"Siapa suami pesakit?" Doktor itu keluar dari bilik icu
"Erk,suami dia outstation adik dia ada" ujar Qhayra berbohong.
"Encik,kakak encik perlu dibedah segera.Jadi saya perlukan tanda tangan encik untuk isi borang kebenaran."
"Heh,Outsation konon." Ujar Faeeq sinis.
"Doktor macam mana dengan kakak saya?anak dia okay ?"
"Kami tak dapat nak selamatkan anak kakak awak.Jadi kami perlu keluarkan dengan segera supaya tak effect tuan punya badan"
"Doktor tolong selamatkan mereka berdua" rayu lelaki itu.
"Maafkan saya,kalau encik tak tanda tangan segera kemungkinan kedua-duanya tak dapat diselamatkan." Ujar doktor itu menggesa
"Okay,where is the pen?"
"Sila ikut kami kesana" ujar seorang nurse.
Lelaki itu menurut. 'Maafkan adik kak' ujar lelaki itu segera menanda tangan.
"Encik dan Puan sila tunggu sebentar kami akan cuba lakukan sedaya upaya." Ujar nurse itu sebelum berlalu masuk kedalam bilik penbedahan.
"ARGGHH" Jerit lelaki itu kuat menumbuk dinding hospital.
"Sabar bro,ni hospital." ujar Wan di sebelah isterinya. Pucat muka perempuan itu.
"Sabar kau cakap!Lepas lelaki tak guna tu buat kakak aku camtu ko nak suruh aku sabar? Ni aku nak tanya siapa yang memandai nikahkan kakak aku dengan lelaki bangsat macamtu?"
"Akak betul-betul mintak maaf Eq,akak tak tahu benda boleh jadi macam ni lepas diorang kahwin.Akak yang salah ajak kakak kamu teman akak pergi honeymoon.Akak minta maaf" ujar perempuan itu mula menangis teresak.
"Aku nak jumpa lelaki tu.Bagi alamat rumah dia dan alamat pejabat dia sekarang.Aku nak buat penghitungan dengan jantan dayus tu"
"Jangan keruhkan lagi keadaan." Wan sudah hilang akal mahu berbahas dengan si Faeeq ini.
"Kau nak bagi alamat dia atau aku pergi cari dia sendiri?.Tapi kalau aku dah pergi cari sendiri memang lunyai aku pukul dia nanti.Pilih." lelaki itu mengugut.
"Boleh tak kawal emosi kau bro.Aku rasa kakak kau pon faham." Ujar Wan lagi.
"okay fine.Korang yang desak aku" lelaki itu beredar dari situ.
🌸
"Kenapa muka you nampak stress je Danial?" Ujar Putri memicit bahu lelaki itu.
"Kenapalah I boleh kahwin dengan perempuan macam tu.Silap I sebab bertindak melulu mintak batalkan pertunangan kita" ujar lelaki itu memegang tangan Putri.
"Danial.Benda dah lepas janganla ungkit.Takpe lagipon you kata you nak cerai dah kan dengan perempuan tu.Lepas ni you dah bebas" ujar Putri membisik manja disebelah telinga lelaki itu.
"Tapi tula..I tengah kusut sekarang ni." Ujar lelaki itu melonggarkan tie miliknya.
"Takpe,I kan ada.Boleh sembuhkan luka lara you tu.." Ujar perempuan itu menggosok lembut bahu lelaki itu.
"Woi jantan dayus" Faeeq masuk ke dalam pejabat lelaki itu.Makin panas hatinya melihat agenda mesra suami kakaknya itu dengan perempuan lain. Memang tempah maut lelaki itu.
"Maafkan saya boss,saya dah cuba
halang, tapi dia tetap berdegil." Pak guard itu ketakutan.Takut jika dipecat."Takpe.Pak cik boleh keluar dulu." Ujar Danial.
(Harini hari ahad so takde pekerja dekat sini.Hanya ada pakcik guard je jaga dekat tingkat bawah)
"Kau nak apa datang sini?" Kasar nada suara milik Danial.
"Kau tanya aku.Meh sini aku ajar kau" Faeeq terus menerpa kearah Danial.Dia menumbuk berkali-kali muka Danial sehingga lelaki itu sudah tidak bermaya.Memang lunyai betul lelaki itu kerjakan.
"Security!" Jerit Putri ketakutan menekan phone pejabat.
"Kau pompuan,nak kena tumbuk jugak dengan aku?kalau tak nak baik diam sebelum aku humban kau dari tingkap kaca ni" ujar lelaki itu berang.
Putri yang ketakutan mendiamkan diri.Takut dirinya tercedera dan di apa-apakan..
"Aku warning kau eh,kau jangan tunjuk muka kau depan kakak aku lagi kalau kau tak nak aku buat lagi teruk dari ni.Aku akan selesaikan kes penceraian korang secepat mungkin. Dasar jantan dayus.Kau akan menyesal buat akak aku macam tu" ujar lelaki itu berlalu keluar dari pejabat lelaki itu.
"Danial are you okay?"ujar perempuan itu berlari anak mendekati Danial yang sudah terbaring dan berdarah di lantai pejabat.
"I okay.Cuma I pelik.Dia gelar Aura tu 'kakak',so maksudnya dia adik Aura?" Lelaki itu mengerutkan dahinya apabila memegang rahangnya yang membengkak.
"Kalau ye pon lagi bagus.Biar kita hantar dua-dua pergi lokap atas kesalahan mencederakan." Ujar Putri menyampah.Apa kena dengan Danial ni pon tak tahu.
"Kalau itu adik Aura, maksudnya I salah fahamlah dengan Aura tadi?" Ujar lelaki itu serba salah.
"Danial you jangan cakap you nak jumpa perempuan tu.You lupa apa budak tu cakap?." Putri sudah rasa tidak tenteram.Jangan kata lelaki itu mahu minta maaf kepada perempuan itu.Habis rosak plannya nanti.
"I nak jumpa Aura." Lelaki itu mulai berdiri
"Tak perlu.You duduk dulu.You tengah cedera sekarang ni.Biar I pergi ambilkan ais."
"I nak call dia" lelaki itu sudah berdiri mencapai phonenya.
"Bak sini phone you.You rest dulu.Bila you dah betul-betul sihat.I bagi you jumpa dia.Tapi sekarang you tengah sakit."
"Tak payah risau sangat dengan perempuan tu.Tengok-tengok dia tengah syok dan berseronok dengan maksu you semua.You pulak sakit sebab dia hantar entah budak mana-mana pukul you.Baik you fikirkan diri sendiri dulu sebelum orang lain."
Putri merampas phone lelaki itu lalu berlalu keluar mengambil ais bagi dituam dimuka lelaki itu seakan-akan mula membengkak.
🌸
Tit...tit...tit...tit
Mesin nadi berbunyi.Aura selamat dibedah.Cuma sekarang dia masih tidur.Qhayra mengusap rambut Aura perlahan.Rasa bersalah menggunung dalam diri.Kenapa anak sedaranya tergamak buat Aura begini.Apa salah dia.Rasa menyesal pula menemukan mereka dahulu.
"Sayang?" Wan dari luar memanggil perlahan.
Qhayra cepat-cepat menyarungkan selendang pada kepala Aura.
"Sudah-sudahla menangis tu.She's fine.Nanti dia bangunla" Wan menepuk bahu isterinya seperti menyalurkan kekuatan
"Sayang kesian dekat Aura.Dia kawan kita bae.Kita kenal dia dari zaman sekolah.Sayang kecewa dengan sikap Danial yang langsung tak pernah nak fikirkan perasaan dan hati Aura.Sayang rasa macam menyesal pon ada kerana temukan mereka berdua."
"Sayang cuba bawa mengucap.Sayang cuba menyalahkan takdir ke ni?"
"Bae bayangkanla,tahun ni berapa banyak kali Aura menangis,Aura kecewa,Aura sedih, Aura sakit,Aura masuk hospital? dan paling sayang terkilannya setiap kali Aura sakit Danial tiada di sisi Aura.Mana dia sebagai penyokong?sebagai suami?Bae rasa dia layak ke bergelar suami kalau macamnie sikap dia?."
"Dah-dah,jangan fikir sangat.Jom kita balik.Esok pagi kita datang semula kesini yea?." Wan memujuk lembut isterinya
"Kau pergi mana bro?" Ujar Wan yang sudah ingin beredar bersama isterinya.
"Aku pergi belasah mamat tula.Kenapa?kau marah aku cederakan anak sedara kau tu?kawan kau tu?herh" suara lelaki itu benar-benar sinis
"hurm bagus jugak kau pergi pukul mamat tu,biar dia sedar sikit.Aku dengan Qhayra nak balik dah ni.Pagi esok kami datang balik.Kau tidur sini ke?"
"Aku jaga akak aku malam ni.Thank you tadi tolong tengok-tengokkan dia" Suara lelaki itu mula mengendur.
"Takde hal la. Apa-apa perkembangan pasal akak kau nanti kau call aku" ujar Wan berjabat tangan
"Okay!" Faeeq tersengih.Malu pula bila dia beria marah orang lain dan dia lega sebab kakak dia ada kawan yang boleh diharapkan.
To be continue =)
YOU ARE READING
AWAK TAKDIR SAYA
DragostePang❕satu tamparan kuat hinggap di pipi lelaki itu. "Hye,betina..berani kau tampar aku?!Mak bapak aku pun tak pernah sentuh aku!" - Irfan Zakwan "Kau memang layak dapat tamparan itu" - Aura Aleeya Sejak hari itu Aura Aleeya mengurungkan diri didalam...