41 [gugur]

456 11 1
                                    

"Maksu,ohh maksu!" Lelaki itu bagai orang gila memanggil dan menekan loceng berkali-kali.

"Astarafirullahalazim kamu sudah kenapa Danial?" Qhayra dan Wan membuka pintu pagar.

"Maksu,Danial nak jumpa Aura sekarang juga.Tolong bagi Danial jumpa dia" ujar lelaki itu merayu.

"Apa kamu merepek ni Danial,kan maksu dah cakap..." Tidak sempat menghabiskan ayatnya Danial sudah memotong.

"Danial dah jumpa bukti-bukti tu.Danial betul-betul menyesal.Tolong bagitahu mana Aura berada" dia masih merayu

"Danial,maksu suruh kamu cari bukti tu bukan sebab nak suruh kamu cari Aura mintak maaf. Tidak.Tapi maksu nak kamu menyesal dan rasa bersalah pada diri sendiri atas apa yang kamu dah lakukan." Ujar Qhayra tegas.

"Tolongla maksu,Danial janji Danial tak akan sakitkan hati Aura lagi tapi tolong bagi Danial peluang kedua.Danial nak jumpa sangat dia."

Qhayra menoleh ke arah lain.Dia tidak mahu berlembut hati lagi dengan lelaki itu.Lagipon dia sudah berjanji dengan Aura tidak akan memberitahu dimana dia berada.

"Danial merayu..tolong selamatkan rumah tangga Danial." Lelaki itu melutut sambil menangis teresak-esak.

"Danial,sudahla baik kamu balik." Qhayra tidak betah mahu melihat raut wajah sedih anak sedaranya.Dia tersepit antara Aura dan Danial.

"Maksu..Danial betul-betul mintak maaf,jangan buat Danial macamnie.Kalau maksu nak pukul Danial, maksu pukul lah janji maksu bagitahu mana Aura berada." Lelaki itu masih berlutut sambil air matanya tidak henti berjurai.

JUJUR.Ini kali pertama dia melihat lelaki ini begini.Nampaknya Aura betul-betul sudah membawa lari separuh hati milik lelaki itu.

Lelaki itu menampar mukanya sendiri.Kuat.Boleh dengar kekuatan tamparan lelaki itu.Muka lelaki itu mula memerah.

"Stop Danial.Stop!" Jerit Qhayra sedih.

"Danial tak akan berhenti selagi maksu tak maafkan Danial dan bagitahu mana Aura." Lelaki itu menampar pipi sebelah kirinya lebih kuat.

PANG~

Terhenti terus perbuatan lelaki itu selepas mendapat tamparan kuat dari maksunya.

"Kalau betul kamu dah berubah,buktikan." Qhayra masuk kedalam mencapai telefon bimbitnya lalu menghantar location tempat itu.

"Maksu tak nak kamu sakitkan hati dia lagi.Kalau kamu buat jugak.Mulai hari ini juga kamu bukan lagi darah daging maksu.Faham?!" Ujar Qhayra tegas.

"Thankyou maksu!" Lelaki itu memeluk maksunya kejap.

"Ehem" Wan yang dari tadi disitu berdeham kuat.Mungkin berasa tidak selesa lelaki itu memeluk isterinya.

"Sorry Wan.Aku terhutang budi sangat dengan korang .Thank you sangat-sangat sebab tolong selamatkan rumah tangga aku." Lelaki itu turut memeluk Wan lama sebelum masuk ke dalam perut keretanya.

Malam itu juga dia pergi kerumah opah Aura.Dia sampai ke kampung halaman milik isterinya itu pada awal pagi itu.Dia tertidur di dalam kereta berhadapan R&R.

Azan subuh berkumandang membuatkan lelaki itu terbangun lalu pergi kearah surau dan makan di kedai berhampiran.

Tepat pukul 8.30 pagi dia tiba dihadapan halaman kampung milik isterinya.

"Assalamualaikum" lelaki itu berdiri dihadapan pintu kayu dan grill yang tertutup.

"Waalaikumusalam,yer cari siapa?" Ujar wanita setengah abad itu membuka pintu.

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now