"Yeay,keluar jugak aku dari tempat ni" ujar aku teruja selepas dapat menghirup udara dari luar bangunan hospital
"Ceh!Alang-alang kau dah keluar hospital,jom kita celebrate, aku belanja" ujar Qhayra lalu menolak aku masuk kedalam perut kereta
"Eleh, memang sayang cakap sayang yang belanja tapi bae yang bayar jugak nanti" ujar Wan berseloroh
"Janganla berkira! Duit bae duit sayang, duit sayang duit bae jugak! " ujar Qhayra tidak mahu mengalah
"Yelahtu" Wan membawa kereta keluar dari tempat parking
Manakala Irfan Dan aku hanya menggelengkan kepala melihat gelagat mereka berdua
🌸
"Aura kau nak order apa? " Qhayra memandangku
"Aku nak order kek coklat chesse leleh(coklat dengan chesse nak extra lebih), lamp chop (sos lebihh), salad daging (moyonis lebih) and air tembikai fresh! (kurang manis). Okay nak itu je" ujar aku menelan air liur. Tak sabar nak makan
"Wow.. Itu jer ehh.Okay kitaorang semua nak order sama jugak macam menu tadi ye dik" ujar Qhayra memberi senyuman
"Siapa yang bayar? " Wan membuat muka garang, sengaja mahu mengenakan isterinya
"Bae lahh. " Qhayra membuat muka comel
"Alhamdullilah kenyang" ujar Wan menggosok perutnya. Sudah kahwin perut pun sudah maju kedepan.
"Jom balik" ujar aku sudah berdiri
"Eh, kejap tunggu someone.Dia datang lambat Sikit harini. Jalan jammed"
"Seriouslah?Aku baru je mimpikan bantal tadi." Ucapku sedih
"Alah, nanti ko jumpa dia segarla balik mata kau" Qhayra mengalihkan matanya di telefon bimbitnya kembali.
"Eh,aku nak tanya..mana phone aku ehh?"
"Awak lupa ke phone awak pecah berderai lepas kena campak, pijak dengan Putri"
"Tak kesahla yang tu.Sim dengan memori card aku mana? "
"Nah." Qhayra mengeluarkan satu plastik jernih berisi sim dan memori card kepadaku.
"Thanks... " ujar aku mengoyangkan sampul plastik itu sebelum memasukkan kedalam beg aku.
"Hah tu dia orangnya" ujar Qhayra menunjukkan kepada suatu arah.
Aku memusingkan kepalaku.
"Adik?" ujar aku bangun dari kerusi
"Akak!" Lelaki itu meluru kearahku. Kami berpelukan sebentar.
"Kamu baru balik dari U.K ke?" Ujar aku dengan senyuman lebar di pipi.
"Haah.Akak lupa ke adik dah habis study. Tunggu hari graduation jer nanti"
" Sorry akak lupa.Banyak benda jadi kebelakangan ni"
"It's okay. So how about umi and baba? sihat?"
"Baba dekat hospital,umi pulak buat umrah"
"Kenapa dengan baba?" Ujar lelaki itu pelik.Jarang orang tua itu jatuh sakit
"Esok-esokla akak cerita.Duduk dulu.Ni aku perkenalkan dekat kau dengan Wan, ini adik bongsu aku nama dia Hairul Faeeq." Ujar aku kepada Qhayra dan Wan
"Hi bro." mereka berjabat tangan.
"Saya tak tahu pulak awak ada adik, Aura." Ujar Irfan manakala Wan hanya mengangguk
"Mak lain bapak sama" ujar aku sambil tersengih.
Aku tak pernah benci adik aku, cuma sampai sekarang aku tak dapat maafkan mama Hairul.Sebab bagi aku kalau perampas memang selamanya perampas.Kalau sudah insaf pon aku still can't forgive her.
ANDA SEDANG MEMBACA
AWAK TAKDIR SAYA
RomancePang❕satu tamparan kuat hinggap di pipi lelaki itu. "Hye,betina..berani kau tampar aku?!Mak bapak aku pun tak pernah sentuh aku!" - Irfan Zakwan "Kau memang layak dapat tamparan itu" - Aura Aleeya Sejak hari itu Aura Aleeya mengurungkan diri didalam...
