3 [pujuk]

269 12 0
                                    

Bukks

Satu tumbukan padu mengenai muka Irfan.

"Kau siapa pulak! Berani kau tumbuk aku!" Amuk lelaki itu selepas bibirnya pecag berdarah ditumbuk oleh orang yang tidak dikenalinya.

"First,aku nak bagitahu bukan dia yang murah tapi kau yang takde otak pilih untuk curang! Second,kau rembat girlfriend aku.Jelas sekarang jantan takguna?!" Danial melepaskan segala yang terbuku dihatinya selepas melihat perempuan yang disayanginya curang didepannya.

Putri menarik tangan Irfan pergi dari situ.Dia malu dengan apa yang berlaku,lagi-lagi ada yang merakam agenda tadi.Dengan sengaja juga Putri menolak bahu aku kuat sehingga aku terduduk dideretan bangku disitu.Lama aku menekup mukaku sebelum aku berdiri lalu beredar dari situ.

"bang dah buat apa yang saya suruh tadi?"

"dah,ini videonya."

"Thankyou bang,ini upahnya" Danial mengeluarkan not rm 50.

Sebenarnya dari permulaan pertengkaran itu dia sudah menyuruh lelaki itu merakam.Itu sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada keluarganya nanti,dan tidak dirancang pula untuk menumbuk Irfan .Ini semua terjadi secara spontan.Dia geram dengan lelaki dayus begitu,sudah kantoi curang keluarkan kata-kata kesat pulak.

"Apa kecoh-kecoh tadi itu?kenapa muka kau merah ni Aura?"

"Takde apa,aku cuma rasa tak sedap badan.Thankyou tau celebrate birthday aku harini.Aku sayang kau!" Aku memeluk Qhayra beberapa saat sebelum mengesat air mata aku dan berlalu pergi dari situ.

"Danial pun nak balik.Maksu dengan Wan have fun."

"Awak-awak!Tunggu" Ujar lelaki itu dari belakang. Tapi aku tidak menghiraukannya.

"Awak!" Dia menahan aku dari terus berjalan lalu berdiri dihadapan aku. Dia mendepakan kedua tangannya.

"Apa?" Ujarku mendatar.

"Erk,saya nak mintak maaf atas apa yang terjadi tadi." Ujar lelaki itu serba salah

"It's okay,bukan awak yang minta benda ini jadi, awak pun mangsa keadaan kan?. I have to go. Assalamualaikum. " aku pun beredar.

**********

~Seperti ingin tapi tak ingin,yang aku minta tulus hatimu,bukan pura-pura pergi saja cintamu pergi,bilang saja pada semua,biar semua tahu adanya,meski kini ku sendiri.~

Aku membiarkan phone ku berdering tidak berangkat.Aku tahu Qhayra yang call.Sejak kejadian itu,aku hilang tanpa khabar berita membuatkan Qhayra mencari aku hingga call beratus kali.Sekarang aku perlukan masa untuk bersendirian,aku nak tenangkan fikiran. Otak aku masih bercelaru. Hampir 3 minggu aku berkurung. Aku tak tahu kenapa aku siksa diri aku sendiri hanya disebabkan seorang lelaki.Kehidupan aku sekarang sudah tidak terurus.

QHAYRA POV

"Angkatla Aura!please.." rintihnya perlahan

"Maksu,Danial ada benda nak beritahu.Maksu tengoklah sendiri video nie."

"Hah!Kenapa tak bagitahu maksu awal-awal?!" Aku memandang anak buahku tajam. Sudah nak sebulan baru diberitahunya.Mahu aku pancung ke?.

"Hehe,mana tahu...ingatkan dia perlukan masa bersendirian buat sementara waktu. Tak sangka sampai lama macamni" Ujarnya tidak bersalah. Manalah dirinya tahu perempuan itu akan berjauh diri selama berminggu-minggu.

"Itu dulu...." Suara aku mula mengendur

"Maksud maksu?"

Aura bercinta 2 kali,tetapi dua kali juga dia gagal dalam percintaan.Kedua-dua lelaki yang dia cinta curang dengan dia.Masa kali pertama putus cinta,Aura hanya menghilangkan diri 3 hari sahaja, selepas itu dia akan cari maksu dan 2 orang kawan maksu untuk menceritakan apa yang terjadi.Tetapi kali kedua ini,dia menghilangkan diri 3 minggu terus.Kali ini dia mesti terasa ditipu dan kecewa sangat.

"Tapi Danial pelik, kenapa diorang tak bersyukur ada girlfriend baik dan setia macam kawan maksu tu?"

"Sebab Aura tak bagi apa yang lelaki tu nak.Maksud maksu,kalau perempuan lain,izinkan lelaki pegang-pegang,suap-suap, peluk or kiss. Tapi Aura tak,dia tak berikan sedikit keizinan pun dekat lelaki yang bukan mahram dia.Sebab dia nak beri kepada siapa yang berhak sahaja.

"Interesting " ucap lelaki itu sambil mengukirkan senyuman. Makin tertarik dirinya dengan perwatakan wanita itu.

"Aip,bunyi macam lain je" Aku mengusik

"Jomla cari kawan maksu tu,nanti takde pulak pengapit masa nak bersanding"Ucap Danial menukar topik perbualan.

"Jom.Maksu memang cadang nak ajak Danial teman maksu pergi rumah Aura,cuma takut takde orang,sebab sebelum ini maksu pergi sana takde orang dirumah. "

**********

"Assalamualaikum Aura!" Qhayra memanggil dari luar pagar.

"Ting tong,ting tong..." giliran Danial pula menekan loceng.

"Takde orang pun.Jom balik,mungkin Aura pergi bercuti kut."

Belum sempat Qhayra dan Danial masuk kedalam perut kereta,sebuah kereta BMW bewarna hitam berhenti diperkarangan rumah.Orang itu keluar dari kereta lalu menegur Qhayra.

"Ehh,Ara...kenapa tak masuk?" Datin Sarah menegur

"Hai aunty, tadi tekan loceng tkade siapa yang menyaut. jadi Ara ingat tiada orang. "

"Ehh,Aura ada je dekat dalam,takde bibik ke yang bukakkan pintu?. Aunty pun pelik sejak kebelakangan ini,Aura terperap je dalam bilik dan perangai dia berubah jadi dingin.Kamu berdua ada bergaduh ke?" Soal Datin Sarah hairan.

"Ouh,kami ada salah faham sikit"

"Kalau macamtu, masuklah dulu. Pergi pujuk dia." Datin membuka pintu dengan button automatik. Pelik dirinya mengapa bibiknya tidak membuka pintu.

Qhayra menganggukkan kepala sambil mengukirkan senyuman.

Tok tok...

"siapa tuh?" aku menyoal dari dalam bilik

"Umi ni,bukalah pintu ada tetamu datang ni.Pakai tudung cepat"

Datin Sarah dan Danial turun ke tingkat bawah memberi ruang kepada Qhayra dan aku berbual.

"Okey" aku menjawab sepatah sambil mencapai shawl malas yang digantung di penyakut.

Sejurus aku membuka pintu Qhayra memeluk aku erat.

"Aura,aku rindu gila dekat kau!Sorry aku baru tahu pasal kau dengan Irfan.."

Aku melepaskan pelukan."Perlu ke sebut nama dia?" dingin.

"Sorry,aku tak bermaksud untuk sakitkan hati kau" Qhayra serba salah

"Kalau takde pape lagi kau boleh balik..aku memang tak nak jumpa sesiapa sekarang,tolong faham" aku cuba menjawab sehabis baik

"Tak apalah kalau camtu,cuma aku nak cakap aku takkan give up untuk jadikan kau yang asal balik. i miss your cheerfull vibes.Aku balik dulu" Qhayra memeluk aku erat sebelum beredar.

Next day

Qhayra datang kerumah aku untuk memujuk aku keluar dari rumah.

"Eee,aku malaslah.Kau ajak jelah pakcik keluar.Aku nak duduk rumah"

"Ish!Kalau kau tak nak keluar dengan aku harini aku akan stay dekat rumah kau sambil membebel sampai telinga kau berdarah.Kau nak?" Qhayra mula bermain tarik tali dengan sikapku.

"Okay fine.Esok tengah hari kau ambil aku kat rumah."

"Yes,thats my girl!For today aku nak kau mandi.Aku teman kau harini,dah lama aku tak borak dengan kau.

"Aku dah mandi okay.Aku takdelah pengotor sangat." Ujar aku berang.

Yes,satu permulaan yang baik..Aura sudah mula ingin bercakap dengan aku.bisik hati Qhayra.

Qhayra membawaku pergi ke spa,shopping mall,and cinemas. Boleh dikatakan misi mengambil hati aku mengambil masa 3 hari,tapi aku tetap bersikap kejap okk kejap tidak.Aku cuba untuk tak begitu.Tetapi kadang-kala aku rasa tidak mampu untuk jadi seperti dulu semula.

To be continue =)

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now