesti akan pelik kerana aku berhijab setiap masa sedangkan kami halal.Cuma,aku belum bersedia membuka tudung dihadapan lelaki itu. Aku sanggup tidur di sofa bilik lelaki itu daripada tidur sekatil dengannya.Aku kekok bila perlu tidur sekali.
"Sayang?" lelaki itu melambai-lambai tangannya dihadapan mataku
"Hah?" ucapku terbangun dari lamunan.
"Sayang masih tak bersedia nak buka tudung depan abang ye?" ucap lelaki itu mengagak
"Bagi saya masa okay?" ucapku tersenyum lalu berlalu pergi kebilikku yang hanya bertentangan dengan biliknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
AWAK TAKDIR SAYA
RomancePang❕satu tamparan kuat hinggap di pipi lelaki itu. "Hye,betina..berani kau tampar aku?!Mak bapak aku pun tak pernah sentuh aku!" - Irfan Zakwan "Kau memang layak dapat tamparan itu" - Aura Aleeya Sejak hari itu Aura Aleeya mengurungkan diri didalam...