6 [Kahwin]

219 13 0
                                    

"Kepak-kepak kebum-kebum kepak-kepak kebum-kebum"

bunyi kompang menandakan kedatangan pengantin yang sedang berjalan di atas karpet merah dengan lagu bergema di keseluruhan dewan itu.

Seharian berdiri menjadi pengapit si Qhayra membuatkan aku letih,namun setelah berjumpa dengan Mira dan Naira terasa hilang letihnya. Lama tidak berjumpa dengan mereka berdua, last jumpa masa ambil result spm.

"Sekarang kau kerja apa Naira,Mira?" aku mengajukan soalan selepas habisnya topik tentang cerita zaman sekolah.

Memandangkan jarang berjumpa, kerana semua mengejar kerjaya masing-masing, masa sebegini saja ada untuk bertukar cerita dan bergelak ketawa.

"Aku kerja wartawan sekarang,memandangkan aku kuat bercakap dan banyak akal bak kata korang." ujar Mira ketawa

"Aku pula kerja pejabat jadi PA je.Itupun dah berhenti sebab stress dengan boss yang cerewet! Semua benda tak kena,padahal kerja aku tu senang je tapi disebabkan dia yang asyik nampak kesalahan orang, terus give up aku nak kerja dekat situ.Kalau nak tahu ini kali ke 105 kali pekerja sebagai pembantu peribadi dia cabut lari (termasuk aku) sebab tak tahan dengar dia membebel" Naira melepaskan semua geramnya sambil menunjukkan mimik muka geram.

"Kau pula kerja apa sekarang Aura?" tanya Mira pula.

"biasa-biasa je"

"Ish,cakap jerlah! kau dari dulu suka sangat berahsia" Naira memandangku tajam, sudah masak dengan perangaiku

"Aku buka Butik baju kurung cotton.Tapi tulah aku pon tengah cari pekerja selaku PA aku sekarang ni.Sebab PA aku yang lama dah nak berhenti kerja minggu depan.Kalau kau tak kesah,nak kerja dengan aku tak?" aku menayangkan gigiku

"dengar macam menarik,Aku nak!" Laju sahaja Naira merebut peluang

"Kau dengan Naira tidur mana malam ni?" aku mengajukan soalan

"Aku dah check in hotel tapi Naira kata dia tak sure lagi" ujar Mira

"Kalau macamtu..kau tidur jela rumah aku Naira. Okay? "

"Yes.Thanks babe. Aku hampir terlupa nak tidur mana malam ni,kalau korang tak ingatkan aku,tidur dalam kereta jela aku malam nie.

"Eh,dah pukul 1.00 pagilah lama juga kita berborak,jom balik kesian pengantin kita penat yea.Lain kali kita sembang lagi okk!" ujar Mira selepas melihat Qhayra asyik menguap kepenatan sedari tadi.

"Okay.Bye semua! Jumpa esok okay" ujarku bersalaman dengan yang lain.

×keesokan Harinya×

"Sorry girls,aku kena gerak sekarang,ada emergency call pagi tadi, boss aku dah book ticket flight untuk aku,sorry tak boleh nak spend time dengan korang,tapi kalau ada masa datanglah lawat aku dekat Terengganu" Ujap Mira tergesa-gesa lalu menahan teksi untuk terus ke lapangan terbang.

"Em,memandangkan tinggal kita berdua je kat sini,apa kata aku ajak kau melawat tempat kerja baru kau" aku memberikan idea

"Elok juga tuh,malam nanti kita pergi funfair tauu!" Ujar Naira teruja

"Okay" jawabku ringkas

Berhadapan dengan Butik 'Aura cotton' mulut Naira seakan-akan ternganga melihat kecantikan butik yang tampak anggun dan elegan dengan dekorasi moden yang terletak kemas.

"Seriusly this is your store? I really love it! Aaaaaaaaa" Naira menjerit teruja.

"oi,janganlah jerit!" Ujarku laju menekup mulut Naira.

"Hehe,jom masuk!Tak sabar" Naira menarik tanganku untuk melangkah bersamanya

Aku mengecop jariku pada mesin pengimbas yang terletak di pintu sebelum pintu terbuka sendiri.

AWAK TAKDIR SAYAWhere stories live. Discover now