12 [dendam]

205 17 0
                                        

'Abang?' terbutang mata aku melihat kereta yang dikenaliku memecut laju meninggalkan kawasan perumahan.

Aku menarik tanganku dari terus diletakkan di dada lelaki itu.

'Ya allah kenapa aku biarkan saja lelaki ini memegangku. Apa yang dah kau buat nie Aura!

"Kau balik sekarang!Aku tak nak tengok lagi muka kau" ucapku terus meluru masuk kedalam rumah

Cepat-cepat aku menelefon Danial. Tetapi satu panggilan pun tidak berangkat.

"Ya allah,bantulah aku" keluhku perlahan,rasa serba salah menyelubungi diri waktu ini.

Waktu mengenjak pada pukul 12.00 pagi tetapi kelibat lelaki itu tidak muncul-muncul.Aku bergerak masuk kedalam bilikku.

Perkara yang terjadi petang tadi betul-betul mengganggu fikiran aku.Aku tidak dapat melelapkan mata. Tanpa sedar aku tertidur dalam menunggu lelaki itu pulang.

Aku bangun malas lalu terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.Seusai solat subuh aku menuju ke bilik suamiku

Katil masih kosong dan kemas menandakan tiada siapa yang masuk kedalam bilik itu lagi.Aku pun menuju semula kebilikku untuk kembali tidur.

Tit..tit..tit..tit

"Ish,bisingnya" aku memarahi jam loceng itu lalu menekan kasar punat jam loceng tersebut

Aku bangun dari lena lalu meneliti jam di telefon bimbit disebelah katilku

"Astagfirullah" aku terus meluru masuk kedalam bilik air untuk mandi

Jam menunjukkan pada 12.00 tengahari.

Mana Danial ni? aku call dan chat berpuluh kali tapi satu pun tidak dibalasnya.

Akhirnya aku membuat keputusan untuk menghubungi Qhayra

'Assalamulaikum Qhayra,aku nak tanya boleh?' ucapku perlahan selepas panggilannya diangkat.

'Waalaikumusalam,haa kenapa?' ucap wanita itu hairan

'Urm,aku nak tanya Danial ada tak dekat rumah kau sekarang?'

'Mana ada dia datang, Tapi suami aku kata dia pergi outstation,malam tadi dia gerak'

'ouh,yeke.Takpelah terima kasih'- aku menutup panggilan sebelum sempat Qhayra mengajukan soalan.

🌸

'Abang,izinkan sayang keluar boleh? Nak jumpa kawan' - you✔✔

(Seen)+(Bluetick)

'Kenapalah perkara macamnie asyik berulang dalam hidupnya? Danial akan tinggalkan aku ke?'

Aku tanpa berfikir panjang terus bersiap-siap mahu memulakan perjalanan pulang ke Ipoh.

Aku sampai ke Ipoh selepas beberapa jam terperangkap didalam kereta menempuh kesesakan jalan raya.

"Assalamualakum!!" - aku menyergah Naira dari belakang yang sedang sibuk mengira stock barang

"Wei Aura!Kau pergi mana doh?!Lama hilang!" Naira memelukku erat

"Aku tinggal dekat Putrajaya sekarang" - ucapku tersenyum

"Jauhnya,kau okay ke dengan partner kau sekarang?aku bukan nak busy body tapi..Qhayra ada cerita yang hang kena tangkap basah.." -Naira membuat mimik muka bersalah

"Ouh,kalau kau nak tahu panjang cerita dia." - aku pun bercerita dengan Naira sehari suntuk di kedai aku

"Serius lah?kesian kau!Apa-apa pun aku tahu allah uji kau pun sebab dia tahu kawan aku ni kuat." ucap Naira dengan kata-kata semangat.

"Tapi tu la aku ada masalah sekarang ni" - aku mengadu masalah

"Masalah apa pulak?" ujar Naira pelik

"Danial,dia salah faham." -aku menceritakan kejadian Irfan datang kerumah aku tempoh hari dan aku tidak tidur sebilik dengan Danial. And paling worst aku pakai tudung 24 jam dalam rumah.

"Astafirullahalazim Aura!Kau tahu tak berdosa seorang isteri menolak keinginan suami sama ada nak bersetubuh ataupun bermesra.Kau mana boleh pakai tudung sepanjang masa,apa pulak kata suami kau bila kau sendiri malu untuk dipandang dan ditiduri oleh dia.Aku rasa kau lebih tahu kan? " ujar Naira panjang lebar menyangkal kesalahanku

Kata-kata Naira menyentak tangkai hatiku. Aku tak sepatutnya berkelakuan macam tu.

"Apa aku kena buat Naira?"

"Kau minta maaf dengan dia bila jumpa dia nanti.Aku rasa dia sedia nak maafkan kau.Kau terangkan dekat dia satu persatu tentang tujuan Irfan datang kacau kau.Aku gerenti dia percaya cakap kau." ucap Naira sambil mengangkat-angkat keningnya selepas berjaya memberikan cadangan bernas.

Aku memandang ke atas.Menyampah pula rasanya bercakap dengan si Naira ni.

"Aku lupa nak tanya,kau duduk mana sekarang?" aku lupa nak bertanya tentang Naira.

"Lepas malam yang kau pengsan tu,Qhayra call aku pagi-pagi cakap kau dekat hospital langkawi.Aku pun kelam kabut pack bag nak gerak keluar dari rumah kau."

"Lepas je aku letak barang dalam bonet,umi dan baba kau sampai kerumah dengan muka tahan marah.Aku terus salam mak kau pastu bawa kereta laju keluar dari rumah kau."

"Lepastu kau tinggal mana sekarang?"

"Aku tinggal dekat rumah sewa dengan pekerja kau yang Mel dengan Ina tu.Nasib baik diorang ada bilik kosong untuk aku" - ucap Naira lega.

"Sorrylah,disebabkan masalah aku,kau pun terpalit sama"ucapku aku serba salah

"Sokaylah,ehh kau tak nak balik ke?kang takut lak nak bawa kereta balik Putrajaya malam-malam"

"Aku tidur Ipoh harini,aku nak jumpa mama Qhayra. Lagipun Danial pergi outstation.Lusa baru balik.

"Suka hati kau la" - Ucap Naira lalu berdiri melayan pelanggan yang datang ke butik Aura Cotton.

PUTRI POV

"Kau dah ikut semua arahan aku belum?" ujar aku memandang lelaki itu

"Dah.Tapi aku tak faham kenapa kau dengki sangat dengan Aura Aleeya sedangkan dia tak buat apa-apa salah pun dengan kau" ucap Irfan Zakwan

"Sebab aku berdendam dengan bapak dia!"

"Apa bapak dia buat sampai kau upah aku dekat dengan dia lepastu jadi bf dia sampai dia dah kahwin pun kau masih nak aku kacau dia?!" ujar lelaki itu meninggikan suaranya

"Sebab bapak dia bunuh mak aku!Kau tu pekerja aku dan kau kena dengar cakap aku.Aku yang bayar gaji kau tiap-tiap bulan bukan perempuan tu.And kenapa kau marah sangat aku kacau dia?sebab kau dah tersuka perempuan itu kan?" ujar aku berang lalu menghentak meja kuat sambil menayangkan senyum sinis

Berubah riak muka lelaki itu,selama dia bekerja dengan majikannya itu tidak pernah dia tahu tentang dendam semua ini.Sebab dia tahu dia tiada pilihan lain selain cari duit untuk bayar perubatan adiknya yang menghidap penyakit barah.

"Kau tak payah merepek!" ujar lelaki itu lalu melarikan pandangan matanya.

"Heh,kau ingat aku bodoh ke tak tahu yang kau ajak dia kahwin masa kau terjumpa dia dekat pasar raya harituh tapi tak kesampaian lepas kau tahu dia dah berkahwin kan?kau kecewa kan?HAHAHAHAHA" - aku puas melihat riak muka tak keruan lelaki itu.

"Kalau kau nak tahu,aku yang rancang perkahwinan mereka supaya kena tangkap basah. Supaya aku dapat malukan air muka bapak perempuan itu.Tapi disebabkan pengaruh bapak Danial dan perempuan itu kuat,mereka dapat sembunyikan maruah mereka yang dah tercemar."

"Kalau tak sudah lama tersebarlah aib mereka.Jadi tugas kau sekarang ni,aku nak kau bagi anak dia derita macam mana mak aku derita dulu masa bapak dia buat mak aku macam perempuan simpanan"

"Ikut arahan aku ataupun adik kau jadi taruhan." aku menggertak

Lelaki itu menegup air liur.

"Kau sanggup korbankan tunang kau sekali disebabkan dendam tak masuk akal kau ni?"

"Aku sanggup buat apa saja untuk maruah mama aku,termasuklah untuk bunuh sesiapa pun yang cuba halang aku.So just do your work!" nyaring suara perempuan itu mengherdik

To be continue =)

AWAK TAKDIR SAYATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang