13 [rindu]

189 13 0
                                        

"Mama,Aura kena balik harini. Sebab suami Aura balik nanti. Aura janji,nanti ada masa terluang Aura datang jenguk mama lagi." ucapku memandang mata redup wanita itu

"Tak mengapalah Aura,mama faham.Janji kamu tengok mama sekali- sekala pun mama sudah bersyukur sangat" ucap mama tersenyum memandangku.

Aku tahu mama kesunyian selepas semua anak-anaknya kahwin. Kini dia tinggal bersama adik lelakinya selepas arwah abah meninggal.

🌸

Aku memandu dari Ipoh ke Putrajaya dengan selamat.Aku sampai kerumahku pada waktu petang.Aku terus menuju ke bilikku untuk merehatkan badan.

Aku menukar baju berlengan pendek dan juga seluar berparas bawah lutut.Aku mengunci pintu bilik sebelum melelapkan mata ke atas tilam empuk bersaiz queen.

Aku terbangun selepas mendengar bunyi azan dari aplikasi phoneku.Aku duduk bersila diatas katil.Aku menilik jam sudah tepat pukul 7.10 petang.

Aku tunggu si dia dari 7.10 hingga jam mengenjak 8.00 malam,tetapi kelibat dia masih tiada.Aku pun melangkah malas menuju ke bilik air untuk mandi.

Selepas aku mandi aku menjenguk masuk kedalam bilik lelaki itu.Aku ternampak baju tshirt dia didalam almari.Cepat-cepat aku mencium bau baju lelaki itu.Sumpah aku rindu dia walaupun hanya sekejap dia tiada.

Tanpa aku berfikir panjang aku terus memakai baju lelaki itu dan baring diatas katilnya.Aku memeluk bantalnya sambil air mata aku menitik membasahi bantal lelaki itu.

'Mana abang ni?balik la' ucapku sebelum aku terlena di atas katil lelaki itu.

"Sayang?" suara seorang lelaki menerpa masuk ke gegendang telingaku

Perlahan-lahan aku membuka mata dan melihat gerangan suara tersebut.

"Abang?" ucapku lalu memeluk pinggang lelaki itu erat. Lama.

"Sayang nak minta maaf selama ni derhaka dengan abang,buat abang kecil hati dan buat abang salah faham.Sebenarnya..."

"Shut...tak payah jelaskan apa-apa abang tahu sayang takkan buat perkara tak baik belakang abang,abang maafkan" ucap lelaki itu lembut lalu mengusap rambutku lembut.

Aku memandang lelaki itu dengan pandangan terharu lalu menangis lebih kuat dari tadi.Rasa bersalah menghurung diri.Belum sempat jelaskan yang berlaku,lelaki itu sudah terlebih dahulu memaafkannya.

"Ni kenapa pakai baju abang ni?" lelaki itu menjongket kening

"Urm,rindu..ingatkan abang tak nak balik tengok sayang dah.Lama sayang tunggu" ucapku dengan suara serak-serak basah

"Alolololo,abang pergi kejap je" ucap lelaki itu sambil tersenyum

"Mana ada sekejap 2 hari abang pergi dah semacam 2 tahun tahu tak!" ucapku memukul perut lelaki itu.

"Sayang tak kisah ke pakai macam ni depan abang?" ucap lelaki itu menelan liur,sebenarnya dia tak dapat kawal nafsu bila tengok kecomelan isterinya yang mengikat tocang bulat rambutnya dan kulit putih melepak milik isterinya ditayang percuma didepan mata. Mahu saja dipeluknya takmahu lepas.

"Tak.Mulai hari ini sayang takkan pakai tudung dalam rumah dah.Itu pon kalau abang tak kisah.Kalau tak nak.." tidak sempat menghabiskan kata-kata aku lelaki itu cepat menyahut

"Pakai je macam ni" ucap lelaki itu memandang aku sambil tersengih menampakkan giginya.

"Okaylah,abang nak mandi ni,sayang pergi la tidur dulu" ujar lelaki itu mencapai tuala

Aku menunjukkan tanda okay lalu keluar dari bilik lelaki itu.

Tepat jam pukul 10.00 malam.

Aku mengetuk pintu bilik lelaki itu dengan tangan kanan sementara tangan sebelah kiri memeluk bear berbentuk oren.

"Masuklah" ujar lelaki itu yang sedang fokus dimeja kerja.

"Abang,tak tidur lagi ke?" ucapku sekadar berbasa-basi

"Sekejap lagi abang tidurla,abang kena siapkan kerja ni dulu."

"Ouh,boleh tak sayang cakap sayang nak tidur sini malam ni?" ucapku menyorokkan separuh mukaku disebalik pintu bilik lelaki itu

"Huh?Apa?" lelaki itu buat-buat tidak dengar sambil menarik senyum nakal dibibir

"Ish!Tak sudi takpela.." aku buat-buat ingin pergi

"Ehh,masuklah..takde sape yang halau" ucap lelaki itu menarik aku duduk di atas katilnya

"Jom tidur" Dirinya sudah mengantuk. Matanya sudah berat.

Aku yang berasa kekok tetap menuju ke arah katil lelaki itu.

Danial menarikkan selimut hingga ke dadaku.Aku yang tidak tahu mahu berbuat apa terus memejamkan mata lalu memeluk bantal oren aku didalam selimut.

"Abang tak nak tidur ke?" ucapku lagi kembali membuka mata apabila melihat lelaki itu menuju kearah meja kerjanya semula.

"Nak tidur la ni,nak tutup laptop kejap" ucap lelaki itu lalu menutup lampu utama dan kembali ke katil.

Aku hanya nampak samar-samar saja cahaya yang dipancarkan oleh lampu tidur disebelah katil

"Sayang..abang nak minta maaf"

"Abang takde buat salah apa-apa pun dengan sayang,kanapa nak minta maaf?" tanyaku pelik

"Abang nak biasakan kita bermaaf-maafan sebelum tidur,takut-takut ada buat salah sepanjang seharian jadi suami sayang tadi." ucap lelaki memandangku

"Ouhhh,kalau camtu sayang pun nak minta maaf dengan abanglah hehe.Sekarang jom tidur,sayang dah ngantuk" ucapku sambil tersenyum

Lelaki itu menutup lampu disebelah katilnya begitu juga aku.Tapi,malam itu aku tidak dapat tidur lena kerana berasa kekok mahu menggerakkan tubuh badan.

Tiba-tiba aku merasa ada tangan menyentuh pinggangku.Baru saja aku mahu menolak tetapi terhenti selepas mendengar dengkuran halus milik lelaki itu.

Aku tersenyum kecil sebelum melelapkan mata disebelah lelaki itu dengan memeluk lengan sasa milik lelaki itu dipinggangku.

🌸

Aku bangun dari tidur kerana dapat rasa seperti diintai seseorang.Aku melepaskan pelukan bantal dan membuka mata perlahan.

Saat aku terpandang sebelah kanan,lelaki itu memandang aku dengan senyuman sambil menguis-menguis rambut depanku

"A..abang buat apa ni?" ucap aku menjarak sedikit dari lelaki itu

"Tengah tengok isteri sendiri,tak boleh ke?"

"Janganlah pandang sayang masa tidur,hodohla.Mesti ada taik mata dan air liur basikan?" ucapku resah lalu meraba mukaku sendiri

"Okay je..cantik apa" lelaki itu memuji

"Sekarang pukul berapa?" ucapku menutup mukaku dengan kedua belah tangan

"Pukul 6.00 pagi" ucap lelaki itu selamba

"Kenapa tak kejut sayang?" ucap aku memandang anak matanya

"Macam mana nak kejut dah orang tu peluk lengan kita macam tak nak lepas.Alang-alang boleh tengok muka sayang lama-lama" ucap lelaki itu menjongketkan keningnya.

"Dah la,sayang nak pergi mandi" ucapku menahan malu.Aku fikir aku peluk bantal rupanya tangan.

Aku mengomel sendiri sebelum masuk ke tandas untuk mandi dan mengambil wuduk.

Selepas solat subuh berjemaah kami keluar pagi itu untuk berjoging ditaman berdekatan taman perumahan.

"Sayang kejap,mummy call" ucap lelaki itu berhenti dan duduk di kerusi

"Baik mummy.Okay.Ye mummy,assalamualaikum" ucap lelaki itu menamatkan panggilan

"Kenapa?"

"Mummy ajak datang rumah tengah hari nanti" ucap lelaki itu

"Ouh,so kita pergi tak?" ucapku lagi

"Pergilah.Abangkan cuti harini.Sayang ada plan nak pergi mana-mana ke harini?" soal lelaki itu

"Takde.Saja tanya mana tahu abang yang ada plan nak pergi mana-mana hari minggu macamnie"

"Takde,kalau macam tu pukul 10.00 pagi nanti kita gerak pergi rumah mummy" ucap lelaki itu .

To be continue =)

AWAK TAKDIR SAYATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang