7 [honeymoon]

199 9 0
                                    

"Sorry sebab 2,3 hari ni aku tak chat and keluar dengan korang" ujar Qhayra serba salah.

"Kitaorang faham lah pengantin baru nak berdua-duaan kan.." Naira mengusik halus si pengantin baru

"Betul tu,lagipun kau terus pindah rumah baru kan?,mesti kena kemas semua..." aku berkata pula

"Okay,memandangkan aku ada cuti yang berbaki lagi.Aku nak pergi Honeymoon 3 hari 2 malam and aku nak ajak korang.Jomlah,boleh spend time sama-sama.Jarang kut kita boleh holiday sama-sama."

"Eh,seganlah aku.Kau pergi jelah dengan pakcik!Honeymoon untuk berdua-duaan dengan pasangan.Kau ajak kitaorang apahal?" Aku menggelengkan kepala, ada-ada sahaja kawannya itu. Boleh pulak honeymoon ajak-ajak member😭✋.

"Ala,ini bukan honeymoon betul-betul punya,bulan depan nanti baru betul punya.Mak mentua aku nak sponsore aku dengan Wan punya honeymoon pergi Bali!" Ucap Qhayra terjerit kecil.

"Untunglah" Ujarku turut gembira.

"Urm,kau pergi jelah dengan Aura,aku nak sesuaikan diri aku dengan kerja aku. 2 hari lagi PA si Aura ni nak resign,aku pulak belum tahu semua kerja dalam butik tu." Naira menolak

"Alaa,aku ajar kau apa yang patut nanti okay?" Ujarku pula memujuk. Takkanlah aku pergi sorang?

"Takpelah,aku dah mula suka dengan kerja baru aku ni..so tak nak cuti.Hehew" Ujar Naira meyakinkan

"Kalau kau cakap camtu takpela,aku pergi dengan Aura je." Ucap Qhayra pula

🌸

"Kita dekat mana sekarang?" Soal aku ingin tahu.

"Langkawi" ujar Danial yang sedang memandu.

Patutlah tiada yang menjawab soalanku rupa-rupanya,Qhayra dan suaminya sudah terlelap di seat belakang.Hanya aku dan Danial sahaja yang berjaga.

"Oit,bangun!" ujarku meninggikan suara. Kalau cakap slow-slow memang takkan bangun budak berdua ini. Masak sangat dengan perangainya.Terpisat-pisat pasangan itu bangun dari tidur.

"Kita dah sampai ke?" Qhayra menyoal sambil mengeliat kecil.

"Yup,Welcome to Mali-Mali Beach Resort.." Ujarku ala-ala penyambut tetamu.

"Okay,jumpa Dinner nanti" Lelaki itu terus menuju ke biliknya.Mungkin penat seharian membawa kereta tanpa bertukar ganti.

*

"Wah,cantiknya laut!" Ujarku girang

"Tula,semalam kita sampai dah gelap.Tak perasan pulak laut kat sini cantik." Qhayra juga memerhati setiap pelosok tempat itu. Cantik, tenang je.

"Oit,apa tunggu lagi jomlah!" jerit Wan Adrian lalu berlari anak ke arah laut

Aku juga menurut,Agak bosan mandi disini.Bukan kerana sunyi tiada pengunjung tetapi sunyi tiada teman.Qhayra pergi mandi bersama suaminya,aku pula? tiada kawan.Takkan aku nak ajak si Danial bermain air bersama?langsung tidak masuk akal.Mentang-mentanglah sudah ada suami,nampak aku pun tidak ya Qhayra!

'Haih,kenapalah kau tak ikut Naira'..bisikku didalam hati

"Hujan mulai lebat,pengunjung sila naik ke daratan segera"-ucap si penjaga keselamatan

Hari sudah petang, angin sejuk menerpa diriku,aku pergi kedaratan dengan baju basah kuyup.Qhayra menuju ke arahku dengan sepasang tuala satu ditubuhnya dan satu lagi ditangannya.

"Thanks Qhay..." belum sempat menghabiskan kata-kata,melihat Qhayra Aleesa meluru laju ke arah suaminya yang berada belakangku.Cepat-cepat aku berlari kearah tikar barangan kami,tapi..tula TUALA TAKDE!!Ni mesti kes aku tinggal tuala dalam bilik.

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now