"Allah" itu sahaja mampu terkeluar dari mulut Datin Sri Laila.Terduduk wanita itu mendengar khabar buruk tentang anaknya.
"Kenapa mummy?" ujar Shasha yang baru keluar dari dapur
"Abang kamu.." percakapan wanita itu tersekat-sekat kerana terlampau terkejut.
"Kenapa dengan along?" Shasha mulai pelik
"Along kena tangkap basah di Langkawi sekarang." wanita sepatuh umur itu mengurut dadanya
"Hah!Apa dah jadi nie mummy! Shasha nak jumpa abang sekarang jugak!" Ujar perempuan itu nyaring.
"Ye,kita gerak esok pagi."
**********
"Arh" aku memegang dahi aku yang terasa bengkak.Aku terpandang saluran air yang berada di tangan kananku,aku memandang sekeliling bilik itu.
"Aku dekat mana ni?" ujarku perlahan
"kau dah bangun?" Qhayra menghampiri aku sambil tersenyum
"Macam mana aku boleh masuk wad ni?" ucapku pelik
"Em,kau tak ingat?kau pengsan semalam" ucap Qhayra serba salah
"Pengsan?" aku mula mengingati babak semalam.
Ops,jangan cakap..
"Yang aku ingat lepas anak sedara kau bagi aku bungkusan makanan aku rasa pening lepastu aku dah tak tahu apa jadi.Tapi,aku nak tanya siapa yang angkat aku?"
"Erk,jangan marah tau...Danial yang angkat kau masuk kereta" ucap Qhayra tersengih
"Huh!Weh....kenapa kau je yang tak angkat aku?"
"Woi!Kau fikir kau ringan nak suruh aku angkat?,lagipun tiada siapa yang boleh angkat kau selain Danial dan pakcik.Takkan aku nak suruh pakcik angkat kau.Excuse me.." Qhayra memandang aku sambil mencekak pinggang.
"Hehe,maksud aku asal tak call ambulans je?" Soal aku lagi.
"Kelam kabut semalam,macam-macam jadi" ucap Qhayra sambil menyedut minuman yang baru saja dibeli tadi."
"Means?aku tak faham" aku memandang Qhayra pelik
"Amboi,rancak borak!Seronok ke lepas dapat perangkap abang aku?!" Dua wanita yang tidak dikenali menghampiri kami.
"Siapa cik ye?" aku bertanya sopan lalu memandang wanita separuh usia disebelah perempuan itu.
"Sepatutnya aku yang tanya siapa kau!Hey perempuan tak guna,kau perangkap abang aku sebab nak harta dia je kan!" Lantang suara perempuan itu menyergah aku
"Sha!" jerit si Qhayra
Aku memandang mereka berdua.'Diorang kenal?' ucapku didalam hati.
"Maksu nak backup dia kenapa!Dia perangkap keluarga kita maksu!"
"Kamu salah faham ni" Qhayra cuba menenangkan keadaan.
'Maksu?maksudnya ni adik Danial?perangkap?'Aku hanya mampu melihat dan berteka teki didalam hati
"Kau asal diam!" Sergahnya lagi.
Perempuan ini asyik jerit je dari tadi.Aku pelangkung kang!Haduh,sabar Aura,sabar.
"Saya tak faham apa yang tengah awak cakapkan ni,perangkap apa?dengan siapa?" makin pening kepala aku dibuatnya
"Kau tanya aku! Patut aku yang tanya kau. Kau yang perangkap abang aku sampai kena tangkap basah dengan kau.Sekarang kau buat-buat tak tahu?are you seriously?" Muka perempuan itu sudah merah padam menahan amarah
"Dengan siapa?" hati semakin kencang bergetar,walau sudah dapat mengagak.
"Danial" ucap Qhayra
Aku kehilangan kata-kata,terasa macam bumi ini berhenti berputar,jantung berhenti berdetak.Adakah ini semua mimpi?Ya Allah..apa lagi yang kau uji pada hambamu ini..Allahuakbar..aku memegang dadaku semacam tak percaya.
ANDA SEDANG MEMBACA
AWAK TAKDIR SAYA
RomancePang❕satu tamparan kuat hinggap di pipi lelaki itu. "Hye,betina..berani kau tampar aku?!Mak bapak aku pun tak pernah sentuh aku!" - Irfan Zakwan "Kau memang layak dapat tamparan itu" - Aura Aleeya Sejak hari itu Aura Aleeya mengurungkan diri didalam...
