27 [culas]

148 10 0
                                    

"Abang,bangun solat subuh" aku menggoncang tubuh lelaki itu

"Apa?" keras saja nadanya.Masih marah la tu.

"Solat!" ujar aku ditepi telinganya

"Kau solatla dulu"

Eh.Berkau kau lak.

"Marah-marah pon,jangan sampai tinggal solat,lambatkan solat.Nanti Allah marah." ujar aku lagi

Selepas tidak mendapat respon dari lelaki itu,mulalah aku berbahasa arab..

"Man rabbuka?!"
(siapa tuhan kamu?!)

"Erh." lelaki itu bangun dari perbaringannya.

Aku tersenyum kecil.Marah pun comel.

Selepas subuh lelaki itu tidur semula.Katanya badan tidak sihat.

Orang nak check suhu badan tak mahu.Sombong!

Selesai memasak bubur ayam.Aku membawa mangkuk naik keatas bersama panadol ditangan

Tok..tok~

Aku masuk kedalam selepas tiada sahutan.

"Abang,makan sikit" aku berbisik di tepi telinganya

"Em.Letak je situ dulu.Nanti abang makan" ujar lelaki itu langsung tidak membuka matanya

Ceh!Tadi kau aku sekarang ber abang pulak. Kena sampuk agaknya lepas demam.

Aku meletakkan cool fever diatas dahi lelaki itu.

"Ehh,sayang buat apa ni?" terkejut lelaki itu selepas merasa ada benda sejuk di atas dahinya

"La..badan abang panaskan.So pakai jelah" ujar aku menempeknya dibahagian perut lelaki itu pula.

"Abang bukan budak kecikla" lelaki itu cuba menanggal cool fever itu.

"Budak tak budak.Baik abang pakai kalau tak nak sayang seret pergi klinik."

"Ish!" lelaki itu mengereng ke arah bertentangan denganku.

"Dah, tak payah nak merajuk sangat.Sini sayang suapkan bubur"

"Tak nak." lelaki itu menolak

"Makan." aku memaksa

"Please..tekak serius tak nak makan sekarang." lelaki itu merengek perlahan

"Okay.Tapi pukul 9.00 nanti wajib makan!"

Aku menuruni tangga membawa turun dulang bubur itu kedapur.

Tepat pukul 9.00 pagi aku memaksa lelaki itu telan jugak bubur yang aku masak itu.

"Aaaa...cepat-cepat kereta api nak lalu..ponn,ponn" aku menghayun-hayunkan tangan aku seperti kereta api sebelum bubur itu mendarat masuk kedalam mulut lelaki itu.

"Sedap?" ujar aku lagi

Lelaki itu hanya mengganguk lemah

🌸

"Jomla pergi klinik.Demam abang tak kebah pon." ujar aku menarik lengan lelaki itu.

"Ala..esok baikla" lelaki itu masih tidak mahu berganjak dari katil

"Bukan kena cucuk ke apa.Doktor tu check-check sikit je pastu bagi abang ubat"

"Ala,nanti doktor tu bagi ubat tahan sakit je pon.Bukan ubat kalau makan terus hilang demam"

"sekarang sudah pukul 5.00 petang.Takkan abang nak cuti lagi esok?"

"Takpe.Abang boss" selamba je dia!

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now