Dari tadi aku melihat lelaki itu mendiamkan diri.
"Abang ada masalah ke?" ucapku memandang lelaki itu yang sedang menguis-nguis nasi yang berada dalam pinggan
"Hah,takde la.Kenapa sayang tanya?" lelaki itu memandangku.
"Takde apa..cuma malam ni abang macam senyap je. Tak best" ucapku dengan nada sedih.
"Apa yang tak best?" Soal lelaki itu seolah-olah tak mengerti.
"yela..abang macam moody jer.Tak banyak cakap macam selalu pun." Kataku lagi
"Abang off duty harini" ucapnya tergelak kecil
"Ceh." aku menyuapkan nasi kedalam mulutku.
.
"Sayang tengok apa tu?" lelaki itu memandang aku yang kusyuk melihat screen laptop.
"Hah?takde apa.." Cepat-cepat aku menutup laptop aku.
"Okay" lelaki itu menutup lampu lalu berbaring disebelahku.
"Putri...maafkan saya" rintih lelaki itu sebelum terbangun dari tidurnya.
Danial memandang kearah isterinya yang masih lena dibuai mimpi.
Lelaki itu bangun lalu turun ke tingkat bawah untuk mencari air bagi menghilangkan hausnya.
'Kenapa aku mimpi Putri ni?' ujarnya sendiri.
Semasa ingin naik keatas katil lelaki itu terpandang laptop milikku,lalu mencapainya.
Lelaki itu membuka Messager FB aku lalu menekan message aku bersama rakan FB.
"Aura,aku akan berkahwin hujung bulan ni.Kalau kau free jemputla datang majlis perkahwinan aku" - Syana...
"Ouh,yeke?isnyaallah,congrats Sya!" - You...
"Hahaha tq,cantik tak gaun aku?" - Syana...
"Cantiknya Sya!Untung kau🤗" - You...
Lelaki itu menutup laptopku lalu memandang aku yang sedang tidur.
"Maafkan abang" ucap lelaki itu mencium ubun-ubunku lalu berbaring disebelahku kembali.
🌸
"Abang,makan" ucap aku meletakkan nasi goreng yang baru di masak ke atas meja makan
"Sorry,abang ada meeting pagi ni.Abang rasa tak sempat nak makan sekarang" ucap lelaki itu tergesa-gesa
"Alaaa,penat sayang masak.Kejap sayang siapkan bekal untuk abang" cepat-cepat aku mencari tupperware untuk mengisi sarapan lelaki itu.
Aku menutup bekal itu sebelum memberikan kepadanya.
🌸
Seusai meeting Danial masuk kedalam pejabatnya lalu menghempaskan badannya keatas kerusi
"Kenapa ni bro,kusut semacam je.Masih fikirkan apa yang Putri cakap ke?" ujar Wan yang baru masuk bersama file ditangannya.
"Tak.Aku cuma tengah fikir nak buat majlis persandingan aku dengan Aura ke tak"
"Ouh,Aura cakap dia nak ke?" Tanya Wan lagi.
"Dia tak minta pun, aku tahu dia teringin.Mana-mana perempuan pun mesti nakkan perkahwinan yang ada majlis.Aku kahwin dengan dia mana ada buat majlis apa-apa, cincin pun takde. " ucap aku kesal
"Ouh,kiranya kau nak buat suprise la ni?Kau nak aku dengan Qhayra tolong?" Soal Wan.
"Boleh jugak.Kusut kepala aku nak fikir sorang-sorang ." Kataku lagi
YOU ARE READING
AWAK TAKDIR SAYA
Любовные романыPang❕satu tamparan kuat hinggap di pipi lelaki itu. "Hye,betina..berani kau tampar aku?!Mak bapak aku pun tak pernah sentuh aku!" - Irfan Zakwan "Kau memang layak dapat tamparan itu" - Aura Aleeya Sejak hari itu Aura Aleeya mengurungkan diri didalam...