32 [cerai]

275 6 0
                                    

Aku menyelinap keluar dari hospital setelah menukar pakaian.

"Aura,kau tak rasa ke ni kerja gila?Kau pon tak sihat mana." Qhayra membantah keputusan aku

Qhayra menahan aku didepan pintu wad.

"Aku sanggup gadaikan nyawa aku untuk orang yang aku sayang.Kau pon tahukan?"

"Tapi,kau bukan saja membahayakan diri kau tapi anak kau Aura!" Geram rasanya bercakap dengan Aura ini.Jika dia sudah cakap A jawapan dia A la.Tak akan ubah.

"Danial pon dah tak sayang aku.Jadi kalau ada budak ni,kau fikir dia nak ke?" ujar aku tanpa berfikir panjang.Langsung tak terlintas dalam fikiran pon nak ungkapkan perkataan itu.

"Astarafirullahalazim.Kau cakap apa ni Aura?"

"Aku dah lambat ni.Malam or petang nanti aku balik hospital ni balik.Kau backupla aku dulu.Kalau doktor Tanya cakap jela aku kat taman"

Aku berlalu pergi ke arah kereta Irfan.

'Sorry,mama tak sengaja cakap camtu tadi.' ucap aku perlahan sebelum menggosok perut aku yang nampak sedikit membuncit.

.

"Betul ke ini tempatnya?" ujar aku memandang lokasi itu.Agak tersorok kedalam hutan.

"Kalau ikut location inila tempatnya." lelaki itu membuka pintu kereta dan mula mengorak langkah mendekati sebuah rumah usang didepan kami.

Pap~

Kepala lelaki itu dipukul kuat sebelum diseret masuk.

Aku melihat hal itu cepat-cepat menolak kerusi aku kebelakang

Aku menunduk sebelum menekan nombor '999'.

"Ya.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Erk..Cik kena tolong saya!Kawan saya kena culik."

"Boleh berikan lokasi cik?"

"Saya dekat.." aku melilau kawasan hutan tersebut.

"Boleh cik bagi nombor telefon cik?kami akan mencari location cik berada"

"011-47308084"

"Okay cik bawa bertenang.Kami akan kerah pihak kami ke lokasi cik"

"Arhhhh" aku menjerit selepas tudungku direntap kuat dari tingkap kereta yang terbuka

"Cik?cik tak apa-apa?"

Aku menolak telefon aku kebawah seat penumpang.

Aku ditarik oleh seorang lelaki berbadan besar.Lelaki itu menekup mulutku dengan tangan sasanya.

"Datang jugak kau Aura. Tak serik lagi kau nie?" ujar satu suara sinis tidak jauh dari tempat aku diikat bersama Irfan.

"Irfan.." aku memanggil lelaki itu yang diikat di kerusi belakang aku.

Aku dapat melihat ada cecair likat mengalir dari kepala lelaki itu.Aku menggeletar.

"Putri..tolongla.Aku merayu sangat dekat kau jangan apa-apakan kami bertiga."

"Kalau aku dengar cakap kau,apa aku dapat?" Ujar perempuan itu sinis.

"Aku..aku bagi Danial dekat kau." ujar aku berat.Aku terpaksa.

"Itu jer?tawaran kau tak cukup menarik.." perempuan itu menggeleng-gelengkan kepalanya

"Okay.Kau mintak saja apa kau nak.Aku tunaikan"

Perempuan itu tersenyum meleret.

"Yes.Ini yang I nak dengar selama nie."

"Aku dah prepair awal-awal dah syaratnya.Syarat yang pertama kau kena mintak cerai dengan Danial tanpa bagitahu keadaan kau sekarang.Syarat yang kedua,kau kena bawak 'bapak' kau datang jumpa aku.Dan yang terakhir..anak kau kena mati." ujar perempuan itu ketawa jahat

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now